Friday, May 7, 2010


     Di Petik Dari Sumber  http://www.tranungkite.net/v10

Salam...Sawadhikappp


ini adalah ipm801 decoder (Thailand satellite)
100 channel (Movie, sport (piala dunia), dokumentari dan sebagainyer)
sesuai digunakan di Malaysia..


Auto detect satellite



Kedudukan arah satellite dish mengikut satellite



Channel



Yang paling Special sekali ialah.....
Semua channel adalah free...
....PERCUMA...
Gambar clear (cantik sama macam Astro)
Dan tiada ulang siar..
Dan sesuai digunakan dengan "Piring Astro"
Harga RM500 decoder sahaja
Decoder +  satellite dish (2nd hand) + pasang = RM600
Well....amat berpatutan coz tanpa bayaran bulanan.....ko guane?
Yang berminat sila PM saya alamat dan no telepon anda...
kami akan uruskan seberapa segera..


Terima kasih...


Yang berminat teruskan PM saya...


kerjasama anda amat dihargai...
Tq








PostPosted: :

masaalah nya tak banyak siaran fta yang boleh diterima dari satelit yang dapat dijangkau malaysia.
di measat 3 - siaran astro - diacak. belum ada yang mampu menembus acakan nya
di nss 6 - ada 16 atau 17 fta channel - semua berbahasa thai. rancangannya kurang menarik melainkan guna ipm receiver ada juga yang menarik.
di eutelsat w5 - dulu ada siaran tapi sekarang dah tak ade.
vinasat 1 - tv vietnam - ada 6 channel dalam mpeg 4
thaicom 5 - truevisons - siaran seperti astro - banyak channel tapi diacak menggunakan irdeto 2 - boleh dilihat jika menggunakan dreambox dengan card sharing system.

bagi penduduk disabah boleh menikmati dreamtv dari filipina. siarannya diacak menggunakan nagravision dan yang acakan nya sudah lama ditembusi. dimalaysia barat signalnya tak sampai - saya dah cuba guna 10 kaki dish pun tak dapat tangkap signal dia. tapi disebelah pantai timur mungkin dapat tapi signal amat lemah.

kalau nak tengok siaran-siaran yang akan-akan sama dengan astro termasuk perlawanan bola epl, liga italy, liga sepanyol dan liga german ialh dengan menggunakan dreambox card sharing. juga ada channel hbo, discovery, national geographic dan banyak lagi. yang tak ada hanya local tv malaysia dan siaran olahan astro. siaran ppv pun kadang tu boleh dilihat. sekarang ini banyak juga restoran-restoran menggunakannya menggantikan siaran astro. apa yang penting bagi mereka bola sepak dan movie.

nak ke?

kalau betul-betul nak lihat beratus-ratus channel then guna c-band dish. mula-mula excited lah tapi last-last tengok tv indonesia saja. yang lain tak reti benda apa dia cakap. siaran bola sepak boleh tengok kat tv cambodia ke, tv laos ke, tv vietnanm ke, tv china ke, tv indon ke, ke thailand ke, tv burma ke. banyak choice.

siaran xxx tok sah doh risau tak de punya. ada tak tak ada pun semua nya berbayar kat jepun korean sana. kat sini jangan harap nak dapt signal dia. yang ada kat telstar 18 pun diacak guna viaccess 2 dan kena guna dish paling minimum 6 kaki.

ada berani pasang 10 kaki motorized dish?



Adakah Markah Matematik Anak anda Menyakitkan Hati?



Zaid Ibrahim Halangan Terbaru Projek Najib Rampas Selangor PRU 13
Posted on Friday, May 07 @ 07:05:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

ResponOleh: ulitmayang

"Melihat kepada 4 tajuk berita dalam suratkhabar  Utusan Malaysia , bertarikh 07 Mei 2010 , jumaat , ia sebenarnya lebih memberikan satu pernyataan dan pengiktirafan kepada Datuk Zaid Ibrahim. Kehadiran beliau secara rasmi ke dunia politik , setelah dilantik dan dicalonkan mewakili PKR dalam  PRK P094 Hulu Selangor , walaupun kalah , tetapi kesan nya lebih hebat dan merupakan halangan terbaru kepada cita – cita Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri bagi menawan kembali Selangor. 


Bagaimana cara media milik UMNO 100% ini mengolah umpan yang dipasang oleh Datuk Zaid menerusi ulasan beliau yang bertajuk 
 " Beza arahan dan pandangan peribadi "  , membayangkan tahap takut dikalangann
 pemimpin – pemimpin UMNO negeri akan kehadiran secara ramsi beliau di negeri Selangor.
Kata beliau , “ Sultan Selangor telah bertitah bahawa masjid tidak boleh digunakan
 untuk tujuan politik. Titah itu luas sekali skopnya. Saya yakin baginda berniat
 ikhlas dan jujur tetapi tafsiran titah itu mungkin diambil kesempatan
 oleh pihak-pihak tertentu.


” Titah itu perlu diambil kira dalam konteks Perlembagaan 
Persekutuan dan kuasa-kuasa raja. Contohnya, apakah doa 
yang disambut oleh semua mukmin supaya 
“raja kita sanjung dan dipanjangkan umur” 
itu sebenarnya tidak bersifat politik?



Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat 
yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik?
Tidak timbul soal Tok Guru Nik Aziz melanggar arahan 
Sultan Selangor seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri
 Najib Razak.


 Tok Guru dan ramai lagi orang Islam yang tak sependapat dengan
 pendirian peribadi Sultan Selangor. Pada zaman sekarang dan 
mengikut Perlembagaan, tak sependapat hanya bererti berbeza
 pandangan. Ia bukan satu kesalahan. Ia juga bukan perbuatan 
menghina.


Serangan ke atas Datuk Zaid , secara tidak langsung memudahkan beliau bergerak bagi
 melaksanakan tugas yang diamanahkan , selaku Penyelaras dan Ketua Jawatankuasa
 Petugas bagi soal pemilikan tanah peneroka Felda di Selangor.
Pemecahan bagi kawalan yang ketat ke atas tanah – tanah rancangan FELDA , 
di Selangor khususnya akan mengurangkan cengkaman ke atas minda dan pemikiran 
satu golongan dan kelompok orang – orang Melayu , yang sengaja dijajah otak 
dan akal mereka , yang diprogramkan supaya tidak cerdik , yang mudah di’tuning’ dan
 diperalatkan bila – bila masa , bagi kepentingan UMNO , bukan untuk kemajuan dan 
kemaslahatan generasi ke-2 , atau peneroka awal.
Sudah semakin jelas , kesan akhirnya nanti , banyak lagi 
kawasan – kawasan DUN dan Parlimen , khususnya yang 
terdapat rancangan – rancangan FELDA , akan jatuh ke tangan
 PR , seperti mana yang terjadi dalam PRK P094 Hulu Selangor
 bilamana 2 DUN secara tiba – tiba kalah dari segi pengiraan
 undi , iaitu  N6 -  Kuala Kubu Baru dan N7 – Batang Kali , 
walaupun tiada PRK bagi bagi kedua – duanya. InsyaAllah
 dalam PRU 13 2012 nanti bagi N6 & N7 dapat ditawan 
dengan mudah.  
Cuba baca , mentelaah dan buat R & D sikit tajuk – tajuk  di bawah ini
 [just simple hypothesis &  assumption, kalau ada  methodology ,
statistical testing , CV , SD ,  Precision & Accuracy lagi bagus ]. 
Hasil kajian kalau nak ‘publish’ tolong tulis sikit ‘AMARAN : BUKAN UNTUK BACAAN
 AHLI – AHLI UMNO. Otak dia orang ni dah penuh dengan sifir $$$$$$$.
Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari 
ini mendesak Penyelaras pakatan pembangkang, 
Datuk Zaid Ibrahim memohon maaf secara terbuka 
kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam
 tempoh 24 jam.   


2.       " Lucut gelaran Datuk " 
UMNO Bahagian Cheras mencadangkan gelaran Datuk kepada 
Zaid Ibrahim dilucutkan kerana beliau begitu biadab 
terhadap Sultan Selangor dengan menghina dan mencerca 
titah baginda secara terbuka.Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee
 berkata, tindakan Zaid itu begitu keterlaluan dan 
seolah-olah menggambarkan Sultan Sharafuddin Idris Shah 
sebagai seorang sultan yang tidak berpelajaran. 
UMNO Bahagian Subang membuat laporan polis bagi 
menggesa siasatan dijalankan terhadap Datuk Zaid Ibrahim
 kerana didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin 
Idris Shah melalui satu artikel yang disiarkan dalam blognya.  
UMNO Selangor mendesak kerajaan negeri supaya menarik
 balik pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai ketua jawatankuasa
 petugas khas yang bertanggungjawab dalam soal pemilikan
 tanah peneroka Felda di negeri itu. Ketua Penerangannya, 
Abdul Shukor Idrus berkata, desakan tersebut dibuat 
kerana Zaid didapati tidak layak untuk berada dalam 
pentadbiran Selangor.
"

RM20 juta tawan Putrajaya – Husam Kicdesyeik
Posted on Friday, May 07 @ 04:06:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

ArtikelOleh mn_nawawi

ALLAHAMDULLILAH… Semoga ALLAH taukan kembali hati2 pimpinan dan ahli Pas. Aku cukup risau melihat beberapa pimpinan dan ahli Pas baik dlm media umno mahupun media alternatif seperti tranungkite.

Berapa ramai pimpinan pas yg aku hormati dan kagumi mengeluarkan kenyataan media sinis ditujukan pada HM. Lebih menyedihkan lagi ada juga ahli dan penyokong pas yg mendokong pimpinan tertentu menyeluarkan kenyataan agak kurang sopan kepada HM. lihat saje ape yg ditujukan dalam tranungkite. Ahli dan penyokong kini lebih suka menyerang pimpinan sendiri dr mempertahankan mereka.


Aku akui HM seorang yg keras, tegas dan agak strategik dlm keputusan yg dibuat sehinggakan ia seolah2 melanggar kepimpinan yg lebih tinggi dan berautoriti seperti dewan ulama tetapi aku melihat ada kecerdikan pd HM.

Tiada untungnya ahli dan pimpinan yg tidak sehaluan menembak HM bila dia difitnah oleh musuh, malah ia menampakan betapa kejinya pimpinan Islam boleh menjatuhkan sesama sendiri.

Banyak pengajaran dlm hal ni bro. HM perlu merendah diri kepada Allah dan pimpinan/ulama barulah ia akan dikasihi oleh seluruh ahli dan Allah akan mengangkat dia jika dia ditakdirkan menjadi ketua utk gerakan Islam.

Tindakan dia yg strategik perlu disulami dgn kesedaran bahawa apa yg dia buat adalah untuk DIA.

Pimpinan yang lain, tak perlulah menampakan bahawa anda begitu gembira bila kicdegila cuba menjatuhkan HM. jika anda tdk mahu pertahanakan dia usahlah menambahkan beban pada dia sedangkan dia juga berjuang utk Islam.

Kepada ahli yg suka sgt dalam tranungkite mendesak supaya HM disingkirakan, udah2lah, murtamar sudah berlalu dan HM tidak terpilih pn, betapa redhanya HM dgn keputusan itu dan tidak menimbulkan masalah selepas dia jatuh. Jgn lah kita gembira sangat, adakah kita yakin bahawa HM ni memang pentingkan kuasa dan nafsu semata2.

Bersatulah wahai ansarullah…

HM kini semakin tertekan dgn tingkah laku segelintir yg mahu dia disingkirkan dari jemaah. Aku pernah dgr rungutan HM dlm satu majlis bersama graduan universiti selepas murtamar…kata nya

” masa ana mungkin setakat ni, jadi ana harap adanya anak muda yg berani, cerdik dan ikhlas meneruskan apa yg dah ana buat….tapi ada syarat dia,… bulan depan bila kita jumpa lagi ana nak tak kurang dari 40 org yg ada dalam ni katham quran… bila kita jumpe lagi sekali khatam lagi sekali quran….”
itu pesan HM pada mereka yg hadir…

Siapa yg mengenali HM pasti tak sangka bahawa dia juga ahli quran dan sentiasa dampingi quran. Tanyalah siapa yg pernah keluar bersama HM.
Semoga Allah menyatukan hati2 ahli dan pimpinan Islam.

Jika ulama tak ada pastinya pas akan sesak,, jika profesional tak ada pastinya pas akan mundur…PK lah keduanya amat kita perlukan. Jgnlah lagi bertembung sesama sendiri. Baikilah yg rosak.. Kpeda bloger2 yg selalu menjadi tikus baiki labu hentikanlah……….

Berita yang TV3 dan UTUSAN tak sanggup siarkan
New postPosted:

Oleh: ibnuabbas

"
BESUT-Seorasng ibu kepada ahli dewan undangan negeri di negeri ini antara individu yang dikesan menerima agihan wang zakat kategori fakir miskin oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) tahun lalu.

Selain ibu kepada wakil rakyat terbabit, individu lain yang tersenarai menerima agihan wang berkenaan adalah mereka yang mempunyai simpanan mencecah RM79000 dalam akaun bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, perkara itu berlaku kemungkinan kerana mereka yang diamanah menyenarai penerima agihan zakat tidak meneliti status kelayakan sepatutnya diterima penerima zakat bagi kategori fakir miskin.

"Kita sudah mengesan pelajar yang menerima wang zakat untuk belajar di Mesir tetapi disalahguna bagi tujuan melancong ke beberapa negara barat," katanya. 

No comments: