Thursday, August 14, 2008

TGNA Membantu Kempen Permatang Pauh.

Mursyidul-am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat memberitahu bahawa beliau akan turun ke Permatang Pauh dan mengiringi DS Anwar Ibrahim semasa hari pencalonan pada 16 Ogos ini.

Dalam satu temuramah dengan TVPas.com, beliau membayangkan kemenangan besar akan berpihak kepada DS Anwar.

“Kalau Dr. Wan Azizah boleh menang dengan majoriti 13,000, itu baru anak perempuan. Tapi yang ini anak jantan, mesti dapat 20,000 majoriti.” kata beliau.

Kehadiran TG Nik Aziz pada hari penamaan calon, ketika Pas sedang mengadakan Muktamar di Ipoh, merupakan tanda sokongan padu pemimpin Pas ini terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Berbeza dengan pendirian Hj. Hadi, TG Nik Aziz lebih mengutamakan kesepakatan didalam Pakatan Rakyat untuk jangka panjang, daripada isu-isu yang boleh menimbulkan perpecahan.

TG Nik Aziz?juga menasihatkan pengundi-pengundi Permatang Pauh agar tidak terpedaya dengan fitnah yang dilakukan oleh Umno terhadap DS Anwar Ibrahim. Beliau juga merasakan kesal dengan fitnah yang berterusan terhadap pemimpin PKR ini.

“Fitnah yang dibuat terhadap DS Anwar ini, orang tak buat tengah jalan. Liwat, rogol, zina ni orang tak buat tengah jalan tapi dalam bilik. Bila buat dalam bilik, macam mana kamu tahu?.? Ni belum bawa kemahkamah, dah sibuk suratkhabar, radio, TV, luruhkan airmuka orang ni. Akhirat kelak, binatang ini semua masuk neraka kalau tak minta maaf pada Anwar.” tegasnya lagi.

Video temuramah TG Nik Aziz ini boleh dilihat di tvpas.com.

No comments: