Thursday, May 27, 2010






Hahaha! sejak bila MP Kota Belud ni jadi ahli PAS?

Hangpa tau tak, sejak bila ahli parlimen BN dari Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan jadi ahli PAS atau pemimpin PAS? Aku tak tahu pulak dia dah masuk PAS.


Kenapa aku tanya demikian? Cuba korang baca laporan berita malaysiakini, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah memberi komen seolah-olah dia tu pemimpin PAS atau ahli PAS. Pandai-pandai pulak duk bicara pasal orang lain. Muka tak malu betul la dia tu.


Abdul Rahman kata, penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak seharusnya berperanan sebagai penyokong PAS sahaja kerana dewan tersebut bertanggungjawab untuk menerangkan dasar parti itu.


Hehehe..bukan nak tergelak tapi dah tergelak dah pun. Tak malu ke dia cakap camtu? Kalau aku, malu lah jugak. Ya la kan, cakap pasal rumahtangga orang, pastu buat pandai-pandai pulak cakap itu tak kena, ini tak kena. Kalau nak bagi cadangan sangat, jomlah masuk PAS. Aku la pelawa. Tak tahulah PAS nak terima ke tidak orang muka tak malu cam dia tu.


Tak ke pelik korang semua, Abdul Rahman ni orang Umno, pastu dia cakap kat ahli DHPP, jangan jadi ahli semata-mata, tapi kenalah terangkan dasar-dasar PAS kat orang lain. Hang dah tahu ke dasar PAS tu wahai Abdul Rahman. Kalau tak tahu, pi la tanya Ketua DHPP, Encik Hu Pang Chaw. Dia lebih mengetahui dari hang.


Abdul Rahman kata lagi, "menjadi tanggungjawab dewan ini untuk memberitahu kepada rakyat. Kalau setakat sokong dan tidak menjelaskan pendirian PAS buat apa?".


Apa lah puak-puak Umno ni. Dah tak tahu dah nak cakap apa ke, sampai dah pandai bagi nasihat kepada PAS pulak dah. Nampak macam berminat jadi ahli PAS je.


Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab DHPP untuk menjelaskan kepada rakyat bentuk dan jenis kerajaan persekutuan yang PAS akan wujudkan bersama Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang dalam pilihanraya akan datang.


Terima kasih la Abdul Rahman kerana bagi nasihat tu. WarkahDaily pun nak mintak hang pun sama-samalah terangkan kepada rakyat akan dasar perjuangan PAS tu.


Orang bukan Islam pun dah bersama PAS, hang bila lagi. Jangan pandai bagi nasihat je.


Lagi sekali aku nak gelak..hahahahaha...lawak betul lah ahli parlimen Kota Belud ni.

No comments: