Friday, August 22, 2008

MB Perak minta BPR memohon Maaf.

pendapat ~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~

Menteri Besar Perak Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin menuduh Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah.

Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

Sehubungan itu, beliau meminta BPR supaya membuat memohon maaf secara terbuka kepada dua exco tersebut.

Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Jika BPR gagal memohon maaf, Mohamad Nizar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap badan itu bagi membersihkan nama mereka serta kerajaan negeri.

Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang, untuk melompat menyertainya.

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Jamaluddin, kelihatan tersenyum ketika dibebaskan tadi dan memberitahu pemberita bahawa "pelan 31 Ogos telah gagal".

Beliau merujuk kenyataan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu akan tumbang menjelang hari Kemerdekaan.

Kerajaan Pakatan Perak hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN.

Nafi bermotif politikKeenam-enam individu yang ditahan BPR itu didakwa oleh badan itu meminta rasuah wang dan seks daripada seorang ahli perniagaan untuk mempercepatkan permohonan bagi projek perumahan tersebut.

Rabu lalu, pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar memberi butir-butir mengenai penangkapan mereka.

Beliau berkata, RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa lalu.

Samsiah menambah, lebih RM20,000 telah bertukar tangan minggu lalu dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.

BPR jarang mendedahkan maklumat mengenai siasatannya dan mengenai tangkapan yang dibuat, sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.

BPR dan pemimpin kerajaan pusat telah menafikan bahawa penangkapan mereka itu bermotifkan politik.

Gagal sudah rancangan untuk merampas Perak...itu yg mula2 terlintas di kepala hotak ummi...kenapalah mereka tak boleh menerima kekalahan..sudah berapa lama mereka memerintah Perak ini..kena akurlah dengan takdir yg dah tersurat...bahawa mereka sekarang adalah pembangkang dalam negeri Perak ini...kenapa sampai sanggup nak mengaibkan orang lain....sudah hilang pertimbangankah...? atau merasa kesal terlepas banyak projek yg boleh memenuhkan kantong2 mereka...

Kalau penangkapan ini bukan bermotifkan politik.....abis bermotifkan apa...?? projek yg tak wujud diada2kan..dakwaan yg bercanggah..dan macam2 tektik nak bagi nampak real..tapi semuanya dah terbongkar..semuanya KONSPiRASI semata2...

Rakyat Malaysia bayar gaji BPR ni supaya buat kerja betul-betul.

Laporan rasuah yang bertimbun-timbun pemimpin UMNO langsung tak disentuh ni nak buat drama pulak.

Pegawai-pegawai BPR termasuk bosnya dibayar gaji oleh rakyat Malaysia untuk memikul tanggungjawab dan amanah supaya membanteras rasuah yang semakin menjadi-jadi kini telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk membuat drama 'budget rendah' untuk mengenakan orang yang tak bersalah.

Kononnya nak menjatuhkan kerajaan perak.

Sudah sampai masanya BPR diletakkan dibawah Parlimen supaya tidak lagi dipermain-mainkan oleh PM dan Jabatan Perdana Menteri, rakyat dah bosan dengan tingkah laku pemimpin korup seperti ini

"Manusia merancang..Tuhan yang menentukan.." kena ingat perancangan Allah adalah perancangan yang paling sempurna..

Wallahualam

No comments: