Monday, December 15, 2008

Kursus Website hanya RM90 sahaja
Kursus Website hanya RM90 sahaja
Tinggalkan Umno Masuk Pas -MB Perak
Dilulus terbit pada Monday, December 15 @ 15:00:21 MYT oleh TokBatin

Berita Oleh hazik

" Kota Sarang Semut (15 Dis)- Ahli Umno diseru supaya meninggalkan parti itu dan segeralah menyertai PAS, PKR atau DAP bagi bersama-sama menguatkan PR. Demikian seruan yang dibuat oleh YAB Dato' Seri (ir) Mohd. Nizar, Menteri Besar Perak di hadapan kira-kira 20 ribu orang di Kompleks PAS Kedah, semalam.

Sudah tiba masanya bagi Umno untuk menamatkan perjuangan parti itu kerana jelas hanya mementingkan soal ketuanan semata-mata tetapi tidak memartabatkan Islam sepenuhnya.

Denggan memetik firman Allah s.w.t. "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al-Hujurat: 13), beliau mengharapkan sudah tiba masanya bagi Umno bersama-sama PAS pula kali ini dalam memartabatkan Islam sepenuhnya dalam negara.

Dengan mengambil contoh negeri Perak kerajaan PR, DAP khususnya lebih terbuka untuk menerima PAS mengetuai kerajaan negeri yang kini telah berusia 9 bulan. Mereka (DAP) lebih percaya kepada PAS yang lebih terbuka kerana menjadikan prinsip Islam sebagai teras perjuangan.

Ahli-ahli Umno perlu sedar krisis yang melanda parti itu sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa waktu penghujungnya sudah tiba. Kebinasaan yang berlaku dalam Umno bakal terjadi bila-bila masa sahaja.

Seterusnya beliau mengingatkan tentang kisah bagaimana 'putrajaya' dizaman Nabi Lut diterbalikkan menjadi Laut Mati. Iktibar peristiwa itu beliau menyeru kepada semua umat Islam amnya dan Umno khususnya, bahawa Allah s.w.t boleh memberi kebinasaan kepada kita jika kita ingkar akan-Nya."

No comments: