Thursday, August 27, 2015




Tepat sekali.
Pengundi pilih calon selain dr mat sabu.
Klu mat sabu jd calon, kalah lagi laaaa.
Kah kah kah
Kena baca sampai habis baru paham.
Abang Mat Sabu keliru dan mengelirukan
Apabila Abang Mat Sabu mengeluarkan pendapatnya berkenaan tidak perlunya wakil rakyat PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk meletak jawatan, ianya menyerlahkan sikap sebenar Abang Mat dalam istiqamahnya beliau untuk melawan PAS. Jelas juga dia beristiqamah menggunakan jalan yang sama Umno gunakan dalam mengelirukan rakyat. Lebih menggelikan hati apabila dia membuat lawak dengan mengatakan yang rakyat memilih PR bukan memilih PAS dalam PRU lalu kemudian dia pula menyuruh wakil rakyat PAS meletakkan jawatan kerana tidak lagi bersama PR. Kasihan kepada penderma-penderma PAS, pemasang bendera PAS dan semua petugas-petugas PAS yang berkhidmat bagi memenangkan PAS, semua mereka itu seperti dihina oleh Abang Mat dengan kenyataannya itu sebab mereka tidak pernah menderma atas nama PR.
Soalan mudah yang perlu dia jawab, sejak bila PR itu didaftarkan sebagai parti politik? Mana bendera PR? Siapa presidennya? Setiausahanya? Mana pejabatnya? Kenapa tekanan yang sama tidak diberikan kepada DAP Pulau Pinang dan Sarawak yang mula-mula bertindak memutuskan hubungan dengan Presiden dan PAS secara keseluruhannya? Begitulah hebatnya Abang Mat menyayangi DAP. Apabila Abang Mat berbaiah ketika dipilih menjadi calon dahulu, dia bersumpah atas nama Allah dan mewakili parti mana? Sudah berulangkali disebut tahaluf siyasi ini adalah satu bentuk hubungan persefahaman diatas beberapa perkara pokok dan bukannya pembentukan satu parti baharu yang mesti ditaati setiap masa sehingga jika melanggar perkara dasar Islampun, kita kena bersetuju.
Tiadalah kenyataan sebegini hanyalah bagi mengelirukan pemikiran orang ramai, sama kaedah yang digunakan oleh Umno. Contohnya jawapan para menteri jika harga ayam mahal, jangan makan ayam, jika sayur mahal, tanam sendiri. Tidakkah anda melihat persamaannya? Maaf cakap, adakah bila keluar dari jemaah Islam, perangai mesti wajib sama bodohnya seperti Umno? Saya boleh buktikan bahawa undi bukan sepenuhnya diberikan kepada parti, tetapi juga kepada calon. Lihat sahaja Abang Mat sendiri, selepas diberikan peluang untuk merampas kerusi Kuala Terengganu pada tahun 2008, dia kalah lebih kutang 600 undi kerana kebanyakkan pengundi tidak menyukainya. Dan masih saya ingat ketika itu, dia mengambil duit yang PAS berikan untuk kempen, bukan PR. Apabila tiba waktu pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2000 lebih sedangkan dia bukanlah seorang ulamak. Berpindah pula Abang Mat ke Pendang pada tahun 2013, kerusi yang banyak kali dimenangi oleh PAS melalui Ustaz Fadzil dan Dr Hayati, tetapi dia juga kalah. Nun jauh terlebih dahulu tahun 2004, beliau kalah di Kuala Kedah yang sebelum itu dimenangi oleh PAS. Inilah bukti undi rakyat bukan hanya kerana parti atau gabungan tetapi kepada juga peribadi.
Mungkin tiada dalam pengetahuan Mat Sabu berkenaan saranan TG Nik Abdul Aziz bahawa supaya wakil rakyat yang melompat parti mesti meminta maaf kepada semua rakyat di kawasan itu. Mat Sabu sangat menyayangi TG Nik Aziz tetapi memilih pesanan yang menyedapkan dia sahaja, sama macam Mahathir, lupa kepada isu yang melibatkan keburukannya, tetapi ingat dengan jelas isu yang melibatkan keburukan lawan. Dia juga sepatutnya mengambil dengan serius nasihat dan gesaan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang jelas dan terang mengatakan berdosa jika melompat parti kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.
"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."
Semoga Abang Mat dan rakan-rakan ingat akan lafaz ini.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
11 Zulkaedah 1436 bersamaan 26 Ogos 2015

No comments: