Wednesday, May 19, 2010


Di Petik Dari Sumber










Pilihanraya Kecil Seterusnya: Kota Sipute

Setelah kemenangan di Sibu, pilihanraya seterusnya adalah di Kota Siputeh. Oleh kerana SPR telah melacurkan diri mereka kepada UMNO, maka kita mungkin terpaksa menunggu sebentar sebelum berlaku PRK di Kota Siputeh.

SPR telah meletakkan Speaker Kedah lebih rendah dari mereka. SPR sanggup menghina Dewan Undangan Negeri Kedah hanya kerana mereka mahu mendapat keredhaan UMNO dan Barisan Nasional.


Saya mencadangkan Pengerusi SPR supaya berhenti ambil gaji beliau dari Perbendaharaan Malaysia dan ambil gaji beliau dari PWTC. Kerana Pengerusi SPR tidak lain dan tidak bukan hanyalah taraf pelacur kepada UMNO dan Barisan Nasional.


Di Sibu pun nyaris SPR mahu menipu dan memenangkan BN dengan menerima kertas undi POS yang tidak dibuang (sejumlah 400 undi). Berjam-jam wakil PR bertekak dan bertikam lidah dengan SPR dan akhirnya wakil SPR terpaksa mengaku kalah.


Kalau undi2 tersebut diterima, BN akan menang dengan majoriti 70-80 undi. Mujur kita berkeras dan melawan sehingga SPR terpaksa mengaku kalah.


Saya yakin, pelacuran SPR terutama dalam kes Kota Siputeh bakal menjatuhkan lagi nilai UMNO di mata rakyat Malaysia. Inshaalah, SPR tidak akan boleh pergi jauh sekiranya mereka merelakan diri mereka dilacurkan oleh UMNO.


Sehingga hari ini, tiada sebab untuk SPR menolak arahan Speaker Kedah untuk mengosongkan kerusi Kota Siputeh.


Saya tak sabar untuk PRK Kota Siputeh ini kerana ia akan memberi peluang kepada orang Islam di Kedah mengundi samada mereka redha atau tidak kepada Judi Bola tajaan Najib Tun Razak. Kalau BN terus menang, ertinya orang Kota Siputeh redha dengan judi bola tajaan Najib Tun Razak ini.


Kasihan rakyat Malaysia kerana SPR mereka ditadbir oleh pelacur-pelacur politik.

Tulang Besi


Di Petik dari Sumber














UMNO Kedah tak ada modal. KPN beri modal pada DAP

Di Kedah isu YB Nasir Mustafa kononnya menghina sultan digembar-gemburkan oleh UMNO Kedah yang tidak ada ada modal lagi untuk hentam PAS. Kenyataan Nasir Mustafa diputar belit seperti TV3 memutar belit bekas MB Datuk Seri Syed Razak bagi pihak Mahadzir Khalid ketika itu.


Isu yang tidak ada isu diperbesarkan konon untuk “political milage” mereka. Hakikatnya semua pengundi tahu bahawa itu adalah wayang tongkoi mainan UMNO Kedah. Mereka gagal menghidu isu yang lebih besar untuk menghentam PAS kerana pentadbiran MB Ustaz Azizan berjalan licin.


Di Selangor, peristiwa malang adik Aminurasyid Amzah mati ditembak Polis mendapat simpati ramai. Ramai yang bersedih dan simpati. Insiden ini juga dipolitikkan sepenuhnya oleh DAP kerana ramai di kalangan mereka adalah lawyer-lawyer ternama kalau di bandingkan dengan lawyer PKR dan PAS.


Kematian adik Aminurasyid diperalatkan sepenuhnya oleh DAP untuk menghapuskan kewibawaan Polis DI RAJA Malaysia dan mungkin berusaha menjadikan Polis DAP Malaysia. Apabila berlaku kes-kes yang sebegini, DAP nampak lebih “champion” dari Kerajaan sendiri. Karpal Singh tampil sebagai hero.


Mereka telah berjaya menanam jarum halus di dalam minda rakyat bahawa kalau Polis mesti jahat seperti filem Hindustan. Yang malangnya terdapat di kalangan Polis yang memang bertindak dengan emosi malah kenyataan KPN sendiri yang agak emosi apabila beliau menyatakan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 30/4/2010 :


"Kalau anda tak nak (polis menguatkuasakan undang-undang), saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak melaksanakan undang-undang.Tak payah periksa kereta yang mencurigakan, tak payah tahan samseng jalanan yang membawa motosikal tanpa ada lesen." 


Sesungguhnya kenyataan-kenyataan sebegini lebih banyak membantu dan memberi modal kepada DAP.


No comments: