Sunday, May 9, 2010


MONDAY, MAY 10, 2010





لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
llllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll
al jazeraa news :Iran Tingkatkan Tekanan Diplomatik


"Terjemahan Oleh Pejuang Kecil

Menteri luar Iran telah menegaskan hak negaranya untuk meneruskan kerja-kerja peningkatan keupayaan tenaga nuklear dalam satu pertemuan dengan Amerika dan para diplomat Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.

Manouchehr Mottaki menganjurkan satu majlis makan malam untuk para diplomat di New York pada hari ini sempena persidangan pengawalan senjata nuklear.
 

Makan malam tersebut dianjurkan di tengah kemelut usaha Iran untuk mengelak pusingan keempat oleh PBB bagi menghukum negara tersebut berikutan program nuklearnya yang dipertikaikan.

Duta-duta Jepun dan China ke PBB ialah antara yang hadir, manakala Amerika , United Kingdom, Perancis dan Rusia menghantar diplomat tahap rendah untuk majlis makan malam di kediaman duta Iran di Manhattan.

Yukio Takasu, duta Jepun, berkata Mottaki menggunakan majlis tersebut untuk mengulangi polisi Iran bahawa ia mempunyai hak menghasilkan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan.

Tetapi beliau membayangkan tiada kesudahan yang kukuh melalui wadah makan malam tersebut.

"Kami menyedari bukan tempatnya untuk berunding di sini, namun kami hanya ingin berkongsi idea-idea secara terus terang," Beliau berkata.

"Tidak ada cerita tentang tindakan “sekatan” disini. Apa yang penting ialah kebanyakan ahli-ahli Majlis Keselamatan hadir ke sini."

'Usaha-usaha Iran'

Amerika Syarikat, yang menghantar Alejandro Wolff, timbalan dutanya untuk PBB, berkata majlis itu merupakan satu peluang untuk Iran menyatakan kepada Majlis Keselamatan yang ia "Bersedia untuk mengikut peraturan".

Seorang pegawai Amerika Syarikat, Mengeluarkan kenyataan untuk Agensi Berita Reuters sebelum majlis makan malam, berkata Washington memutuskan untuk mengambil bahagian kerana jemputan tersebut menunjukkan bahawa pegawai Iran bersedia untuk "Menunaikan kewajipan-kewajipan mereka".

"Iran telah diberikan banyak peluang untuk membuktikan alam semula jadi tidak akan terjejas dengan program nuklearnya," kata pegawai tersebut.

"Pertemuan ini ialah satu lagi petunjuk bahawa Iran akan memanjangkan lagi kes ini.

"Mereka dengan jelas menyatakan bahawa usaha-usaha berterusan dalam Majlis Keselamatan dan di forum lain memencilkan mereka dan membuatkan mereka teraniaya."

Tehran tetap menghulurkan tangan kepada 15 anggota Majlis Keselamatan, walaupun ia menyatakan bahawa sekatan tersebut tidak akan menghalangnya daripada meneruskan cita-cita nuklearnya.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada persidangan PBB awal minggu ini mengeluarkan kenyataan bahawa sekatan baru itu bakal kekal merosakkan hubungan antara Amerika Syarikat dan Iran.

"Sekatan tidak boleh menghalang Iran. Iran berupaya bertahan terhadap tekanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya," katanya.

" kami tidak mengalu-alukan sekatan tersebut, bahkan kami tidak gentar kepada mereka."

Amerika Syarikat, Britain dan Perancis telah mendesak PBB bertemu untuk pusingan keempat bagi mengenakan penalti terhadap Iran kerana keengganannya menamatkan kerja-kerja bahagian utama daripada program nuklearnya yang didakwa mereka , ia boleh digunakan untuk menghasilkan senjata.

Namun Iran tetap menyatakan ia hanya mahu membangunkan teknologi menjanakan tenaga nuklear.


Sumber
 : 
Al Jazeraa News


[+/-] Read More...

Nazri Aziz: MUALLAF tidak boleh Islamkan anak-anak! Mesti dibiar kafir


"SELARI dengan semangat 1Malaysia yang dijaja oleh Najib khususnya sempenapilihanraya yang semakin hampir, Nazri Aziz menjelaskan KEPUTUSAN KABINET BN bahawa anak-anak muallaf yang masuk Islam TIDAK DIBENARKAN masuk Islam bersama-sama bapa atau ibu yang masuk Islam sebaliknya mesti kekal dalam agama lama (bukan Islam). Larangan ini turut meliputi anak-anak muallaf yang ingin masuk Islam. Ulasan dan keratan akhbar disertakan:

What use, that cabinet order?
Saturday, 08 May 2010 10:59am
©The Nut Graph 
by Deborah Loh

MINISTER in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz on the cabinet's decision that a spouse who converts to Islam cannot unilaterally change his or her children's religion. The offspring are to be raised in the common religion of both parents prior to the conversion.

The cabinet took this stand after the media highlighted the case of M Indira Gandhi whose husband converted their three children to Islam without her consent. While Indira Gandhi's case is one of several similar custody cases involving unilateral conversions, it drew public attention because she was still breastfeeding the youngest child who had been taken away by her husband. (Source: 'Children of divorced parents must be raised in original religion', The Star, 23 April 2009)

Indira Gandhi expressing doubt over the enforceability of the cabinet position against conversions of minors. In March 2010, the Ipoh High Court ordered her husband to return the youngest child but he did not comply and has also filed a stay application against the court order. (Source:'Children of divorced parents must be raised in original religion', The Star, 23 April 2009)

Chief Justice Tun Zaki Azmi, in an exchange with lawyers in the Federal Court which was meant to hear the constitutional questions on child conversions in the case of S Shamala. Shamala's ex-husband Muhamad Ridzwan Abdullah converted to Islam after their civil marriage, and then converted their two sons unilaterally. Shamala and the boys fled from the country after the High Court in 2004 quashed her attempt to nullify the conversions. She is now in contempt of the High Court's order to produce her children in court, which Zaki used as reason for the Federal Court not to hear the constitutional questions. He has asked for time for the court to decide whether to proceed.

Meanwhile, Indira Gandhi's attempt to quash her children's conversions is left hanging as a result, since the Ipoh High Court had also decided to wait for the Federal Court's decision on the constitutional questions in Shamala's case. And the cabinet's order to stop unilateral conversions of minors remains an empty promise. (Source: Federal Court puts child conversion case on pause mode, The Edge Financial Daily, 4 May 2010)".. end"
PENDEK KATA, menurut kabinet UMNO:
1. Mualaf tidak boleh Islamkan anak-anak Mualaf sekali
2. Anak-anak mualaf mesti kekal dalam agama bukan Islam
3. Sekiranya si mualaf ingin mengislamkan anak-anak mualaf, si mualaf mestilah meminta kebenaran daripada pasangannya yang masih kafir/bukan Islam. Hanya sekiranya pasangannya yang bukan Islam MEMBENARKANNYA, barulah si mualaf boleh mengislamkan anaknya.
4. Sekiranya anak si mualaf yang bawah umur tersebut memilih untuk masuk Islam bersama si bapa atau si ibu yang masuk Islam, proses pengIslaman si anak adalah menyalahi undang-undang dan arahan kabinet dan si anak mestilah dikafirkan semula.
KEPADA penyokong UMNO, apa agaknya dalam kepala hotak korang semua ni??

No comments: