Monday, April 13, 2009

Sidang Dun PERAK


Zambry Kadir telah memohon untuk mengadap Tuanku Sultan Perak bagi memohon perkenan untuk mengadakan Sidang DUN Perak. Dia mengakui bahawa Dewan perlu bersidang sebelum 13 Mei 2009.

mesej dari Perakexpress


Majlis kesyukuran Kemenagan PAS di Bukit Gantang




Wakil,Pakatan Rakyat Exco Haji Mohd. Zainuddin Mohd Yusof telah mengadakan majlis doa selamat dan bacaan tahlil di kediamannya di Batu 17, Gapis, Padang Rengas pada 11, April lalu dan manakala PAS Kawasan Paya Ranggam telah mengadakan jamuan sama sebelah malamnya.

Dalam ucapan dimajlis kesyukuran di Markaz Tarbiyah PAS Paya Ranggam itu, Haji Mohd. Zainuddun menyatakan telah dapat menarik nafas lega diatas kemenangan PAS/Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti sejumlah 2,789 undi.

"Kemenangan tersebut adalah hasil dari kemantapan kerjasama tenaga anggota Pakatan Rakyat dalam negeri dan juga sokongan padu dari luar seperti Kumpulan Gerak Kerja PAS Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah.serta Wilayah Persekutuan," tegasnya.

Sehubungan itu Mohd. Zainuddin merayu kepada rakyat supaya bertenang dan bersabar dalam menghadapi kemelut di Perak kerana ianya masih dalam keadaan 'terkawal' dan 'dipimpin' oleh pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Pimpinan Pakatan Rakyat masih menunggu dan berusaha kepada jalan penyelesaian yang mutlak iaitu dengan diadakan pengubaran DUN Perak sekali gus mengadakan diikuti Pilihan Raya seluruh negeri Perak untuk mendapatkan semula mandat kuasa dari rakyat dalam Pilihan Raya itu nanti," kata Zainuddin.

Dalam kemenangan tersebut calon dari PAS Dato� Seri Nizar Jamaluddin telah diisyhtiharkan berjaya meraih undi sebanyak 21,860 manakala lawanya Ismail Saffian (BN) 19,071 dan Kamarul Ramizu (Bebas) 62 dimana majoritinya 2,789. - azm _

No comments: