Thursday, April 16, 2009

Salah Media Lagi?

Utusanonline
Ini yang mungkin menyebabkan sukar BN mendapat sokongan walaupun kita fikir bila mereka hendak sekolah Cina dibantu, kita bantu, sepatutnya mereka membalas budi. Pada waktu itu, kita pun tidak berharap sokongan kaum Cina akan meningkat 40 peratus dan sebagainya cuma kita berharap ada peningkatan sedikit tetapi apa yang berlaku ia mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan.
15
APR

Media salah lagi?
Ya, di Malaysia yang tercinta, pemimpin politik sememangnya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan,
mereka tidak mungkin dan tidak akan salah,
hanya media yang selalu melakukan kesalahan.
sekiranya anda terbaca sebarang ucapan perkauman yang dikeluarkan oleh pemimpin politik,
semestinya itu sebab anda tersilap baca,
ataupun media yang salah melaporkan...

又是媒体的错?
是的,在马来西亚这个美丽的国土,政治人物是永远不会错的,
政治人物就像圣人一般,是不会犯错的,
如果你认为某位政治人物发表了一些种族言论,
要不是你看/听错,
那么就是媒体的错了...
[中文原稿在文章下方]

Ini Politik Malaysia Yang Sebenar!

Media salah lagi?
Ya, di Malaysia yang tercinta, pemimpin politik sememangnya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan,
mereka tidak mungkin dan tidak akan salah,
hanya media yang selalu melakukan kesalahan.
sekiranya anda terbaca sebarang ucapan perkauman yang dikeluarkan oleh pemimpin politik,
semestinya itu sebab anda tersilap baca,
ataupun media yang salah melaporkan,
contohnya "Isu Penumpang" yang hangat dibicarakan juga merupakan disebabkan media yang silap lapor.
sehingga kerajaan terpaksa menggunakan ISA untuk melindungi wartawan yang tersilap lapor tersebut.

Kebelakangan ini, media salah lagi,
kali ini watak utamanya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Media utama aliran bahasa cina silap tafsir temu ramah Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan UTUSAN yang mengatakan orang cina tidak bersyukur,

Note:
Sin Chew Daily - "Muhyiddin - Cina tidak bersyukur kepada BN",
Nanyang Siang Pau - "Cina kenakan BN. Muhyiddin - Dapat manfaat tetapi tidak beri undi"
China Press - "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan"

ya, isu ini telah hangat dibicarakan di arena politik malaysia, sehingga sesetengah pemimpin politik MCA dan Gerakan kelam kabut keluar membantah laporan temuramah Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan UTUSAN tersebut.

Pada hari seterusnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan media telah memesongkan temuramah beliau dengan UTUSANdan menolah semua tangguyngjawab tersebut kepada wartawan media aliran bahasa cina.
beliau menggangap wartawan tersebut tidak fasih berbahasa dan kerajaan akan menyediakan kursus bahasa kepada mereka jika perlu.

Baru saya sedar bahawa selepas 13 tahun pembelajaran saya di sekolah dan juga di Universiti,
rupa-rupanya bahasa saya adalah kategori gagal jika ikut kata Tan Sri,
kerana saya turut terpesong dengan temuramah tersebut,
dan saya percaya ramai wartwan kini juga merupakan mahasiswa/mahasiswi juga mempunyai proses pepembelajaran yang sama dengan saya.

Adakah kita semua telah salah tafsir?
kalau ya, saya dengan sekeras-kerasnya meminta pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan yang pernah memnbantah isu tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka turut salah faham denagan petiklan tersebut.
ya, mereka adalah
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat, Kong Cho Ha, Ong Ka Chuan, Teng Chang Yeow dan sebagainya.
sekiranya mereka semua berani mengeluarkan kenyataan maka saya 100% percaya saya silap tafsir laporan tersebut juga.

Anggaplah kita semua sememangnya salah tafsir, tapi pengulasan Muhyiddin mengenai kekalahan BN di 2 Bukit itu amat tidak logik bagi saya.
kenapa? Muhyiddin bergangapan bahawa:

1) Sekiranya gula telah diberikan kepada pengundi maka mereka harus menghayati dan mengundi BN?

ya, BNtelah menyediakan jamuan yang dan tarian seksi yang dikatakan budaya orang cina oelh zahid, maka BN beranggapan pengundi harus berterima kasih kepada BN dan perlu mengundi BN sebagai tanda kasih. Adakah anggapan ini logik? sekiranya pengundi ikut seperti apa yang diharapkan, maka apa bezanya pengundi dengan pengemis? kita perlu memberikan mesej yang jelas bahawa kita bukan pengemis politik!

2) BN menggangap tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas merupakan pengurniaan daripada BN maka kita perlu mengundinya?

ya, ini semua duit rakyat, kerajaan menggunakan duit rakyat untuk meyediakan kemudahan asas merupakan tangguingjawab utama yang perlu dijalankan oleh kerajaan, itu bukan satu pengurniaan, itu adalah tanggungjawab, tetapi jika kerajaan menggunakan wang rakyat untuk melawat ke disneyland, adakah sebaliknya mereka harus berterima kasih kepada rakyat terutamanya pembayar cukai?

3) UMNO anggap kekalahan UMNO menunjukkan Hak Bumi tercabar?

adakah UMNO kalah membawa maksud Hak Bumiputera akan tercabar? bukankah hak tersebut sudah terkandung dalam perlembagaan? ia memerlukan majoriti 2/3 undian Parlimen dan persetujuan daripada sultan untuk mengubalnya? kenapa kemenangan pembangkang dianggap salah, hanya jika UMNO memang maka ianya dikatakan betul? siapa yang tercabar? Kuasa pimpinan UMNO ataupun kuasa orang melayu? fikir-fikirkanlah.

rakyat sudah bagi peluang kepada UMNO selama 51 tahun dan juga memberikan mandat selama 12 kali pilihan raya tapi apa perubahannya?

Pakatan Rakyat yang baru saja mendapat mandat dalam pilihan raya 3 march di 5 negeri (bagi saya Perak masih merupakan negeri pakatan rajyat) telah melaksanakan beberapa polisi kerajaan yang mesra rakyat, ini kerana mereka tahu ini pengurniaan rakyat, dan mereka harus berterima kasih kepada rakyat!

ya, rakyat masih berkuasa!

No comments: