Tuesday, December 16, 2008

Kursus Website hanya RM90 sahaja
Fatwa Ulama Saudi Mengenai Hukum Mengundi
Dilulus terbit pada Monday, December 15 @ 23:00:00 MYT oleh TokBatin

Artikel Oleh alasri_86

" artikel ini penah di post kat tranung ni..ni sebagai ulangan untuk ingatan kepada semua yg bakal menggundi x lama lagi>>ingat..negara kita bukan negara islam..tlng amik cakna bagi yg bakal mengundi>>

Soalan:

Kami tinggal di sebuah Negara yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Adakah harus bagi seseorang mengundi dan mencalonkan diri dalam
pilihanraya Negara ini?

Jawapan:

Tidak harus bagi seorang Islam untuk mencalonkan dirinya untuk
menyertai kerajaan yang berhukum dengan selain apa yang diturunkan
Allah (AL Qur'aan dan Sunnah) dan tidak beramal dengan shariat Islam.
Maka tidak harus bagi seorang Muslim untuk mengundinya atau mengundi
selain daripadanya yang bekerja dalam kerajaan tersebut. Melainkan
jika orang yang mencalonkan dirinya dari kalangan orang Islam dan
mereka yang mengundi berhasrat untuk menukar hukum kepada beramal
dengan shariat Islam melalui cara memasuki pilihanraya, dan mengambil
cara itu sebagai satu jalan untuk menguasai sistem pemerintahan. Orang
yang telah berjaya memasuki pemerintahan itu pula tidak bekerja di
jawatan-jawatan yang bercanggah dengan shariat Islam.


Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 23/406-407.



Soalan:


Sebagaimana yang pihak tuan sedia maklum, kami di Algeria ini
mempunyai pilihanraya tashri'iyyah. Sebahagian parti-parti di sini
menyeru ke arah berhukum dengan shariat Islam dan sebahagian lain pula
tidak mahu kepada hukum Islam. Maka apa hukumnya mengundi golongan
yang tidak mahu menegakkan hukum Islam walaupun dia solat ?

Jawapan:


Wajib bagi orang Islam yang berada di Negara yang tidak berhukum
dengan hukum Islam untuk mengerah tenaga dan usaha mereka semampu
mungkin untuk berhukum dengan Shariat Islam. Mereka hendaklah
berganding bahu dalam membantu parti yang diketahui akan menghukum
dengan Shariat Islam. Adapun membantu orang yang menyeru ke arah tidak
melaksanakan shariat Islam adalah tidak boleh malah boleh membawa
kepada Kufur berdasarkan kepada firman Allah :


Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak
hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak
memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah
kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah
itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan
sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari
umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.


Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum
jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada
sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.

(Al Maa'idah 49-50)


Oleh kerana itu setelah Allah menerangkan kekufuran orang yang tidak
berhukum dengan shariat Islam maka Allah memberi amaran agar tidak
membantu mereka dan tidak mengambil mereka sebagai
penolong/kawan/pemimpin. Lalu Allah memerintahkan orang-orang beriman
agar bertaqwa jika mereka benar-benar beriman.

Maka Allah berfirman:


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang
yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari
orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang-orang
kafir musyrik itu: Menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada
Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.

(Al Maa'idah 57)


Wabillahittawfiiq. Wa Sollallah `ala Nabiyyina Muhammad wa aalihi wa
sohbihi wa sallam.


Fatwa Lajnah Daa'imah yang diketuai oleh Shaikh Ibn Baaz 1/373-374




Diterjemah pada 9 Safar 1429 H.




http://www.alifta.com/Search/ResultDetails.aspx?view=result&fatwaNum=&FatwaNumID
=&ID=10720&searchScope=3&SearchScopeLevels1=&SearchScopeLevels2=&highLight=1&Sea
rchType=EXACT&bookID=&LeftVal=17343&RightVal=17344&simple=&SearchCriteria=Allwor
ds&siteSection=1&searchkeyword=2161632171340322171382171302171362171332171362161
67032216168216167217132216170217131216167216170217129#firstKeyWordFound

Minit 2-7



Siri pertemuan terbuka nombor 210 side B


(Silsilah Liqaa' Al Baab Al Maftuuh, Mu'assasah Al Istiqaamah)



Soalan:

Apakah hukum pilihanraya yang wujud di Kuwait memandangkan bahawa
kebanyakan golongan Islam dan Da'wah yang menyertainya telah terfitnah
agama mereka ? Apa pula hukum pilihanraya kecil kabilah yang wujud di
dalamnya wahai sheikh ?



Jawapan:

Saya menganggap bahawa pilihanraya ini wajib. Kita wajib untuk
melantik orang yang kita nampak sebagai memiliki kebaikan kerana
apabila orang-orang baik lengah dalam perkara ini maka siapakah yang
akan mengambil tempat mereka ? Orang-orang jahat atau manusia lalang
yang tidak memiliki kebaikan mahupun keburukan, yang mengikuti setiap
yang bersuara lantang.


Kita wajib untuk memilih orang yang kita lihat sebagai Saaleh. Apabila
seseorang berkata bahawa kami telah memilih seorang tetapi majoriti
ahli majlis (parlimen/dewan rakyat/dewan negara) adalah daripada
aliran lain maka kita menjawab: Tidak mengapa. Seorang ini jika Allah
menjadikan dalam dirinya keberkatan dan dia melontarkan
kalimah-kalimah yang benar dalam majlis ini nescaya ia akan memberi
kesan yang pasti.


Namun kita kurang dari segi keihlasan kepada Allah. Kita terlalu
bergantung kepada perkara-perkara material dan tidak melihat kepada
kalimah Allah `Azza wa Jalla. Lihatlah apa yang Allah firmankan kepada
Musa `Alaihissalam ketika Fir'aun meminta kepadanya pertemuan untuk
mendatangkan seluruh ahli sihir. Musa menjanjikan kepadanya pertemuan
pada waktu dhuha, hari perayaan. Pada waktu tengah hari di tempat yang
rata dan bukan pada waktu malam. Berkumpullah manusia yang ramai lalu
Musa `Alaihissolaatuwassalam berkata kepada mereka:


"Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap
Allah, kerana dengan sebab itu Dia akan membinasakan kamu dengan azab
seksa dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa."
(Taha: 61)


Inilah satu pernyataan yang bagaikan ledakan bom!


Allah berfirman:


"Maka merekapun berbantah-bantahan tentang urusan mereka di antara
mereka."
(Tahaa: 62)


Huruf fa' dalam perkataan Fatanaaza'uu memberi erti urutan, akibat dan
sebab.

Apabila manusia berbantah-bantahan maka itu adalah kegagalan
sebagaimana Firman Allah `Azza wa Jalla:


"Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu
menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu." (Al Anfaal : 46)



"Maka merekapun berbantahan dan berunding sesama sendiri mengenai
perkara sihir mereka dan mereka rahsiakan apa yang mereka rundingkan."
(Tahaa: 62)



Hasilnya ialah para ahli sihir yang datang untuk menentang Musa
kemudiannya menyertai beliau. Mereka tersungkur sujud kepada Allah
lalu mendeklarasikan di depan Fir'aun:

"Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa."
(Tahaa: 70)

Kalimah haqq daripada seorang individu telah memberi kesan kepada
begitu ramai orang yang dipimpin seorang pemerintah yang sangat kejam.

Oleh itu saya berkata: Walaupun ditentukan bahawa tidak ada di dalam
Parlimen melainkan bilangan kecil di kalangan ahli kebenaran nescaya
mereka akan memberi manfaat. Tetapi mereka hendaklah ikhlas kepada
Allah `Azza wa Jalla. Adapun kata-kata bahawa Parlimen itu tidak harus
(dimasuki) dan tidak boleh menyertai serta duduk dengan orang-orang
Faasiq, maka adakah kita ada mengatakan bahawa kita menyertai Parlimen
untuk menyetujui mereka? Kita duduk bersama mereka untuk menerangkan
kebenaran buat mereka.

Sebahagian rakan di kalangan `Ulama' menganggap bahawa haram menyertai
plilihanraya kerana ia menjadikan seorang yang beristiqamah duduk
dengan seorang yang terpesong. (Jadi kita ingin bertanya) Adakah
lelaki istiqamah ini memasuki pilihanraya untuk memesongkan dirinya
atau untuk meluruskan apa yang bengkok ? Jawab ! Adakah seorang
lelaki yang istiqamah yang duduk di sebelah seorang yang terpesong
dalam pilihanraya untuk memesongkan orang ? Ya, dia menyertai
pilihanraya untuk membetulkan dan meluruskan yang bengkok lagi
tersasar.Jika dia tidak berjaya kali ini dia akan berjaya lain kali.

Yang bertanya : Pilihanraya kecil kabilah wahai sheikh ?


Jawapan:
Semuanya sama. Lantiklah orang yang kamu anggap sebagai baik dan
bertawakkallah kepada Allah.


+ Silsilah Liqaa' Al Baab Al Maftuuh merupakan siri majlis dengan
Shaikh Muhammad ibn Saaleh Al `Uthaymeen yang berlangsung di rumah
beliau pada setiap hari Khamis dari tahun 1412 sehingga tahun
kewafatan beliau pada 1421 Hijrah.





Diterjemah pada 4/11/1428 H bersamaan 14/11/2007

Diterjemahkan oleh Doktor Imran di dalam
http://groups.yahoo.com/group/alfikrah

No comments: