Friday, May 21, 2010





Di Petik Dari Sumber


oleh OoYa





Sekarang ni yang penting seluruh umat Islam menyeru penyokong dan ahli UMNO 
segera bertaubat sebab pemimpin mereka yang lemah telah mengheret mereka 
sehingga hendak mencampak pengikutnya masuk neraka Allah jika tidak bertaubat.

Dengan ini hendaklah sesama penyokong UMNO nasihat menasihatlah supaya

 jangan lagi sokong parti BN, jangan ambil saham dosa menghalalkan judi, buat
 apa kumpul dosa tak tentu pasal kena tanggung? Menyokong dan menjadi ahli 
pada parti yang menghalalkan judi maka diakhiat nanti dapat catatan amal dengan
 tangan kiri.....tak takut ke?

Dengan ini penyokong UMNO lebih baik bertaubat dan ahli UMNO keluar saja dari

 parti BN tu dulu dan kena bertaubat kat luar parti bukan dalam parti. Alhamdulillah
 Malaysia, belum kena bencana alam yang dahsyat sepertimana Acheh , Allah masih
 kasih pada rakyat negara ini, tapi menghalalkan Judi ini jelas sekali mencetuskan 
kemurkaan Allah. Orang jahil saja yang rasa aman selepas menghalalkan judi, 
sedangkan orang beriman gerun pada kemurkaan Allah dengan azab bala ditimpkan 
keatas negara ini.

Fikirkan wahai penyokong dan ahli UMNO, sekiranya PAS tidak dapat mencegahnya 

maka Allah tetap tidak membiarkannya. Sepertimana Nabi Nuh a.s mengadu pada 
Allah, 
dia dikalahkan. Maka Allah berfirman selamatkan diri dan pengikut mu, dan seluruh
 kaum 
Nuh a.s dihapuskan. Saya mohon pada para ulama janganlah segera mengadu
 kekalahan 
ini pada Allah sebab azab bala itu sangat pedih, kita teruskan usaha untuk 
menyedarkan
 umat Islam Melayu UMNO ni kembali berpegang kepada Islam, tetapi sekiranya
 mereka 
masih keras menentang perintah Allah maka terpulang pada para ulama. Tiada 
apa yang
 boleh menghalangkan azab bala dari kemurkaan Allah, jika Dia hendak 
menghancurkan
 mana-mana tempat diatas bumi ciptaanNya.







PAS takut Ronnie Liu atau UMNO tunduk kepada Vincent Tan?
Posted on Sunday, May 23 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

KomentarOleh: notan

"Assalamualaikum..,,





Berdegar degar suara UMNO bertempik kononnya PAS takut kepada Ronnie Liu sehingga takut untuk menegur maksiat yang tumbuh macam cendawan di Selangor (tak percaya, tanya Aerosol).Bukan main petah mereka mengejek PAS kerana tunduk dengan kehendak DAP seolah olah PAS sudah hilang arah dan hanya sekarang mengikut telunjuk DAP.

Berlainan pula di PRK Sibu, bilamana rakan UMNO, SUPP boleh mengugut pengundi
dengan dakwaan mengundi DAP bermakna mengundi PAS.Di Sibu, DAP pula didakwa
 ikut telunjuk PAS, mana satu betul ni(wahai Aerosol), PAS ikut DAP atau DAP ikut PAS?



Yang pasti dan yang terjadi kedua dua dakwaan ini betul, PAS ikut DAP dan DAP ikut
 PAS.Jadi dalam kes kes tertentu dakwaan UMNO bahawa PAS ikut telunjuk Ronnie Liu
adalah benar tetapi bukan kerana takutkan Ronnie Liu, cuma menghormati beliau
sebagai seorang manusia yang diberi hak oleh ALLAH untuk hidup di atas muka bumi ini.
Oleh itu permintaan Ronnie Liu dan DAP terhadap beberapa perkara yang didakwa UMNO
sebagai haram dipenuhi atas dasar hak kemanusian seperti permintaan mereka untuk
menternak babi dan pusat pusat hiburan yang tidak menggangu orang Islam.
Tetapi masalahnya di Selangor, pusat pusat hiburan yang penuh maksiat yang dipenuhi
oleh orang Islam sebenarnya sudah lama bertapak sejak UMNO memerintah lagi
(betul tak Aerosol) seperti orang orang Islam ditemui mabuk dipremis perniagaan yang
diharamkan oleh Islam.Pernah terjadi dulu penguatkuasa agama dipersalahkan kerana
menangkap orang Islam minum arak oleh pemimpin UMNO(betul tak Aerosol?) tetapi
apabila kejadian rampasan arak berlaku di zaman PR dan arak itu diarahkan dikembalikan
kepada pemiliknya, bangkitlah UMNO menentang kononnya PR terutamanya PAS tunduk
dan takut kepada Ronnie Liu.Tetapi ketika pemimpin UMNO bising sewaktu orang Islam
ditangkap sedang minum arak, kepada siapa pula mereka takut?(jawab Aerosol).
Melihat kepada ururtan kejadian sejak 50 tahun lalu, UMNO bolehlah dirumuskan takut kepada
 Lim Goh Thong dan Vincent Tan.Vincent Tan minta DSAI dihapuskan, maka UMNO ikut
sehinggalah VK Linggam koret, koret koret mendedahkanya.Bila Vincent Tan minta hakim hakim
yang ada ditukar,UMNO akan turut tanpa banyak soal.Bila Vincet Tan saman orang 10 juta,
UMNO menerusi hakim yang dilantik mereka memberi kemenangan kepada Vincent Tan.
Bila Vincent Tan minta lesen 7 eleven dan lesen jual arak secara terbuka tanpa ada had
kepada orang Islam, lesennya diluluskan tanpa banyak bicara.Mungkin kerana pengalaman
di Kelantan dan Terengganu juga,Vincent Tan minta supaya undang undang kerajaan tempatan
 diubah agak tidak ada lagi negeri yang sekat premis sport totonya.
Bila tiba musim piala dunia, Vincent Tan minta pula lesen judi piala dunia dan lesennya
diluluskan serta merta tanpa soal.Jadi persoalannya (kepada Aerosol) siapa takukan siapa?
PAS takutkan Ronnie Liu atau UMNO takutkan Vincent Tan?



lllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll


No comments: