Wednesday, December 17, 2008

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.



PAS Cerah!!! Ahmad Said "Peteh Keting" calon UMNO BN dalam PRK P36
Dilulus terbit pada Thursday, December 18 @ 20:03:47 MYT oleh TokPenghulu

Pendapat Oleh professor

"
Membaca kenyataan MB Terengganu , Ahmad Said dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung , seperti berikut ;-

I] RM1.5b dikesan membiayai projek SPNB, negeri lain

Ii] Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kerajaan negeri masih menunggu senarai perbelanjaan lengkap wang royalti kerajaan Terengganu yang sudah digunakan Kerajaan Pusat.


Iii]
Setakat ini, jumlah perbelanjaan wang royalti minyak Terengganu yang disahkan sudah digunakan kerajaan Pusat adalah RM700 juta yang digunakan bagi membiayai projek perumahan yang dibangunkan SPNB (Syarikat Perumahan Negara Bhd), manakala RM800 juta lagi dibelanjakan untuk program pembangunan di negeri lain.

iv]
Sebanyak RM1.5 bilion ini akan dituntut semula kerajaan negeri termasuk pelbagai perbelanjaan lain yang belum disahkan Kementerian Kewangan

v]
Ahmad berkata, kerajaan negeri hanya dapat membuat tuntutan pemulangan baki wang royalti yang digunakan Kerajaan Pusat sesudah butiran senarai perbelanjaan diperoleh dan rundingan akhir dilaksanakan.

Vi]
Itulah sebabnya proses saman menyaman antara Terengganu dan kerajaan Pusat masih diteruskan. Ketika ini beberapa rundingan masih berjalan dan saman yang dikemukakan kerajaan negeri juga belum ditarik balik

ULASAN

A]
Adakah langkah Menteri Besar ini boleh lah ditafsirkan sebagai salah satu tindakan menikam dari belakang calon umno/bn yang bakal diturunkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu

B]
Adakah dengan memberikan satu fakta , dalam dewan yang mulia , sukar untuk dipertikaikan lagi kebenaranya , sebenarnya mempunyai serampang dua mata , iaitu pertama , bagi terus – menerus untuk mengaibkan bekas Menteri Besar , Derih Jusoh dan keduanya , akan mengakibatkan satu kedudukan sukar bagi jentera umno/bn untuk bergerak dan memberikan penjelasan dan penerangan

C]
Akhirnya dengan tambahan isu ini , InsyaAllah dengan izinNya , PAS akan memenangi PRK P 36 KTRG 17 Disember 2008

Kenapa MB bertindak demikian ???

RUJUKAN

Terengganu tunggu senarai diguna Pusat
Terengganu terima royalti RM 6.21b dalam tempoh 8 tahun "





No comments: