Friday, December 19, 2008

fikirlahsendiri
Lans Kopral
Lans Kopral


Joined: Sep 13, 2008
Posts: 467
Location: sedangfikirkan kat mana niee

PostPosted: Thu Dec 18, 2008 6:36 pm Post subject: Reply with quote

LAWATAN KERJA TEKNIKAL PBT KE SINGAPURA

Pada 18 Disember hingga 20 Disember 2008, lawatan kerja teknikal dari semua pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Yang di Pertua dan Setiausaha PBT, termasuk beberapa Pegawai Kerajaan Negeri dan Ahli Exco serta ADUN pergi melawat sambil belajar kerja ke negara Singapura. Kunjungan bertemu Pihak Berkuasa Bandaraya Singapura di susun oleh kerajaan Perak dengan kerjasama Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat Pesuruhjaya Singapura ke Malaysia, Mr. Jasudasen ke pejabat MB Perak tempoh hari telah memperakui lawatan ini serta aturan majlis lawatan kerja sewaktu berada di negara tersebut. Antara lain tujuan lawatan adalah:

1. Meninjau dan belajar pengurusan/ pentadbiran bandar dan kota
2. Tahap kebersihan dan lanskap yang berkualiti tinggi
3. Pengurusan Sisi pepejal dan sesampah
4. Pengangkutan awam (bas, teksi dll)
5. Kutipan hasil yang berkesan
6. Pusat medan makanan, hiburan keluarga serta semua aspek pelancungan
7. Pengurusan tempat letak kereta
8. Promosi dan Penggalakan semasa musim perayaan termasuk hiasan bandaraya
9. Aktibiti komuniti warga kota dan bandar
10. Banjir kilat dan lain-lain mala petaka
11. Kesihatan dan keselesaan kehidupan warga kota

Diharap kunjungan ini akan mendedahkan semua petugas PBT Perak akan suasana dan persekitaran di bandar Singapura untuk dilaksanakan di beberapa kota di Perak kelak.

Beberapa majlis bertemu pelabur dan sesi dialog akan diadakan bersama persatuan perniagaan Singapura. Usaha menarik pelabur Singapura juga akan di buat bagi mempromosikan produk pelancongan di Perak serta peluang pelaburan segala aspek industri di Perak.

Kami semua akan menaiki dua buah coach eksekutif SUK untuk perjalanan tersebut dan semasa perjalanan hampir 6 jam pergi dan 6 jam balik itu sesi pengenalan dan ucapan serta tazkirah akan diadakan dalam coach dari masa ke semasa oleh MB dan pimpinan kerajaan.

Posted by Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

P/S Teman benar benar tabik spring kat Dato Sri.....

No comments: