Saturday, August 29, 2015

Terkini BERSIH4


  • Real Islam 11.30am Masjid Negara – Jalan ke Dataran Merdeka ditutup. Kira-kira 1,000 orang berlegar sekitar Bangkok Bank di Jalan Tun Perak. Kebanyakannya memakai baju BERSIH 4. 11.30am – Kemas kini jumlah peserta: 800 Jalan Tun Perak - 500 Petaling Street - 2,000 Brickfield - 150 Masjid Negara - Sogo - 200 11.43pm Datuk Mohd Nardin Awang, mantan setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan timbalan presiden Umno itu bersetuju untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4.0. “

  • Adalah dimaklumkan bahawa berita tersebut palsu, berniat jahat dan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. 11.30am Pasar Seni - Kira-kira 800 orang sudah berkumpul di sini dengan melaungkan slogan anti-Najib. 4.15pm: Dataran Merdeka -

  •  Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yakin peserta BERSIH 4 akan dapat memenuhi pusat bandar raya malam ini. "Saya tidak jangkakan polis akan bertindak menyuraikan peserta kerana ia terlalu berisiko dan boleh menyebabkan suasana panik," katanya kepada Malaysiakini. 4.10pm: Anggaran semasa jumlah peserta BERSIH 4 - 20,000 orang 4pm: Dataran Merdeka -

  •  Kumpulan dari Dataran Maybank yang turut ada di dalamnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba disambut dengan sorakan dan tepukan tangan peserta BERSIH 4. 3.48 Jalan Raja Laut -- Ribuan peserta demonstrasi duduk di atas jalan raya sambil menonton persembahan kumpulan pemuzik protes BangsArt. Vokalisnya Amir Hadi turut melaungkan Slogan “hidup rakyat” sambil diiringi ketukan dram. 5.15pm: Dataran Merdeka -

  •  Polis Kuala Lumpur berkata mereka berpuas hati dengan cara perhimpunan hari ini dijalankan. Ketuanya, Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis berharap perhimpunan itu akan berlangsung aman hingga akhir. Star Online melaporkan, polis menganggarkan jumlah kehadiran hari ini adalah 25,000 sehingga jam 3 petang tadi. Perhimpunan Bersih 4.0 bermula dengan amat ketera sekali kekurangan penyertaan peserta daripada bangsa Melayu, di mana bangsa Cina lebih mendominasi sebahagian besar daripada penyokong yang hadir.

  •  Ramai daripada penyokong Bersih yang berbangsa Cina mengambil bahagian dalam protes tersebut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perhimpunan itu yang mungkin akan lemah tanpa sokongan orang Melayu. Lee Kok Seng, bersama rakan-rakan yang datang dari Johor Bahru semalam berkata, perhimpunan Bersih akan memberikan impak yang kecil tanpa penglibatan orang Melayu. 

  • “Saya bimbang ini akan membuatkan kumpulan anti Bersih membuat spekulasi yang mengatakan bahawa Bersih didalangi oleh orang Cina. “Ia mungkin membawa kepada ketegangan di antara kaum jika kenyataan seumpama itu berlaku dan tidak dikawal oleh pihak berkuasa,” katanya. Tan Kok Ann, dari Kuantan, berkata ketidakhadiran orang Melayu dalam perhimpunan kali ini mungkin disebabkan oleh PAS yang menarik diri daripada perhimpunan tersebut. “Mungkin ia menunjukan bahawa pertubuhan Gerakan Harapan Baru, yang diketuai oleh bekas pemimpin PAS, terlalu awal untuk meraih sokongan yang besar daripada orang Melayu. “Jika orang Melayu tidak menyertai perhimpunan ini, ia juga akan turut menjejaskan PKR. 

  • “Walaubagaimana pun, kami berharap orang Melayu akan muncul di dalam perhimpunan yang berlangsung,” kata ejen hartanah 36 tahun itu. Mengikut laporan semalam, tinjauan Merdeka Center menunjukan, 1,010 orang pengundi mendapati bahawa 43% memihak kepada Bersih 4, manakala 47% lagi tidak menggalakkan perhimpunan itu diadakan. Tinjauan itu juga mendapati bahawa orang Cina antara yang paling ramai menyokong perhimpunan tersebut, dengan 81%, berbeza dengan 51% daripada kaum India dan 23% adalah pengundi Melayu mengikut keputusan disiarkan di laman web itu. 

No comments: