Friday, April 10, 2009

Lapan Menteri Penuh Telah Digugurkan

Lapan menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baru yang diumumkan hari ini. Mereka ialah Muhammad Muhd Taib, Amirsham A Aziz, Azahliina Othman, Syed Hamid Albar, Ong Ka Chuan, Mohd Zin Mohamed, Shahrir Samad dan Zulhasnan Rafique.


Barisan pemimpin UMNO BN yang digugurkan oleh Najib selepas jadi PM

[Dari lapan menteri penuh yang digugurkan ini, hanya Shahrir Samad sahaja yang dilihat lebih bermaruah dan profesional. Ini kerana beliau tidak gila kuasa dan faham situasi semasa. Maksudnya bila kalah sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO maka beliau undur diri. Tetapi berbeza dengan tujuh yang lain itu sebenarnya. Kasihan benar kita melihat Mat Taib, Syed Hamid dan Azahlina yang akhirnya terpelanting jua. Lebih memilukan, di saat akhir Syed Hamid mahu "dinyahkan" dari kabinet, beliau sempat lagi mengipas Najib tentang isu ISA. Namun, segalanya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur kini. Maka baliklah Syed Hamid ke kawasanya di Kota Tinggi Johor sebagai wakil rakyat biasa. Inilah balasannya atas keangkuhan dan kesombongan beliau ketika sedang berkuasa dulu].
Petikan dari Pahang

SIAPA KOMENTAR BODOH STANDARD KELAS KAMBING YANG MUDAH LUPA?

BANGSAT UMNO PENGASAS ADUN LOMPAT DAN POLITICAL HIJACK DI MALAYSIA

Bersifat bijaksana pada darjah yang tertinggi adalah pada soalan yang saya kemukakan untuk dibincang dengan hati yang tenang, iaitu sama ada sarjana agung dunia mampu menjelaskan rasa manis durian dan perbezaannya dengan rasa manis duku melalui perbendaharaan kata. Saya mengajak pertimbangan luhur bersama lantaran keadilan dan kebenaran yang menjadi titik perbincangan di sini, hatta warga Malaya dan Borneo.

“…BETAPA POLITICAL HIJACK DI PERAK MERUPAKAN ULANGAN KEPADA POLITICAL HIJACK UMNO DI SABAH PADA TAHUN 1994. SEMENTARA KERUSI PBS 25, MANAKALA KERUSI UMNO 23 DARI 48 KERUSI. TATKALA TIGA ADUN PBS - LAJIM UKIN, RUBIN BALANG DAN ADUN YANG DILANTIK ZAINI ISA MELOMPAT KE DALAM UMNO ATAS RASIONAL MEREKA SENDIRI SAHAJA YANG TAHU, SEKALIGUS MENJADI INSTRUMEN DASAR KEPADA KEJATUHAN PBS…”

Namun begitu, ramai yang percaya bahawa perkara pokok yang memungkinkan UMNO bersungguh-sungguh hendak menumbangkan PBS kononnya adalah atas alasan politik demi kewujudan kerajaan Sabah yang beragama islam. Demikianlah juga dengan yang berlaku di Perak, political hijack diguna-pakai demi kewujudan kerajaan Perak kononnya yang majoriti melayu.

Bagaimanakah keadilan itu seharusnya dilaksanakan? Jika mengambil kira tafsiran setiap orang tentang keadilan sudah tentu tidak terkira jumlah banyaknya. Justeru, sebagai seorang islam yang baik, sudah tentu menurut saranan al-Quran agar menghakimi manusia dengan adil.

“…Whenever you judge between people, judge with justice…”1

Demikian juga dengan Aristotle yang menegaskan bahawa, keadilan adalah simpai yang mengikat manusia dalam masyarakat. Pelaksanaan keadilan, iaitu penentuan hal yang dikatakan adil menjadi prinsip tatacara masyarakat berpolitik.

“…Justice is the bond of men in states, for the administration of justice, which is the determination of what is just, is the principle of order in political society…”2

Keadilan adalah intipati kerukunan manusia bermasyarakat dan bernegara. Alexis De Tocqueville menegaskan bahawa, hanya ada satu undang-undang sejagat yang disepakati oleh sebilangan besar manusia. Undang-undang itu adalah keadilan. Undang-undang adalah batu penjuru bagi undang-undang setiap negara.

“…There is one universal law that has been formed by the majority of mankind. That law is justice. Justice forms the cornerstone of each nation’s law…”3

Betapa paradigma tentang keadilan yang sewajarnya diamalkan dari sumber yang otentik seperti Al Quran, Aristotle dan Alexis De Tocqueville begitu menekankan tentang keutamaan mempertahankan prinsip keadilan yang andai kata diabaikan nescaya konsep undang-undang itu tidak bermakna sama sekali.

Saya perlu berterus terang, bahawa saya tidak mengkritik Prof. Dr Aziz Bari. Sementelahan, Prof. Dr Aziz Bari hingga kini masih merupakan salah seorang penulis yang saya minati lantaran keseimbangan dalam wacana paradigma beliau. Keseimbangan yang saya maksudkan adalah kecenderungan beliau untuk mengatakan yang benar itu benar, dan yang salah itu salah sebagai tanda berani kerana benar.

Di sini saya bentangkan petikan artikel Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin yang saya anggap sebagai bias, sebab andai saja dilaksanakan bakal mengakibatkan kehancuran agung kepada Pakatan Rakyat.

Prof Madya Dr Abdul Rani menulis:

“Apa yang saya nampak, Pakatan Rakyat cuba “mengalihkan pandangan” seolahnya kelam kabut yang kini berlaku adalah “silap” Sultan bukan Pakatan Rakyat kerana kononya Sultan “kurang kewajaran” bila tidak membubarkan DUN. BN apa lagi, menangguk di air kerohlah kot?

Parti-parti politik sekadar suatu pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (Society Act). Apa-apa masaalah hendaklah diselesaikan mengikut Akta tersebut dengan Pendaftar Pertubuhan. Jika parti-parti seperti DAP dan PKR “berang dan terangkat” dengan ADUN Behrang dan Changkat, sila ambil tindakan mengikut piagam parti-parti masing seperti menggantungkan keahlian mereka namun kedudukan mereka sebagai hak ADUN kekal kerana itu keputusan dibawah Akta Pilihanraya berdasarkan pengundian pengundi2. Matlamat, objektif, piagam (Article and Memorandum of Association) sebuah pertubuhan samada parti politik atau tidak sudah jelas semasa pendaftaran dibuat dan diluluskan. Piagam suatu pertubuhan politik contohnya, antara lainnya untuk mencalonkan dan pertandingkan dikalangan ahli-ahli mereka calon wakil rakyat dikerusi DUN dan Parlimen.

Persoalan saya kepada yang tahu dan tidak tahu undang2 termasuk mana-mana Parti2 Presiden pertubuhan Politik (UMNO, PAS, DAP dll), adakah didalam piagam mana-mana pertubuhan parti2 politik adakah ada menyatakan bahawa antara lainnya;

(i) menggangu gugat, merampas dan memperlekehkan kedaulatan dan Ketuanan Tuanku dinegeri masing-masing/ Malaysia;
(ii) Menjadikan Malaysia sebagai Negara Republic;
(iii) Menyalahi mana-mana undang2

Bukankah itu perbuatan subversive (derhaka)? PKR dan DAP bernasib baik kerana Parti-parti tersebut boleh diharamkan dibawah Akta Pertubuhan dan mereka-mereka didakwa dibawah Akta Hasutan/ Kanun Keseksaan dan atau ISA.”

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah IIUM (Public Law Dept)

Saya ingin menegaskan bahawa, betapa implikasi petikan artikel Prof di atas sangat bahaya kepada Pakatan Rakyat. Berpandukan kepada petikan artikel Prof di atas yang mungkin, saya kata mungkin Prof mengajar undang-undang di pengajian tinggi, di manakah Prof berdiri dalam sudut ideologi parti-parti politik di negara ini sebagai seorang cendekiawan undang-undang, sama ada di garis tengah atau di garis tepi?

Tetapi, pada pandangan saya (naspazi), petikan artikel Prof di atas seolah-olah menghalalkan political hijack UMNO di Perak, dan tidak memungkinkan bagi Prof untuk mendakwa sebagai berada pada garisan tengah pertimbangan politik yang sedang dibincangkan dan yang dimaksudkan yang berhubung dengan kenyataan Dato’ Seri Nizar.4

sesungguhnya kenyataan dan sikap Dato’ Seri Nizar yang enggan meletak jawatan seolah-olah telah menjadi batu asas kepada Krisis Perlembagaan di Perak oleh para pengamal media dan undang-undang versi UMNO, sungguh-sungguh wajar ditinjau dari sudut pertimbangan bersama yang saksama, tentang kewajaran atau penyelewengannya dari sudut pengadilan akhlak tingkah laku UMNO sebelum membentuk kerajaan di Perak, yang akhirnya pengamal UMNO menuduh Pakatan Rakyat sebagai mengganggu dan memperlekeh kedaulatan raja.5

Secara benarnya, betapa kenyataan Dato’ Seri Nizar telah diputar-belit dan dikumandangkan oleh para juak UMNO sebagai kelakuan derhaka kepada Raja. Pada hal, kelakuan UMNO kepada raja-raja suatu ketika dahulu, lebih dahsyat lagi jika dibandingkan dengan kenyataan Dato’ Seri Nizar, namun tidak pula dihukum kelakuan biadab mereka sebagai derhaka kepada Raja.6

Demikian juga dengan ucapan Tun Mahathir ketika membentangkan rang undang-undang akta perlembagaan (pindaan) 1993 bagi menghapuskan kekebalan raja melayu dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.7

Menyentuh soal pandangan saya (naspazi), hujah saya, di samping kritikal terhadap artikel Prof sebagaimana yang saya maksudkan, hujah lain saya memberi fokus kepada penghapusan Kekebalan Raja. Justeru, bukan soal Ketuanan dan Kedaulatan Raja. Tujuan saya membentangkan terus teks penuh fakta asal mula penghapusan kekebalan Raja dalam artikel saya yang berkaitan, adalah untuk memberi gambaran yang paling nyata dan holistik kepada pembaca tentangnya. Namun, gambaran hujah Prof membayangkan yang Raja seolah-olah masih memiliki kekebalan, lantas menganggap tulisan saya sebagai, bukan sahaja tanpa hujah, bahkan kononnya saya tidak faham dengan apa yang saya baca.8

Prof Madya Dr Abdul Rani menulis:

“Pindaan Perlembagaan hanya membuka sedikit ruang bagi membincangkan hal-ehwal Raja-Raja didalam Dewan bukannya lesen besar untuk mempertikaikan kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja. Immuniti Raja juga kekal melainkan tindak-tanduk Raja2 dalam urusan peribadinya terhadap apa-apa kesalahan2 dibawah mana-mana undang2 bertulis Negara.

Maksudnya, Raja2 tetap memiliki dan menikmati kedudukan, keistimewaan selari dengan kedaulatan dan Ketuanan Baginda-Baginda Tuanku. Maka jangan beranggappan Raja sekadar simbolik kerana Kuasa sememangnya ditangan Raja2 jelas termaktub didalam Perlembagaan.

Pandangan naspazi sukar diterima dan tanpa disertai hujah sebenarnya. Apa yang penting ialah hujah kerana perbezaan pendapat (tafsiran) itu biasa. Saya ada autoriti (nas) saya begitu juga Prof Dr Aziz Bari. saya dengan Prof Dr Aziz Bari tiada masaalah – saya dan beliau dalam satu Jabatan dan Fakulti yang sama. Kalau Prof Dr Aziz Bari hendak mengulas pandangan saya biarlah dia sendiri yang mengulas – beliaukan Professor. Malahan Naspazi juga telah menyalah ertikan pandangan Prof Dr Aziz Bari – rakan setugas saya dalam Fakulti Undang2 dan juga Tun Dr Mahathir dalam pindaan kekebalan Raja2. Dalam dua kenyataan Prof Dr Aziz Bari ini cukup sebagai pengendosan akan Ketuanan dan Kedaulatan Tuanku. Naspazi dari negeri mana – takkan tidak ada Tuanku yang memerintah dinegeri itu?

Apakah saya bias atau awak (Naspazi)? Nampaknya, Beginilah, Naspazi sebenarnya tidak faham apa yang dipindapun – baca betul2 ucapan Tun Dr Mahathir sekali lagi apa yang sebenarnya dipinda. Tun Dr Mahathir sememangnya setia (lahir dan batin)kepada Raja2 Melayu. Inilah masaalahnya bila tidak faham apa yang dibaca.”

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah IIUM (Public Law Dept)

Saya setuju bahawa, percanggahan pendapat secara akademik bukan sahaja sebagai suatu keistimewaan, bahkan lebih membentuk ke arah proses pematangan. Namun begitu, sekali lagi saya menegaskan bahawa, perbincangan dan perkara yang dibincangkan sekarang adalah soal penghapusan kekebalan Raja. Justeru, bukan soal Ketuanan dan Kedaulatan Raja. Apa kaitan kekebalan Raja dengan Ketuanan dan Kedaulatan Raja? Tun Dr. Mahathir yang telah membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 bagi menghapuskan Kekebalan Raja. Oleh itu, apakah yang dihapus? Tentulah Kekebalan Raja, Immuniti Raja, bukan Ketuanan dan Kedaulatan Raja!

Justeru, siapa yang tidak faham dengan apa yang dibaca sebenarnya? Atau adakah kita sedang membincangkan suatu perkara berlainan dan tiada kaitan sebenarnya? Kalau begitulah jadinya, bermakna dan seolah-olah saya gagak, sedangkan Prof merak, tidak sama dan berlainan. Atau adakah Prof sedang berusaha mengatur logik untuk menghalalkan cara kotor UMNO, agar maksud istilah Kekebalan Raja itu serupa atau sama dengan Ketuanan dan Kedaulatan Raja, begitu? Kalau begitu, bolehkah premis berikut diterima pakai atau masuk akal?

Premis 1: Kekebalan raja telah dihapuskan pada tahun 1993. Oleh itu, raja tidak lagi kebal. Tetapi, raja masih kebal melalui ketuanan dan kedaultan raja.

Premis 2: Agama islam tidak menghalalkan judi. Oleh sebab itu, orang islam tidak halal berjudi. Tetapi, orang islam masih halal berjudi melalui kasino dan 4 digit.

Yang demikian, betapa saya mengormati Prof sebagai cendekiawan dan ahli akademik yang cemerlang, di samping pengamal undang-undang. Justeru, bukan saya (naspazi) sahaja, bahkan seluruh warga malaysia akan lebih menghormati Prof tanpa sikap mengatur logik untuk menghalalkan cara kotor UMNO. Dengan ungkapan lain, berani dan bersedia mengatakan perkara yang salah itu salah, dan perkara yang benar itu benar, waima pahit atau di hadapan Barack Obama sekalipun.

SALAM PENUH HORMAT
- Naspazi

No comments: