Wednesday, May 12, 2010


Di Petik Dari Sumber




Pilihanraya Kecil Seterusnya: Kota Siputeh

Setelah kemenangan di Sibu, pilihanraya seterusnya adalah di Kota Siputeh. Oleh kerana SPR telah melacurkan diri mereka kepada UMNO, maka kita mungkin terpaksa menunggu sebentar sebelum berlaku PRK di Kota Siputeh.

SPR telah meletakkan Speaker Kedah lebih rendah dari mereka. SPR sanggup menghina Dewan Undangan Negeri Kedah hanya kerana mereka mahu mendapat keredhaan UMNO dan Barisan Nasional.

Saya mencadangkan Pengerusi SPR supaya berhenti ambil gaji beliau dari Perbendaharaan Malaysia dan ambil gaji beliau dari PWTC. Kerana Pengerusi SPR tidak lain dan tidak bukan hanyalah taraf pelacur kepada UMNO dan Barisan Nasional.


Di Sibu pun nyaris SPR mahu menipu dan memenangkan BN dengan menerima kertas undi POS yang tidak dibuang (sejumlah 400 undi). Berjam-jam wakil PR bertekak dan bertikam lidah dengan SPR dan akhirnya wakil SPR terpaksa mengaku kalah.

Kalau undi2 tersebut diterima, BN akan menang dengan majoriti 70-80 undi. Mujur kita berkeras dan melawan sehingga SPR terpaksa mengaku kalah.

Saya yakin, pelacuran SPR terutama dalam kes Kota Siputeh bakal menjatuhkan lagi nilai UMNO di mata rakyat Malaysia. Inshaalah, SPR tidak akan boleh pergi jauh sekiranya mereka merelakan diri mereka dilacurkan oleh UMNO.

Sehingga hari ini, tiada sebab untuk SPR menolak arahan Speaker Kedah untuk mengosongkan kerusi Kota Siputeh.

Saya tak sabar untuk PRK Kota Siputeh ini kerana ia akan memberi peluang kepada orang Islam di Kedah mengundi samada mereka redha atau tidak kepada Judi Bola tajaan Najib Tun Razak. Kalau BN terus menang, ertinya orang Kota Siputeh redha dengan judi bola tajaan Najib Tun Razak ini.

Kasihan rakyat Malaysia kerana SPR mereka ditadbir oleh pelacur-pelacur politik.

Tulang Besi






Judi Bola : AkhirnyaHarussani bersuara...


Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak.

Beliau berduka cita lantaran kerajaan
 Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita
 meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya ini.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam .

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.






Kerajaaan Bn Luluskan Lesen Judi Bola Sepak

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan
 sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan 
bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai 
pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima
pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai 
serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan 
BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, 
kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan
 lesen judi semasa kejohanan bola sepak 
Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, 
Sin Chew, menteri 
kewangan semalam secara rasminya memberi lesen
 judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.Sin Chew

 Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan
 bolasepak itu.
BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa 
Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga
 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut 
berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan 
media akan dikeluarkan hari ini.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, 
Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan 
kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya 
aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen
 kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian 
dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan
 dan pemantauan pihak berkuasa




























Oleh: ruhan

"Perkembangan yang menggalakkan telah berlaku di Sibu. Isu agama dibangkitkan oleh SUPP. Dakwaannya ialah undi untuk DAP merupakan sokongan kepada PAS untuk membentuk negara Islam. Rakyat sudah tahu bahawa UMNO telah berjaya menakut-nakutkan semua parti bukan Islam dalam BN tentang perjuangan PAS menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia. Imej negara Islam ala PAS itu telah ditampalkan dengan ekstremisme dan konservatif. Maka dipancarkanlah ketidaksesuaian pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Dengan berbuat demikian, mereka mengkesampingkan fakta kerajaan Islam yang diwujudkan oleh Rasulullah dihuni oleh masyarakat yang menganut pelbagai agama. Kemuliaan Islam berjaya menyatukan semua anggota masyarakat yang berlainan keturunan dan pegangan agama itu.

Parti-parti bukan Islam dalam BN memang elergik terhadap Islam hasil didikan UMNO. Melalui pendekatan yang berhemah, PAS berjaya membawa pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PKR dan DAP memahami Islam. Di samping itu, PAS berjaya menarik kaum Cina dan India menyertai Kelab Penyokong PAS. Sokongan pelbagai kaum kepada PAS dan perpaduan erat dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah menimbulkan rasa gentar UMNO-BN. Sebab itulah mereka berusaha memecahbelahkan pakatan ini.

Harus diingat bahawa pembentukan negara Islam hanya wujud dalam PAS. Apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat, teras perjuangan PAS itu tidak dipaksa menjadi teras perjuangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berjuang untuk membentuk sebuah negara mampu memberi keadilan kepada semua kaum tanpa menggugat Perlembagaan Malaysia. Sehubungan itu, merakyatkan kemakmuran negara dijadikan iltizam oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan demikian, segala bentuk kedurjanaan yang selama ini dilakukan oleh UMNO-BN akan diperangi secara habis-habisan.

UMNO mendakwa mereka berjuang untuk agama, bangsa, dan negara. Hakikatnya merekalah yang menentang keputusan mahkamah dalam isu kalimah Allah. Mahkamah membenarkan majalah Kristian menggunakan kalimah itu bagi menggantikan God. UMNO menentangnya sehingga ada gereja yang dibakar. PAS tidak turut serta dalam kesilapan tafsiran yang dibuat oleh UMNO.

Kalimah Allah sememangnya telah lama digunakan dalam Bible berbahasa Arab. Perkara ini bukan satu masalah besar. PAS bersetuju kalimah itu digunakan oleh penganut Kristian asalkan tidak mengelirukan penganut agama Islam. Fakta-fakta sebeginilah yang dijelaskan oleh PAS kepada lebih 50 % penganut Kristian di Sibu. UMNO yang telah tersilap langkah dalam hal ini mula rasa tergugat kerana mereka telah dipersalahkan. Orang yang berprinsip sepatutnya berani buat beranilah tanggung!!!

Pengundi-pengundi di Sibu perlu diberi penerangan yang jelas tentang konsep hidup bersama dalam Islam bagi membersihkan tanggapan negatif terhadap ajaran agama itu yang diselewengkan oleh UMNO. Undi DAP bermakna undi untuk negara Islam PAS ialah propaganda lapuk BN-SUPP.

85% pengundi Cina di Bukit Gantang memilih Nizar. 80% pengundi Cina di Hulu Selangor memilih Zaid. Adakah mereka menyokong pembentukan negara Islam? Pakatan Rakyat tidak pernah pada bila-bila masa meletakkan Islam sebagai teras perjuangan. PAS memperjuangkan Islam dalam kalangan orang Melayu-Islam kerana UMNO menolak Islam dalam erti kata melaksanakan Islam secara berpilih-pilih. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam.

Hubungan dalam kalangan umat Islam merupakan hubungan saudara segama. Hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam merupakan hubungan sesama insan. Kedua-dua konsep ini akan menjadi pegangan PAS sampai bila-bila. Tidak perlu ada syak wasangka terhadap orang Islam dalam kalangan orang bukan Islam di Malaysia. Hal ini telah dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PKR dan DAP. Biarkanlah UMNO dengan imej kelabu mereka terhadap Islam. Kejahilan mereka sudah sampai ke tahap menghalalkan judi bola sepak Piala Dunia!!!

http://bilahrotan.blogspot.com



Di Petik Dari Sumber




















Keadaan bumbung surau Hj. Sya'arie Parit Tok Ngah selepas ditimpa ribut.




















Selepas diperbaiki dengan menggunakan atas yang sama, keadaan atap berkedut-kedut sehingga keruangan solat dan akan bocor bila hujan turun dan menganggu keselesaan jemaah.


Sumbangan dana keperihatinan anda amat diharap dan dialu-alukan untuk membaik pulih atap surau diatas. Sila salurkan sumbangan ikhlas anda ke Tabun Amal DUN Titi Serong bagi menampung dana baik pulih yang sedang dikumpulkan oleh pihak kami. Tarikh akhir sumbangan untuk tabung ini ialah pada 30 Mei 2010
Di Petik Dari Sumber






Sultan Sharafuddin Perlu Waspada Dengan Pengampu


NASIHAT dan teguran ikhlas Sutan Selangor, Sultan Sharafuddin Idsris Shah agar parti politik tidak menggunakan masjid untuk tujuan politik (jahat) nampaknya sudah menjadi isu yang dipolemikkan. Teguran itu telah dibawa terlalu jauh untuk kepentingan politik satu-satu pihak.



Apakah ini melambangkan golongan politik kita (Melayu) sudah kekeringan modal atau bersikap macam ikan lampam, yang akan menerkam apa saja objek yang jatuh dari atas jemburan atau jambatan. Meskipun yang jatuh itu hanya bulu ayam atau ketulan busuk, mereka merebut dan mengomolnya sehingga terkoyak muncung?


Sepatutnya semua pihak tidak mudah cuba menari mengikut gendang sendiri dalam melihat titah ikhlas Sultan Selangor tempoh hari itu. Sebelum mereka memberi reaksi seharusnya melihat apakah maksud baginda sebenarnya. Mereka juga perlu menyedari apakah baiknya untuk mereka terus menyerang mana-mana pihak ekoran teguran itu. Dalam hal ini cubalah bercakap secara ikhlas dan jujur. Belajar jadi ikhlas dan orang benar sejenak.


Apa yang berlaku Sultan Selangor hanya memberi nasihat supaya tidak menggunakan masjid sebagai medan untuk politik (jahat). Rasanya semua orang kena setuju dengan saranan itu. Tetapi sebelum setuju haruslah difahami apakah bentuk politik yang dikatakan Sultan itu. Apakah bentuk politik yang tidak wajar dibawa masuk ke dalam masjid?


Kalau masjid itu membawa perpecahan, membawa kejahatan, membawa hasutan dan membawa manusia menjauhi syurag, rasanya semua pihak kena setuju. Malahan orang yang berbuat demikian wajar dihumbankan ke dalam sungai Kelang.


Dalam hal ini apa yang penting semua pihak kena faham, apakah erti dan bentuk politik itu yang patut dihalang masuk ke dalm masjid itu. Sejauh manakah ia digunakan dan boleh memudaratkan umat. Saya rasa kalau masjid digunakan untuk berpolitik, selagi politik terkawal dengan baik dan membawa manusia menuju ke mardthalilah (jalan Allah) tidak ada masalah. Dalam hal ini kena perluaskan skop politik itu.


Di sinilah apa yang ditegas dan dipertahankan Tok Guru, Nik Abdul Aziz orang yang melarang agar politik tidak dibicarakan di masjid adalah peninggalan penjajah. Maksud kata-katanya itu bukan menyanggah kata-kata sultan. Sebaliknya beliau menjelaskan bagaimana dan kenapa penjajah tidak membenarkan masjid digunakan sebagai medan berpolitik.


Penjajah arif masjid adalah gelanggang orang Islam dan Melayu. Di sinilah tempat orang Islam bermuzakarah, berbincang menyelesaikan masalah mereka. Medan orang Melayu mengeratkan silaturahim. Muzakarah dan berbincang, inilah politik.


Penjajahan faham, selagi ada gelanggang ini orang Melayu akan bersatu. Maka itu penjajah menghalangnya. Tindakan atau maksud inilah yang Nik Aziz nak ceritakan. Maksud penjajah yang melarang masjid untuk tujuan baik itulah menyebabkan Nik Aziz menyanggah manamana pendapat menafikan penggunaan masjid untuk politik.


Apakah cemarnya politik begitu? Pada saya menggunakan tempat awam untuk berpolitik jahat dan tidak bagi kebaikan umum juga tidak baik. Bukan saja politik di masjid saja perlu dihalang di dalam tandas juga harus dilarang kalau ia membewa kesesatan dan kemunduran ummah.

Maka untuk menegur ini, saya rasa baik dilakukan untuk semua tempat. Untuk pengetahuan, sekolah, sudah lama dijadikan gelanggang politik oleh pihak tertentu. Pejabat kerajaan dan syarikat-syarikat GLC juga dijadikan sumber kekayaan atau lombong emas membantu politik tertentu.


Politik di sini lebih buruk dan hampak dari politik di masjid yang dimaksudkan sesetengah orang. Kenapa tidak ada larangan dan teguran bila tempat-tempat ini dijadikan medan politik? Apakah kerana yang melakukan itu Umno maka ia menjadi halal semuanya?


Sultan atau Raja yang menjadi payung kepada bangsa Melayu juga perlu tegur dan menasihat supaya tempat-tempat awam dan badan-badan milik kerajaan tidak digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya. Apakah medium awam itu boleh digunkana untuk mengilangkan isu-isu politik busuk bila ia dilakukan oleh parti pemerintah atau tepatnya UBN?


Dan mengenai pendirian Zaid Ibrahim untuk tidak memohon maaf kepada Sultan Selangor saya rasanya ia perlu disokong atau digali apakah alasannya. Tolollah Zaid kalau beliau memohon maaf ke atas sesuatu perbuatan yang tidak fatal kesalahannya. Tafsiran orang mengatakan dia biadap apabila cuba mempertikaikan kata-kata sultan itu adalah ilusi orang-orang yang kecewa dan berjiwa kecil saja. Orang-orang ini adalah mereka yang cuba menjadikan sultan dan istana sebagai kuda tunggang selepas mereka ketinggalan kereta api dan bas.


Mereka yang mengatakan Zaid biadap, sebenarnya mereka yang buta undang-undang dan sedia menterbalikkan undang-undang sekiranya mereka merasakan ada untung kepada mereka.
Mereka ini adalah sang pengampu. Bagi sang pengampu akan bertindak melakukan apa saja hatta menadah tahi orang lain dengan telapak tangannya. Zaid bukan jenis itu. Dia tidak akan sesekali mengatakan tahi itu sebagai wangi meskipun ia dibungkus dengan bunga.


Beliau juga arif terhadap sesuatu yang beliau perkatakan.


Apa gunakanya negara ini ada kanun kalau tindakan tidak mengikut kanun? Apakah kita mahu menjadi burung malas yang tidak pandai membuat sarang tetapi mahu juga bertelor di dalam sarang? Akhirnya telor entah ke mana pecah bersepah tanpa melahirkan zuriat. Orang yang tidak menerimsa kanun samalah orang yang menterbalikkan kura-kura.


Benar kata Zaid, apabila Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sudah ada badan yang menguatkuasakan undang-undang Islam di Selangor, sepatutnya Mais yang mengeluarkan arahan. Teguran dan nasihat spotan sultan bolehlah disifatkan sebagai 'araha' peribadi beliau yang boleh atau tidak untuk dipatuhi. Sekiranya nasihat itu dikempelkan dengan kanun oleh Mais maka barulah ia merupakan perintah yang tidak boleh dipersoalkan lagi.

Raja atau sultan kita hari ini adalah raja dan sultan di bawah perlembagaan.


Dalam hubungan sikap tegasnya menyokong kenyataan Nik Aziz itu – mempertahankan masjid boleh dijadikan medan politik, Zaid berpegang kepada kanun. Sebagai seorang pengamal undang-udang beliau tetap berpegang kepada undang-undang dalam keadaan apa saja.

Sementara mereka yang mudah mengatakan Zaid biadap dan cuba membela sultan tanpa memahami erti dan mesej di sebalik itu adalah golongan pengiring raja-raja di zaman pubra. Mereka ini dapat dilihat dalam filem Melayu, tidak berbaju, berkaki awam dan membidik lembing atau tombak 24 jam. Sesekali juga mereka merupakan pengusung tandu. Mereka akan sedia menjadikan diri mereka sebagai benteng untuk menyelamatkan raja hanya kerana untuk kepentingan mereka, tanpa memikirkan apakah kerja mereka itu memberi manfaat kepada mereka sewajarnya! .
Posted by mso

No comments: