Monday, April 20, 2009

SULTAN MEMBALAS DENDAM?


“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satupun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka berlakulah perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya”, Sultan Azlan Shah, USM Pulau Pinang, 29 Jun 1980"
19 April 2009
Sultan balas dendam

Tindakan PM Madey menghapuskan imuniti raja-raja Melayu amat menghina istana. Lebih dua pertiga AP telah menyokong dan meluluskan usul PM Madey ini di Sidang Dewan Parlimen. Sultan-sultan Melayu begitu berdendam dengan UMNO. Sultan Perak yang paling sedih dan pedih kerana penghapusan kekebalan istana ini diluluskan beberapa tahun setelah ucapan baginda di Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang, USM ;

“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tiada satupun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satupun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka berlakulah perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya”, Sultan Azlan Shah, USM Pulau Pinang, 29 Jun 1980

Nah, sultan sememangnya sedar dan faham bahawa rakyatlah yang berkuasa menentukan hidup matinya institusi istana. Sultan mahu bersama membantu PR menambahkan derita UMNO. Pada waktu yang sama juga, sultan memberikan ruang dan waktu yang secukupnya untuk PR menyusun dan mengukuhkan saf-saf kepimpinan dalam PR. Sultan ikutkan segala kehendak UMNO supaya UMNO akan terus lalai dan semakin dibenci oleh rakyat. Tiada guna bubarkan DUN Perak jikalau UMNO masih bertenaga untuk memenanginya. Atau PR hanya mampu menang tipis sahaja ke atas UMNO. Bukankah lebih manis dan selesa jikalau PR berjaya memenangi negara dan negeri dalam PRU 13? Selagi UMNO menguasai negara, PR akan bermasalah di negerinya. Lihat sahaja gangguan UMNO di Kelantan. Adakah pimpinan PR Perak sekental Kelantan?

UMNO mahu kuasa di Perak, sultan mudahkan laluan. UMNO mahu DUN bersidang, sultan perkenankan seperti yang diberitahu oleh Abdullah Antong Sabri. UMNO mahu anugerah, sultan perkenankan. Manakala apa yang PR mahu, sultan diam dan senyapkan. Sultan tidak perkenan bubar DUN dan tidak perkenan menerima mengadap MB Nizar. Tetapi sultan tetap menjemput MB Nizar dan semua ADUN PR menghadiri jamuan di istananya. Kemudian sultan mengungkapkan titah bahawa kekuasaan sultan mesti berada di atas politik. Secara rasminya, siapa yang meletakkan sultan di bawah politik? Bukankah UMNO? Bermakna titah ucapan Sultan Perak ditujukan khas untuk UMNO. Sultan sedang membalas dendam kepada UMNO. Seumpama ‘pukul anak sindir menantu’ …


Dirgahayu tuanku

Sempena sambutan ulang tahun ke 81 hari ini, semoga Tuanku akan sentiasa diberi taufik, hidayah dan inayah oleh Allah swt. Semoga juga diulang tahun ke-81 ini, Allah swt membuka pintu hidayah kepada Tuanku untuk memperkenan supaya DUN Perak dibubarkan. Patik-patik seluruh rakyat Perak memohon perkenan Tuanku agar keadilan dikembalikan kepada rakyat. Rakyat hakim yang paling adil dalam menentukan siapa yang memerintah negeri Perak. Rakyat Perak mohon Tuanku bubarkan DUN Perak. Pilihanraya jalan yang paling selamat dan adil.

Daulat Tuanku

YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin,

ADUN Changkat Jong



go to this blog.


indraputra80, 2009 April 20 16:49

Ahhaa!!!

Idea ini gua setuju 101%

Ini lah die Faculty Undang Undang luar kampus yang sangat baik.

Para Mahasiswanya ada lah terdiri dari mereka yang berminat dalam Politik.

Kini Mak cik Saodah yg.jual Goreng Pisang pun cuba memahami ,berkaitan krisis politik di PERAK ,siapa yang betul dan siapa yang salah dari segi Undang undang.

Begitu lah Baginda Sultan PERAK mengeducate rakayatnya.

Lepas ni jangan ada orang dari Negeri Luar nak lowyer buruk dgn rakyat PERAK.

Kene meker.

Kepada MaK cik Saodah,Baginda pernah berkata dalam penghakiman semasa Baginda jadi Ketua Hakim Negara.

Lache...."Ia-itu jika hendak makan goreng Pisang,hendak lah di makan tengah panas".

Gua selalu ingat pesanan tur.

No comments: