Thursday, August 7, 2008

MURTAD

<a href="http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=1">Oleh melayunett

"Akhbar The Sun hari ini melaporkan kenyataan Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri yang menyelar usaha mana-mana pihak termasuk Majlis Peguam yang ingin mengadakan perbincangan antara semua pihak untuk menyelesaikan pertelingkahan yang kerap timbul berhubung isu kemasukan ke dalam Islam, isu status agama dan isu murtad.

Artikel ini menganalisa isu "conversion", isu murtad dan pendirian politik pihak-pihak termasuk kepimpinan BN dan Pakatan Rakyat.

Pendirian politik berhubung isu murtad yang paling konsisten ialah pendirian yang diambil oleh PAS.

PAS berulangkali menegaskan bahawa tiada paksaan dalam Islam iaitu orang bukan Islam tidak boleh dipaksa masuk Islam.

Meskipun begitu, sekiranya orang tersebut dengan rela hati masuk islam, orang tersebut tidak boleh keluar Islam sesuka hati.

Islam berbeza dengan agama lain di mana seseorang itu boleh beragama Kristian semalam, masuk agama Hindu hari ini dan bertukar kembali kepada Kristian keesokannya.

PAS sejak awal penubuhannya menentang keras perbuatan murtad selari dengan ajaran sunnah Nabi SAW yang melarang perbuatan murtad.

Nabi SAW bersabda bahawa orang yang murtad hendaklah dibunuh sekiranya enggan bertaubat.

Ini juga merupakan pendapat yang dipegang oleh keempat-empat mazhab Sunnah.

Meskipun begitu, PAS sedia maklum bahawa pelaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh tidak dapat dilakukan sekalipun ke atas orang Islam berikutan tentangan kuat UMNO terhadap undang-undang Islam.

Pendirian politik DAP berhubung isu murtad juga konsisten. DAP sejak awal menyokong kebebasan mutlak dalam beragama. Justeru, pada DAP, sesiapapun patut dibenarkan menukar agama sesuka hati. meskipun begitu, DAP maklum akan pendirian tegas PAS dalam isu ini. Justeru, pihak DAP lebih menekankan isu-isu yang dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

Sebagai contoh, timbul banyak isu seperti kebajikan isteri dan anak-anak mualaf yang kadangkala terabai apabila mualaf tersebut masuk Islam.

DAP dan PAS bersetuju bahawa sepatutnya diwujudkan mekanisma untuk memastikan kebajikan semua pihak dilindungi.

Pendirian politik PKR dalam isu ini kurang jelas. Dari satu sudut, PKR turut dipimpin oleh kepimpinan yang kuat asas Islamnya seperti Ustaz BadrulAmin dan Anwar.

Dari sudut lain, PKR mengiktiraf bahawa suara semua pihak mesti didengar.

Meskipun begitu, kepimpinan PKR dilihat tidak begitu tegas jika dibandingkan dengan kepimpinan PAS dalam isu ini.

Pendirian politik dalam isu murtad yang paling mengerikan umat Islam ialah pendirian politik UMNO.

Antara semua organisasi Islam di Malaysia, satu-satunya organisasi Islam yang lantang menyokong kebebasan untuk murtad ialah Sisters-In-Islam.

Sisters-In-Islam diasakan oleh Amina Wadud yang menuntut hak mutlak wanita.

Amina Wadud pernah mencetus kontroversi apabila menjadi Imam wanita pertama yang mengimami solat berjemaah yang disertai oleh lelaki dan perempuan.

Di Malaysia, Sisters-In-Islam diketuai oleh barisan kepimpinan yang melibatkan anak-anak Perdana Menteri. Anak Mahathir iaitu Marina Mahathir dan Pak Lah merupakan ketua-ketua Sisters-in-Islam di Malaysia.

Pak Lah sendiri pernah membuat kenyataan media yang menyatakan bahawa secara peribadi, beliau berpendapat tidak salah murtad.

Ini menjadi berita-berita luar negara bagi suratkhabar-suratkhabar di seluruh dunia ketika itu tetapi tidak disiarkan oleh media massa perdana di Malaysia.

Tun Mahathir juga pernah membuat kenyataan bahawa murtad sepatutnya dibenarkan kerana tiada paksaan dalam beragama.

Bekas Presiden UIA, Sanusi Junid sewaktu ditanya tentang isu murtad di dalam sebuah seminar di UIA, pernah membuat kenyataan bahawa sekiranya murtad dihukum, nanti akan wujud pusat penembelihan orang-orang murtad.

Sanusi Junid menyatakan bahawa masalah akan timbul apabila orang-orang bukan Islam juga mahu membuat pusat penyembelihan mereka untuk orang-orang yang mahu keluar dari agama mereka dan masuk Islam.

Penulis sendiri hadir dalam seminar tersebut.

Ini menunjukkan penentangan kuat UMNO terhadap sebarang tindakan atau hukuman ke atas orang murtad.

Seterusnya, UMNO menempelak pula bekas mufti, Allayarham Ishak baharum dan Mufti Perak, Harussani apabila membuat aduan bahawa murtad sedang berleluasa.

UMNO menafikan murtad berleluasa sedangkan kes Lina Joy yang sedang hangat berjalan ketika itu membuktikan wujudnya kes-kes murtad.

Tindakan PAS yang cuba melaksanakan undang-undang Islam ke atas orang-orang Islam di kelantan gagal apabila rang undang-undang islam yang diusulkan oleh kerajaan Kelantan ditolak oleh BN dan Menteri Undang-undang sekarang, Zaid Ibrahim telah mencabar undang-undang Islam tersebut di mahkamah atas alasan menyalahi Perlembagaan.

Pelbagai konflik timbul berikutan isu-isu ini.

Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP bersetuju bahawa pendekatan yang diambil oleh UMNO, MIC dan MCA yang enggan membincangkan langsung isu ini tidak akan menyelesaikan masalah dan hanya membawa kepada api dalam sekam.

Isu ini perlu diselesaikan dan bukan diketepikan atas nama sensitiviti. isu ini, sekalipun panas, masih boleh diselesaikan seperti juga isu-isu yang lain.

Wujud persepsi bahawa keengganan UMNO menyelesaikan isu ini bertujuan untuk mengekalkan populariti UMNO agar UMNO boleh menjadi hero apabila timbul krisis agama antara rakyat berbilang kaum dengan menghunus keris UMNO ke langit.

Usaha mana-mana pihak termasuk ABIM, Majlis Peguam, PAS dan DAP untuk menyelesaikan isu ini sentiasa gagal berikutan sikap keras kepala BN.

Kenyataan hamid Albar yang melarang sebarang perbincangan atau forum untuk mencari penyelesaian menimbulkan seribu persoalan.
-------------------------------------------------------------------------------------
Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat) nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berpikir. -surah Al A'raaf ayat 176.

-----------------------------------------------------------------------------------

No comments: