Monday, August 10, 2015


Kebenaran Itu Tetap Menang Mengatasi Kebatilan


Ahli-ahli UMNO Minta Najib Direhatkan Dan Ditangkap


Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang.



Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum. 

Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi. 

"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini. 

"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette. 

Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan. 

"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh. "Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya. 

Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin. 

"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin. 

"Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya. - MalaysiaGazette 




Di petik dari sumber

MOUNTDWELLER 

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU


Suara Pemuda UMNO atau hanyalah suara Khairy? 
Lebih banyak sokongan BN untuk SPRM 

oleh V Shuman


SEKILAS PANDANG:  Anda tahu situasi semakin tidak terkawal apabila orang yang selama ini menjadi penyokong setia, mula mendesak tindakan di ambil kepada orang yang menjadi tumpuan.

Cerita yang menjadi tumpuan- Ketua Pemua Barisan Nasional (dan Umno) Khairy Jamaluddin dan Perkasa NGO yang rapat dengan Umno, menyuarakan sokongan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kekecohan skandal akaun peribadi RM 2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak.

Laporan berita memetik Khairy mendesak supaya SPRM dibenarkan bertindak bebas dan menyokong keputusan mereka untuk memanggil Najib bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas. “Jika benar wujud keperluan untuk menyoalsiasat PM, maka terbukti yang SPRM sedang menjalankan tugas tanpa pilih kasih.

 “Semua siasatan yang sedang berjalan perlu diteruskan sehingga gambaran jelas diperolehi supaya siasatan dapat menyakinkan rakyat,” The Malaysia Insider memetiknya sebagai berkata demikian.

 Ini sangat bertentangan dengan pendirian Khairy beberapa hari lepas, apabila SPRM mengeluarkan kenyataan pertamanya, berkata duit yang masuk ke dalam akaun, adalah “derma”.

Dia tidak mahu mengesahkan perkara itu, dan berkata yang “bukan satu jenayah” untuk duit dimasukkan ke dalam akaun seseorang.

Khairy dikecam hebat kerana kenyataanya itu, dengan pemimpin pembangkang dan netizen mengejeknya dalam media sosial. Dia tidak membalas dan hanya berdiam diri. Mungkin disebabkan kejadian itu yang membuatkan Khairy menimbang semula kata-katanya dan mengeluarkan kenyatan terbaru, yang bunyinya lebih masuk akal.

Sentimen sama kenyataan Khairy juga dikeluarkan oleh NGO hak Melayu Perkasa, yang meminta supaya “tangan ghaib” yang menganggu siasatan didedahkan.

Malaysiakini memetik setiausaha biro integriti dan pemerhatian NGO itu Azrul Akmal Sharudin (kiri) menggelarkan dalang disebalik serbuan dan penahanan pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan kes itu, sebagai “musuh negara”.

“Musuh-musuh negara ini perlu ditentang dengan menggunakan kuasa rakyat dan diajar menggunakan undang-undang, kerana mereka cuba menghalang kebenaran melalui ancaman dan menakut-nakutkan pegawai-pegawai SPRM, supaya penyiasat-penyiasat ini menangguhkan kerja mereka.

“Rakyat akan terus menyokong SPRM untuk menyiasat sesiapa sahaja,” tambahnya. NGO akan pergi ke ibupejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin nanti untuk menyerahkan memerondum sokongan. SPRM, yang sebelum ini dianggap organisasi pengecut dan diberikan pelbagai gelaran selepas kematian Teoh Beng Hock, kebelakangan ini telah meraih sokongan pengkritik paling lantang mereka-

 wakil rakyat pembangkang. Khamis lepas, beberapa pemimpin utama pembangkang bertemu SPRM dan memberikan jaminan kepada suruhanjaya itu yang mereka tidak bersendirian dalam mencari kebenaran.

Ini berlaku selepas beberapa pegawai SPRM ditahan dan disoal siasat oleh polis atas dakwaan membocorkan draf kertas pendakwaan kepada Najib.

Mereka telah ditahan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang melibatkan kesalahan “aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.” Mari kita berharap yang SPRM akan teguh dengan keputusan mereka meneruskan siasatan, tanpa terganggu dengan halangan dan ancaman menakut-nakutkan mereka.

 Isu ini sudah berleretan sejak sekian lama, menjadi tajuk berita memalukan untuk negara di seluruh dunia. Ia mencemarkan imej negara dan memerlukan penyelesaian secepat mungkin.

No comments: