Tuesday, August 12, 2008

Amanat Hj.Hadi

Kata dua Hadi pada konvensyen parti itu di Pulau Pinang SHAH ALAM - Tarikh 16 September mungkin akan mencatat sejarah dalam dunia politik tanah air apabila kemungkinan berlakunya perpisahan Pas dari Pakatan Rakyat (PR).

Kemungkinan itu berdasarkan pendirian terbaru Pas yang bertegas mahu keluar daripada PR sekiranya ‘kerajaan baru’ selepas 16 September ini tidak lagi menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dan terpinggir.

Pendirian nekad Presi­dennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluahkan sekiranya komponen PR iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminggirkan Islam dan tidak menjadikannya teras dasar pemerintahan serta pemilihan kepimpinan dalam ‘Kabinet baru’ yang bakal menerajui negara.

Perkara itu disahkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kepada Sinar Harian, semalam dan berkata Pemuda Pas negeri itu menyokong penuh pendirian Abdul Hadi yang disifatkan selari dengan perjuangan serta dasar parti.

Menurut Mohamed Hafiz, Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 ahli ketika merasmikan Konvensyen Pas negeri itu, kelmarin. “Itulah pendirian beliau dan kita menyokong penuh serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau.

Kenyataan itu menyerlahkan keberanian, ketegasan dan istiqamah Tuan Guru Presiden dalam mempertahankan perjuangan parti. Itu amatlah dialu-alukan dan terpuji.“Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang sedia merealisasikan pendirian Tuan Guru Presiden dan saya yakin perkara sama juga akan dilakukan kepimpinan Pas di negeri lain.

“Pakatan Rakyat perlulah mengambil kira dan menghormati pendirian tersebut dan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada atau selepas tarikh itu (16 September), Islam perlu dilihat sebagai perkara penting,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menyifatkan pendirian Abdul Hadi bukan kenyataan main-main, Mohamed Hafiz rasional dan yakin kenyataan pemimpin utama parti Islam itu sebagai usaha memastikan kepentingan Islam terus terpelihara.

“Timbul kebimbangan kalaulah 'kerajaan baru' yang bakal ditubuhkan itu tidak lagi melihat Islam sebagai utama, agama dipinggirkan dan sekiranya berlaku, keadaan mungkin akan lebih teruk daripada sekarang.“Andai tiada dominasi Islam, Pas takkan bersama Pakatan dan sekali lagi kami tegaskan pendirian Tuan Guru Presiden disokong penuh dan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang akan mempertahankannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah kenyataan terbaru Abdul Hadi itu memberi kesan langsung kepada komitmen Pas negeri itu dalam membantu kempen calon PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Hafiz enggan mengulas lanjut.“Pemuda Pas negeri 'no komen',” katanya.

1 comment:

rmj said...

Betui ka! atau hanya agak agak saja....

La ni...banyak musang berbulu ayam.....

Ulama tarbiyah yang tunjuk alim,tapi sytan bertenggek kat otak penipunya.