Sunday, August 9, 2015

SERBUAN BUKAN SEBAB NAJIB ATAU 1MDB
Sebagaimana yang dihebahkan serbuan, tangkapan dan rampasan oleh polis terhadap SPRM adalah kerana kebocoran maklumat oleh SPRM mengenai 1MDB namun terdapat hipotesis bahawa itu tidak benar atau tidak sepenuhnya benar. Ada sebab lain.
Motif yang disyaki adalah kerana kejayaan SPRM membongkar sindiket warganegara ekspres yang melibatkan wang besar dengan mudah sebagaimana dilaporkan dalam artikel 'Wang besar, Isu besar, SPRM tersasar?' oleh The Malaysian Insider pada 8 Ogos 2015.
Jika merujuk kepada wang besar, isu warganegara ekspres ini (atau isu MyKad) adalah lebih besar lagi daripada isu 1MDB atau RM2.6 bilion tu.
Hipotesis adalah sesuatu anggapan yang boleh dibuktikan samada benar atau tidak. Berikut adalah beberapa rasional hipotesis ini berdasarkan analisa kewartawanan.
Pertama, dalam tangkapan oleh SPRM di Sabah tersebut, sekeping MyKad untuk satu kewarganegaraan dijual sehingga RM1.3 juta ringgit. Jika 5 juta warganegara dengan bayaran RM1 juta seorang bermakna mendapat RM5,000,000,000,000,000,000.00 (dengan 18 kosong).
Jika paling murah RM10,000.00 seorang bermakna mendapat RM50,000,000,000,000.00 (dengan 13 kosong). Memang wang besar.
Ke-2, isu MyKad ada duitnya tetapi isu 1MDB sudah tidak ada duitnya.
Ke-3, isu MyKad akan dapat wang besar lagi jika 1.5 juta lagi warga asing dibawa masuk mulai tahun depan sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tidak ada lagi untuk buat duit dengan 1MDB kerana telah terbongkar.
Ke-4, wang besar ini sudah tentu melibatkan sindiket yang besar, didalangi dan/dilindungi oleh VVIP "the untouchable" kerana telah berlaku sekian lama. Sudah tentu ramai yang perlu dilindungi, berbanding dengan 1MDB hanya Najib seorang.
Ke-5, isu MyKad melibatkan berbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), KDN, Imigresen, dan lain-lain, tetapi 1MDB hanya kementerian kewangan sahaja. Rasuah warganegara ekspres bukan sahaja melibatkan sindiket yang besar tetapi rangkaian konspirasi merentas agensi melibatkan orang besar VVIP).
Ke-6, penjualan kewarganegaraan kepada warga asing merupakan pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara dan Agong. Tidak ada yang lebih besar lagi kesalahannya, seperti langit dengan bumi jika dibandingkan dengan 1MDB.
Ke-7, rasuah dan pengkhianatan oleh JPN. Satu-satunya pihak yang mengawal, menyimpan dan menggunakan MyKad. Tidak ada pihak lain yang boleh memiliki MyKad mentah. Maka MyKad yang dijual sindiket mestilah mendapat bekalan daripada JPN kerana MyKad yang dijual adalah MhKad asli bukan palsu.
Ke-8, ketika tangkapan, suspek sedang merekodkan maklumat pelanggan kedalam sistem MyKad JPN secara online. Semua bukti seperti komputer, pengimbas cap jari dan lain-lain dirampas. Sistem MyKad JPN digunakan dihotel dan bukan di premis JPN.
Ke-9, dianggarlan lima juta rekod MyKad dalam pengkalan data MyKad JPN yang disyaki dimiliki oleh warganegara ekspres telah dihapuskan. SPRM tidak dibenarkan menyita, mendapatkan salinan malah tidak dibenarkan mencapai pengkalan data MyKad tersebut. Sedangkan itu adalah bukti utama.
Ke-10, semua maklumat pemegang MyKad dan kewarganegaraan tidak simpan di JPN atau didalam negara, tetapi DISIMPAN DAN DIURUS DI SINGAPORE! Maklumat rahsia negara disimpan di negara asing!
Ke-11, ketika pembongkaran warganegara ekspres pada tahun lepas, Ketua Pengarah JPN Dato Sulaiman Keling telah menafikannya dalam kenyataan medianya pada 3 Julai 2014.
Ke-12, setelah tangkapan tahun ini sekali lagi Dato Sulaiman Keling menafikannya. Malah beliau mengesahkan bahawa MhKad yang dirampas adalah MyKad palsu kerana cap jari dan nombornya tidak ada dalam rekod pengkalan data MyKad JPN, BERDASARKAN KEPADA GAMBAR MYKAD yang dikaburkan yang disiarkan oleh Berita Harian pada 6 Julai 2015.
Sedangkan jika kita pegang MyKad asli pun kita tidak boleh melihat cap jarinya kerana ianya disimpan secara digital dalam cip MyKad.
Ke-13, berhubung dengan pembohongan besar Ketua Pengarah JPN itu, satu laporan polis telah pun dibuat terhadapnya oleh Azlan Sharif pada 20 Julai 2015. Soalsiasat polis terhadap sumber wartawan pada 26 Julai 2015.
Ke-14, pada 1 Ogos 2015 polis membuat serbuan terhadap SPRM.
Semua yang dinyatakan diatas adalah dalam siasatan SPRM dan hampir sedia untuk dibawa ke mahkamah ketika serbuan dilakukan oleh polis. Menurut sumber rasuah melibatkan berbagai peringkat hingga kepada menteri.
Setakat yang diketahui, tiga orang yang terlibat dengan siasatan kes ini telah mati dibunuh. Wartawan yang membongkar juga menerima ugutan bunuh daripada tonto-tonto 'the untouchable' ini.
Sekiranya kes ini berjaya dibawa kemahkamah maka dalang sindiket, VVIP dan "the untouchable" akan terbongkar. Sudah tentu mereka akan berusaha dalam apa cara sekali pun untuk menghalangnya dan kerana melibatkan wang yang amat besar sudah tentu mereka cuba membeli semua pihak yang berkenaan.
Serbuan polis terhadap SPRM atas alasan kebocoran maklumat siasatan mengenai 1MDB sebenarnya membawa kepada kebenaran hipotesis ini kerana SPRM TIDAK MENYIASAT 1MDB. Bagaimanakah pula SPRM mempunyai maklumat siasatan sesuatu yang tidak disiasatnya?
Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah SPRM hendak menghabiskan kes warganegara ekspres ini?

No comments: