Sunday, December 28, 2008

Balak di Kedah siri 2 : Yang menyeleweng patut malu

Balak di Kedah siri 2 : Yang menyeleweng patut malu
Dilulus terbit pada Sunday, December 28 @ 12:00:00 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh IbnuBakrin

" Sepanjang tahun 2006, kerajaan BN waktu itu pimpinan Dato' Seri Mahdzir Khalid, meluluskan 36 kawasan balak, 34 secara anugerah, 2 secara tender.

34 kawasan yang dianugerah itu, melibatkan 3,302 hektar, semuanya hutan DARA. Yang ni baik sikit la sebab premium semuanya RM1 ribu sehekter. Jadi, kiralah berapa hasil kerajaan. Tak mau kira? Saya kirakan...RM3.302 juta. Kalau yang hutan janda (Kawasan sudah kerja – KSK), premiumnya RM500 sehektar. Bila yang dara dah diperabih macam ni, yang tinggal janda laaa. Nasib la kerajaan PR sekarang ni. Tapi janda yang diuruskan dengan baik, tentu menawan juga, kan?

Dua kawasan yang ditender seluas 473 hektar, kerana tender, berapa dapat? Hah! Berapa dapat? DAPAT RM12 ribu hingga RM13 ribu sehektar! Ya lah, hutan tak sama tebal, kayu tak sama banyak! Katakan dari seluruh kawasan 2006 ditender (3,302 + 473 = 3,775 hektar), Kedah akan dapat paling kurang RM45.3 juta. Kalau tender separuh, RM22.65 juta.

Tapi kerajaan BN pimpinan Adun PEDU sebagai MB pada 2006 hanya mengutip keseluruhan (premium dan cukai pertan kayu) sebanyak 11.8 juta. Suku saja dari harga tender..pandai ka tu? Patut ka tu? Tak malu ka tu??? Lagi tiga suku, depa kaut!! Memang depa macam tu!! Tiga suku!


Anda yang tak tender kawasan lain tu patut malu..penyokong dan pak pacak-pak pacak taksub anda juga patut malu. Pengundi yang mengundi parti anda juga patut malu. Seluruh rakyat Kedah patut malu kerana dipimpin sekumpulan orang yang tidak bijak menguruskan sumber kewangan negeri.


Kemaluan
yang lebih besar ialah hasil yang begitu banyak ini sebenarnya dibolot oleh beberapa kerat individu sahaja untuk kepentingan diri dan parti yang dipimpinnya. Kerana apa? Kerana pengakuan dari beberapa pengusaha balak yang sempat ditemui mengatakan bahawa, harga yang mereka bayar untuk sesuatu kawasan yang diperolehi secara Anugerah adalah MENYAMAI satu kawasan yang ditender! MALUNYA!!!


Kalaupun nak bagi juga kat pihak tertentu atas dasar mengenang jasa atau nak buat political fund (orang pun tak terkejut sangat) tenderlah separuh daripadanya, anugerah separuh, boleh tahan la... Patutlah YB jadi Adun Pedu... PAHIT! PAHIT! PAHIT MAUNGNYA TAK TERTELAN....!

Ya lah! MB waktu itu berkuasa penuh, nak tender ka, nak anugerah ka terpulanglah kat MB dan Jawatankuasa Hasil Bumi...Tak salah..undang-undang mengizinkan, tetapi di saat Kedah yang banyak berhutang, ramai rakyat miskin terutama di kawasan MB sendiri (Padang Terap), dan banyak balak yang keluar dari kawasan MB, tak patut sangat MB tak tender untuk kembungkan kantung negeri, guna untuk rakyat terbanyak.


Lagi tak patut orang Kampung Padang Nyoir dan Kampung Padang Sanai yang terhoyong hayang naik motor honda 70 bila terkena angin bila berselisih dengan lori balak, tak dapat apa pun dari balak yang hampir melenyek perutnya terburai! Budak-budak naik basikal pergi balik sekolah yang dibimbangi mak bapak dilanggar lori balak yang berderet-deret pagi petang, tak dapat apa pun dari balak yang mengecutkan perutnya, selain habuk yang masuk ke mata. Terpejam celik mengenyeh mata, tau-tau masuk lubang masuk bendang. Depa tak dapat apa pun!! Anda yang kenyang! MALUNYA!!!

Buat rakyat Kedah yang tak mahu mengerti, yang dok kata BN baik juga dengan semua pendedahan ini...galilah kubur anda sendiri, kerana anda akan mati jiwa diracun kegilaan kepada Pedu.

Buat pembekal maklumat, teruskan kerja mulia anda kerana anda sedang membantu memberi ingatan kepada orang ramai tentang bahayanya sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang tidak amanah macam depa dulu-dulu tu. Buat pejuang Pakatan Rakyat, teruskan perjuangan menentang penyeleweng-penyeleweng amanah rakyat. Selamat berjuang!!! Aku sokong perjuangan kalian.. Buat blogger-blogger yang ikhlas membina sebuah tamaddun yang lebih baik, sebarkan kegemparan yang PAHIT BAK HEMPEDU ini..


p/s: anaklangkawi, PERAWI kisah-kisah cinta dan dongeng-dongeng lama tentang hempedu yang tak pahit , yang tak dak kemaluan (rasa malu) , kata orang buat fitnah... nantikan pendedahan siasatan dalam siri 3 dan siri 4 yang lebih menyayat hati rakyat marhain macam kami.

Sumber:- hempedu08.blogspot.com

No comments: