Friday, April 24, 2009

Forum awam di Ipoh malam besok

Another Brick in the Wall


Hafarizam Harun menjawab Hanipa Maidin;

Banyak rakan-rakan komentar pro-Nizar memperlekehkan sumber SMS saya dalam posting mengenaipersoalan yang ditimbulkan Hanipa Maidin, Peguam PAS. Sumbernya saya tidak boleh dedahkan tetapi ianya sumber yang mengetahui.

Namun begitu, saya faham pendirian mereka kerana tanpa pendedahan nama, agak susah untuk mereka menentukan kredibiliti sumber saya.

Semalam Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun telah menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Hanipa. Laporan oleh Malaysiakini disertakan dengan jawapan penuh dilampirkan berikut:

Penasihat Umno jawab isu MB Perak

Apr 22, 09 3:51pm

Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan, kata Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.


Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Katanya, sejak Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 16 April lalu, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan lamanweb tentang kesan atau impak keputusan tersebut, termasuk Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS pusat, Hanipa Maidin dalam harakahdaily.net pada 20 April lalu.

"Justeru itu, saya selaku petua pasukan undang-undang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan merasakan perlu berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca untuk membuat kesimpulan sewajarnya," tegas Hafarizam.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang disiarkan dalam Umno Online hari ini:

A. Pengenalan

Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.

Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.

B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009

Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.

C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya

Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya. Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah:

"Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination."

Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini.

Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;
a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan

b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.
Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:

i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.

ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;

iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar. Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.

Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar. Jelas perkataan yang dibuat adalah "Saya telah membuat keputusan...."

Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan "...kuasa saya...." Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.

D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?

Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:

(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)

"(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;

(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk."
(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)

"(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan."
Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009. Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:

(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);

(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan

(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.

E. "Mesyuarat bawah pokok" - tidak sah

Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:

(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;

(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan

(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan. Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.
F. Kesimpulan

Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Kalau siapa yang ingat posting saya, pasti anda akan bertemu istilah Inggeris "justiciability". Terfikirkah dari mana istilah itu datang?

Apa hal pun, harapnya kita dapat penjelasan yang lebih baik dari jawapan saya sebelum ini. Setuju atau tidak terpulang pada anda.

Sementara itu, Jumaat petang pukul 8 malam di Ipoh Town Hall akan ada satu forum awam berkenaan isu Perlembagaan Perak.

Elok bagi mereka yang ingin tahu dan faham hadhir untuk mendengar isu ini. Muga harapan penganjur agar akan ada pandangan kedua-dua belah pihak dapat menjadi kenyataan. Harap pihak Pakatan Rakyat berani menghantar wakil.

Butir-butir di
sini.Tulisan Hanipa Maidin boleh diperolehi di sini dan sini.

Wednesday, April 29, 2009



Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.

Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.

Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.

Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"

Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .

Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.

Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..

Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.

Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .

Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )

Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )

Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut

Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.

Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.

Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?

Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?

Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .

Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.

Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-

a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.

c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.

d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.

e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.


Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .



-------------------------

Nizar nafi beli kereta Toyota Camry kerajaan Haram Perak


Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli. Tentunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN). Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan Haram BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apabila dilelong sudah tentu kenderaan yang baru pula akan dibeli kerajaan BN Haram di Perak dengan harga lebih tinggi.

"Apabila kereta Camry dilelong harganya tentu menjadi lebih murah berbanding harga asal.

"Lainlah kalau kerajaan negeri membeli proton Exora yang baru dilancarkan, barulah munasabah.

"Nanti pendapatan hasil lelongan tersebut digunakan untuk membeli kereta yang lebih mahal, ia tentunya akan merugikan lagi," katanya.

No comments: