Saturday, August 16, 2008

Sejarah untuk di Baca

Sewaktu Abu Ubaidah bin Jarrah menakluki Damaskus di Syria pada masa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, dan begitu juga ketika menakluki Jerusalem di Palestine, maka pasukan Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Amru al-As, Syurahbil bin Hasanah, dll...maka penaklukan terhadap tanah jajahan Rome itu menjadi mudah kerana telah mendapat kerjasama dan pertolongan dari pihak Gereja di situ.....

Dan apabila Khalifah Umar al-Khattab dijemput ke Jerusalem utk menerima penyerahan kunci Kota Suci itu, maka pihak Gereja sangat mengalu-alukan ketibaan Khalifah Umar bahkan apabila tiba waktu Solat, maka Uskup Agung Gereja mempersilakan Khalifah Umar menunaikan Solat di dlm Gereja, akan tetapi ditolak dgn baik oleh Khalifah Umar dgn alasan ditakuti umat kemudian akan merampas semua gereja2 utk dijadikan masjid......

Begitu juga pada waktu Panglima Amru al-As dgn pasukannya yg cuma berjumlah 4,000 orang sahaja berhasil menakluki Mesir dari pemerintahan empayar Rome, dan penaklukan itu menjadi mudah kerana mendapat bantuan yg sepenuhnya dari orang2 Qibti yg keseluruhannya beragama Kristian pada ketika itu....

Dan para tokoh2 Sahabat yg dijamin Syurga ini tidak pernah menolak utk bekerjasama dgn orang bukan islam dlm bidang politik, malah sejarah amat mencatat bahawa sepanjang penaklukan2 ke atas tanah jajahan Parsi dan Rome itu, maka para penduduk tidak pernah dipaksa utk memeluk Islam, tetapi mereka bebas menganut agama masing2 tetapi dgn syarat mesti membayar Jizyah...malah tokoh2 besar tersebut banyak melantik orang2 Kristian yg berkelayakan utk memegang jawatan2 penting dlm pemerintahan Islam spt dlm bidang pengurusan kewangan, ekonomi, dll......

Dan Nabi SAW sendiri tidak ada masalah dgn orang2 kafir yg tidak memusuhi Islam.....sehingga terbukti bahawa mereka mengkhianati Islam maka barulah diperangi. Bacalah sejarah sampai habis.....

Orang munafik tetap menafik tetapi Nabi SAW tidak memerangi mereka....Abdullah bin Ubai selalu Solat di belakang Nabi SAW...sejarah mana pulak yg menceritakan bahawa orang munafik tidak dibenarkan memasuki jemaah Islam?

Tahukah Ahmadhadeed bahawa Nabi SAW melaksanakan Solat jenazah terhadap mayat Abdullah bin Ubai yg terkenal munafik itu?

Dan terlalu banyak kisah2 sejarah Nabi SAW dan tokoh2 Sahabat yg menceritakan berkenaan hal sedemikian......

Diharap Ahmadhadeed jgn lagi cuba menyelewengkan fakta sejarah Islam hanya bersandarkan kpd pemikiran sendiri tanpa merujuk kpd perjalanan sebenar sejarah tersebut......kerana drp artikel yg lepas, banyak kenyataan Ahmadhadeed yg menyeleweng daripada fakta yg sebenar, termasuk tuduhan Ahmadhadeed terhadap Anwar Ibrahim.

No comments: