Saturday, May 22, 2010



Di Petik Dari Sumber


RTM dan Empangan Bakun:










PAS ajak Chou Z Lam buat Road Show



Kontroversi pembatalan siaran dokumentari Empangan Bakun belum melabuh tirai, apabila pejabat Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi mengeluarkan kenyataan untuk menyanggah tuduhan bekas penerbit Galeri Mandarin Nasional, Chou Z Lam pada hari ini.

Chou Z Lam yang ditamatkan perkhidmatannya sebelum ini menuduh Heng Sai Kee (gambar kanan) sebagai boneka UMNO, kerana gagal mempertahankan kebebasan media RTM di bawah bidang kuasanya, apabila dokumentari terbitan Chou Z Lam yang bertemakan Empangan Bakun dan pembinaan menara elektrik Rawang terpaksa dibatalkan.


Tuduhan "boneka" ini dilihat sebagai "serangan peribadi yang berniat jahat" oleh pejabat Heng, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.  Bagaimanapun, Chou Z Lam tetap mempertahankan pendiriannya, malah menyeru agar Heng Sai Kee menyiasat apa yang berlaku sebenarnya, dan memecat pegawai bernama Yap Shy Cuan, yang dikatakan bertugas untuk memantau rancangan Mandarin di RTM.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Chou Z Lam mencabar Presiden MCA, Chua Soi Lek untuk menyatakan sama ada MCA yang membuat keputusan untuk melantik ahlinya, Yap Shy Cuan agar memantau rancangan mandarin yang disiarkan di RTM.

Kira-kira 80 orang berhimpun di depan Kompleks Angkasapuri pada 19 Mei 2010, menyatakan protes mereka terhadap penamatan perkhidmatan Chou Z Lam, yang dipercayai "dipecat" kerana pendedahannya bahawa rancangan dokumentarinya dibatalkan untuk memberi laluan kepada kepentingan politik pihak tertentu.


Sambil merakamkan penghargaan kepada ahli parlimen Puchong-DAP, Gobind Singh yang menawarkan perkhidmatan guaman untuk dirinya, Chou Z Lam menyatakan bahawa dirinya lebih berprihatin sama ada isu pencabulan kebebasan media ini akan dibangkitkan di parlimen.


PAS ajak penerbit RTM yang dipecat buat Road Show

Sementara itu, PAS menghulurkan tangannya kepada Chou Z Lam, mengajak beliau untuk membuat road show di seluruh negara bagi menayangkan atau berkongsi dengan rakyat tentang dokumentarinya itu.
"Dokumentari khas berkaitan empangan Bakun itu wajar dikongsi bersama rakyat bagi melihat penindasan yang dilakukan kepada penduduk di daerah lembah itu.  Bakun menjadi terkenal kerana projek mega Kerajaan yang mahu memindahkan penduduk di situ untuk membina sebuah empangan hidro yang besar," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar kiri) dalam satu kenyataan media.
Malah, Idris Ahmad memetik kertas kerja Profesor Madya USM, Adnan Hussein dan Kamaliah Hj. Siarap yang bertajuk "Alam Sekitar, Kontroversi Awam dan Teori Artikulasi: Satu Analisis Kontroversi Projek Hidro Bakun," "Projek Hidro Elektrik Bakun yang terletak di Sarawak diluluskan oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 1986.  Kajian feasibiliti mula dijalankan pada tahun l981 oleh korsortium SAMA bagi pihak German Agency of Technology co-operation (GTE) (Aliran).  Idea untuk membina empangan di Sungai Rajang dikatakan bermula.  Pada asalnya projek tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 13.6 bilion, meliputi kawasan seluas 69,000 hektar kawasan hutan tropika serta melibatkan penempatan semula hampir 10,000 orang penduduk sekitarnya.  Projek Hidroelektrik Bakun dijangka akan menjana tenaga elektrik 2400 megawat (MW)."
Projek ini kemudiannya dihentikan pada tahun 1990 kerana masalah ekonomi dan kewangan negara.  Pada tahun 1993 Kerajaan memutuskan untuk menyambung semula projek bakun dan pada 1994 Syarikat Ekran Berhad ditawarkan untuk menyambung projek ini tanpa tender.  Ekoran dikatakan memperolehi projek ini secara rundingan terus berikutan Ting Peck Khin yang menguasai syarikat ini mempunyai hubungan baik dengan Mahathir Mohamad.
Pada tahun 1995, tiga rakyat tempatan Sarawak memfail petisyen kepada Mahkamah Tinggi dan mendakwa Kerajaan Sarawak gagal mengikut prosedur mengenai alam sekitar (EIA-Environmental Impact Assessment).  Hasil dari petisyen tersebut, pada Jun 1996 Mahkamah Tinggi mengisytiharkan projek tersebut sebagai tidak sah.  Namun tahun berikutnya, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dengan alasan bahawa Sarawak tidak terikat dengan Akta Alam Sekitar kerana mempunyai peraturan alam sekitarnya sendiri.


Pada tahun 1997, Kerajaan mengambil alih projek Bakun selepas kontraktor utama Asea Brown Bovery’s (ABB), dari Sweden berselisih faham dengan Ekran.  Projek berkenaan ditangguhkan pada 1998 ekoran krisis kewangan yang melanda Asia.  Ting Peck Khin kemudiannya menuntut pampasan sebanyak RM2.2 bilion dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM120 juta kepada Kerajaan dan Anwar Ibrahim mendakwa Mahathir telah mengarahkan Kementerian Kewangan memudahkan bayaran tanpa menghiraukan prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan kewangan.

"Projek ini bersambung pada 1999 hingga ke hari ini dan syarikat Malaysia-China Hydro Joint venture (MCHJV), sebuah gabungan di antara syarikat tempatan, Sime Darby, Malaysia dan dari China, China National water Resources and Hydropower Engineering Corp.(CH WRH) diberikan tanggungjawab meneruskan projek ini.  Projek Bakun dijangka siap pada 2011 iaitu hampir tiga dekad sejak program feasibilty study pertama diadakan pada 1981.  Projek ini juga berlalu dengan empat orang Perdana Menteri menguasai pentadbiran negara."

Baru-baru ini, Sime Darby Berhad yang terlibat dalam Projek itu mengumumkan kerugian RM1.63 bilion dan ini menunjukan bahawa projek berkenaan yang tertangguh sejak sekian lama adalah projek puaka yang memberikan banyak kerugian kepada rakyat dan syarikat-syarikat yang terlibat.


"Namun yang menjadi mangsa dan dijadikan fokus dokumentari oleh Chou Z Lam (gambar kanan) adalah nasib penduduk tempatan.  Mereka menjadi mangsa diskriminasi dan penindasan pihak kerajaan dan mereka yang terlibat dalam projek ini.  Masyarakat orang asli dan penduduk tempatan hingga ke hari ini tidak mendapat apa-apa manfaat dan perhatian selepas projek ini dilaksanakan."


"Oleh itu PAS mengajak Chou untuk mengadakan road showdi seluruh negara untuk berkongsi penderitaan rakyat Bakun.  Pakatan Rakyat menawarkan pentas buat Chou menyampaikan mesej kepada rakyat di seluruh negara di samping memperjuangkan hak beliau yang dizalimi oleh RTM," kata Idris Ahmad.


*Tulisan ini disusun daripada beberapa laporan dan kenyataan yang disiarkan diMerdekaReview, edisi bahasa Cina.


Di Petik Dari Sumber







Open ArtikelOlehmohdnoorawang " JUDI BOLA piala dunia tetap dimulakan sebaik sahaja sepak mula Jun 2010. Pertaruhan atau judi bola piala dunia telah diluluskan oleh kerajaan BN/UMNO. Seluruh kabinet Datuk Najib setuju lesen judi bola sepak piala dunia diluluskan dan diberi kepada jutawan judi negara/BERJAYA sebagai operatornya. Yang bagusnya menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri JK atau Jamil Khir pun bersetuju judi bola sepak piala dunia. Untuk rekod JK adalah orang yang menjaga ugama Islam dan ketua penerangan UMNO Kedah yang bergelar Senator.


Dengan itu tidak salah orang melayu dan orang melayu yang berugama Islam membeli tiket judi bola sepak piala dunia. Kerana judi bola sepak diluluskan oleh orang Islam yang berkuasa, contuh Datuk Najib Razak, Malah menteri yang jga ugama Islam pun bersetuju sama ia-itu Datuk JK/ Jamil Khir. Hanya Islam melarang orang Islam yang berimam terlibat dengan agenda judi dan maksiat.
Parti politik seperti PAS, PKR, DAP tidak setuju judi bola sepak piala dunia. Dan PAS meminta majlis raja-raja campur tangan dalam agebda judi bola sepak yang diluluskan ole kerajaan BN/UMNO atau Najib Rzak dan kabinetnya. Bagi kami raja-raja tidak ada kuasa membatalkan arahan kabinet. Raja-raja perlu ikut nasihat perdana menteri.
Kedua judi bola sepak yang diberi kepada jutawan bangsa China adalah kawan rapat menteri dan perdana menteri. Malah setiap pilihanraya umum di Malaysia orany orang yang berkenaan memberi suntikan kewangan kepada parti dalam BN terutama UMNO.
Ketiga ahli majlis fatwa kebangsaan dan mufti mufti negeri tidak marah kepada kerajaan BN/Najib Razak apabila kabinet Najib mwluluskan lesen judi tersebut.
Keempat semua rakyat Malaysia dan semua bangsa boleh berjudi kerana lesen judi diluluskan. Tidak salah orang mealyu membelinya. Hanya orang yang berimam sahaja faham dan mengerti dosa dan larangan Allah.
Muktamat lesen judi bola sepak piala dunia tidak akan ditarik balik oleh kerajaan BN/UMNO walaupun ada desak dari pehak tertentu. UMNO perlu wang dan kerajaan perlu wang. Haram atau tidak jangan dipersoalkan. Itulah UMNO/BN kini dan selamanya.






PAS takut Ronnie Liu atau UMNO tunduk kepada Vincent Tan?
Posted on Sunday, May 23 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

KomentarOleh: notan

"Assalamualaikum..,,






Berdegar degar suara UMNO bertempik kononnya PAS takut kepada Ronnie Liu sehingga takut untuk menegur maksiat yang tumbuh macam cendawan di Selangor (tak percaya, tanya Aerosol).Bukan main petah mereka mengejek PAS kerana tunduk dengan kehendak DAP seolah olah PAS sudah hilang arah dan hanya sekarang mengikut telunjuk DAP.


Berlainan pula di PRK Sibu, bilamana rakan UMNO, SUPP boleh mengugut pengundi dengan dakwaan mengundi DAP bermakna mengundi PAS.Di Sibu, DAP pula didakwa ikut telunjuk PAS, mana satu betul ni(wahai Aerosol), PAS ikut DAP atau DAP ikut PAS?



Yang pasti dan yang terjadi kedua dua dakwaan ini betul, PAS ikut DAP dan DAP ikut PAS.Jadi dalam kes kes tertentu dakwaan UMNO bahawa PAS ikut telunjuk Ronnie Liu adalah benar tetapi bukan kerana takutkan Ronnie Liu, cuma menghormati beliau sebagai seorang manusia yang diberi hak oleh ALLAH untuk hidup di atas muka bumi ini.Oleh itu permintaan Ronnie Liu dan DAP terhadap beberapa perkara yang didakwa UMNO sebagai haram dipenuhi atas dasar hak kemanusian seperti permintaan mereka untuk menternak babi dan pusat pusat hiburan yang tidak menggangu orang Islam.
Tetapi masalahnya di Selangor, pusat pusat hiburan yang penuh maksiat yang dipenuhi oleh orang Islam sebenarnya sudah lama bertapak sejak UMNO memerintah lagi(betul tak Aerosol) seperti orang orang Islam ditemui mabuk dipremis perniagaan yang diharamkan oleh Islam.Pernah terjadi dulu penguatkuasa agama dipersalahkan kerana menangkap orang Islam minum arak oleh pemimpin UMNO(betul tak Aerosol?) tetapi apabila kejadian rampasan arak berlaku di zaman PR dan arak itu diarahkan dikembalikan kepada pemiliknya, bangkitlah UMNO menentang kononnya PR terutamanya PAS tunduk dan takut kepada Ronnie Liu.Tetapi ketika pemimpin UMNO bising sewaktu orang Islam ditangkap sedang minum arak, kepada siapa pula mereka takut?(jawab Aerosol).
Melihat kepada ururtan kejadian sejak 50 tahun lalu, UMNO bolehlah dirumuskan takut kepada Lim Goh Thong dan Vincent Tan.Vincent Tan minta DSAI dihapuskan, maka UMNO ikut sehinggalah VK Linggam koret, koret koret mendedahkanya.Bila Vincent Tan minta hakim hakim yang ada ditukar,UMNO akan turut tanpa banyak soal.Bila Vincet Tan saman orang 10 juta, UMNO menerusi hakim yang dilantik mereka memberi kemenangan kepada Vincent Tan.
Bila Vincent Tan minta lesen 7 eleven dan lesen jual arak secara terbuka tanpa ada had kepada orang Islam, lesennya diluluskan tanpa banyak bicara.Mungkin kerana pengalaman di Kelantan dan Terengganu juga,Vincent Tan minta supaya undang undang kerajaan tempatan diubah agak tidak ada lagi negeri yang sekat premis sport totonya.
Bila tiba musim piala dunia, Vincent Tan minta pula lesen judi piala dunia dan lesennya diluluskan serta merta tanpa soal.Jadi persoalannya (kepada Aerosol) siapa takukan siapa?PAS takutkan Ronnie Liu atau UMNO takutkan Vincent Tan?

No comments: