Wednesday, August 27, 2008

Jalan Berliku Ke Putra Jaya



Re: 16 hb September Harus Ditunda
by camar98 on Wednesday, August 27 @ 16:04:38 MYT

Walaupun dah si sahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dimana, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok 28 Ogos 2008 tapi amatlah membimbangkan saya sekiranya Undang2 Sample DNA dibacakan untuk dibahas seterusnya diluluskan sebelum Belanjawan 2009 supaya boleh dipakai dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

1. Kerisauan saya adalah dalam klausa 24 yang menyatakan sampel DNA yang diambil sebagai bukti yang sahih dan menghadkan kuasa mahkamah untuk mempersoalkan ketulenan sampel DNA tersebut.

2. DNA tersebut hanya boleh diambil oleh POLIS sedangkan kita tahu, kepercayaan orang awam terhadap polis semakin merosot.

3.Saya memohon supaya orang bijak kat Malaysia mempertikaikan pembentangan tersebut dari di bahaskan buat sementara dan di kaji semula apa yang terkandung di bawah undang2 sample DNA seperti berikut;

Fasal 13 (7): Seseorang pegawai polis boleh menggunakan segala cara yang perlu bagi maksud mengambil atau membantu dalam pengambilan suatu sampel bukan intim daripada seseorang.

Fasal 24: Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa maklumat daripada Bank Data DNA hendaklah diterima sebagai suatu bukti muktamad bagi identifikasi DNA dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah.

Fasal 25: Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap -

(a) Menteri;
(b) Ketua Bank Data DNA;
(c) Timbalan Ketua Bank Data DNA;
(d) pegawai Bank Data DNA;
(e) seseorang pegawai perubatan kerajaan; atau
(f) seseorang ahli kimia,

berkenaan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati dalam menjalankan kuasa, fungsi dan tanggungjawabnya di bawah Akta ini atas sifat yang sedemikian.

No comments: