Sunday, December 28, 2008

Kursus Website hanya RM90 sahaja
Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah
Dilulus terbit pada Sunday, December 28 @ 10:25:00 MYT oleh TokBatin

Teguran @ Kritikan Oleh kelulut@telokbakong.com

 YB Khairy, ' tahniah' kerana telah berjaya mempermainkan hukum hudud .Terima kasih kerana telah berupaya mempopularkan kembali hukum hudud.Sekalung ' penghargaan ' kerana telah berjaya membuat provokasi terhadap bukan Islam dan Islam baka untuk menentang wahyu Tuhan .

Tempohari didalam wacana Perdana Tranformasi Politik Malaysia YB telah berjaya membuka pekung sendiri.Tetapi semua itu berjaya disorok oleh media massa kawalan parti UMNO - BN .

Apabila YB menjawab " kita akan teruskan apa yang ada kini" ( undang - undang sekular )
inilah pekung yang paling hina yang berada didalam hati dan pemikiran saudara.


Naib Presiden pas itu dengan tegas menjawab bahawa ; " Ya kita akan buat" ! ( hudud). Sebenarnya itulah jawapan terbaik sebagai seorang muslim .


Penyokong parti UMNO mungkin merasa Husam yang terperangkap . Sebaliknya ia merupakan jerat makan tuan . Perangkap itu akan mengena kembali kepada UMNO .


YB sekali lagi memperlihatkan kegelojohan didalam arena politik .Nampaknya YB tidak pernah serik dengan apa yang yang telah berlaku didalam PRU 12 yang lalu .

YB terlupa bahwa anda adalah dikatakan antara faktor penyebab kekalahan teruk UMNO - BN didalam sejarah politik negara .

Hingga terpaksa ayahanda mertua anda DS Abdullah menafikan tentang penglibatan YB didalam pentadbiran Negara .Apakah YB lupa jasa PM itu ? Apakah sekali lagi saudara mahu mencalar arang di muka DS Presiden UMNO sekali lagi ?...


YB Rembau , apalah yang mahu dipolemikkan hukum tuhan ...apakah saudara bangga apabila MCA membuat sepanduk dan melaungkan anti Hudud ?

Rasional hudud hanya akan diterima oleh orang - orang yang berakal jika kita menolak bermaksud kita memang sudah hilang akal atau pun kurang akal .

ALLAH berfirman didalam surah al baqarah 178 - 179 ;

178. O you who believe! Al-Qisas (the Law of equality) is prescribed for you in case of murder: the free for the free, the slave for the slave, and the female for the female. But if the killer is forgiven by the brother (or the relatives) of the killed (against blood money), then it should be sought in a good manner, and paid to him respectfully. This is an alleviation and a mercy from your Lord. So after this, whoever transgresses the limits (i.e. kills the killer after taking the blood money), he shall have a painful torment.)

(179. And there is (a saving of) life for you in Al-Qisas (the Law of equality in punishment), O men of understanding, that you may acquire Taqwa.)

YB, ayat diatas didalam bahasa inggeris semoga mudah saudara memahami , maklumlah saudara lulusan Tinggi .Mungkin ini akan membantu saudara untuk memahami kenapa pas begitu teringin melaksakan hudud.


YB , hukum hudud bukanlah ciptaan PAS . Jika ada hudud yang lebih ' tulin' sila kemukakan dalilnya.

Kami tidak hairan yang menolak hudud adalah kalangan non muslim bagaimana UMNO ?

Pertempuran kita adalah kerana pertentangan ideologi .Gerakan kami adalah strategi.

Pertentangan Islam dan Sekular .Sekular pasti tersungkur .

www.telokbakong.com
























[





















Associated Topics

Artikel

"Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah" | Configure | 9 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by ruhan on Sunday, December 28 @ 10:34:29 MYT
(User Info | Send a Message)
Khairy mengikut ajakan syaitan semasa teringatkan tentang hudud dalam majlis itu. Ini membuktikan bahawa dia tiada berakal. Nafsu jahatnya melebihi kebaikan. Dia hanya ghairah nak membelasah Husam. Tanpa disedari, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi. Kini dia sudah terjerat. UMNO juga terjerat. Inilah peluang PAS untuk membenamkan UMNO/BN di Kuala Terengganu. UMNO telah beri lampu hijau untuk PAS menggunakan isu ini dalam kempen PRK Parlimen Kuala Terengganu. Apa lagi. Inilah peluang keemasan!!!

YA ALLAH! KALAHKAN UMNO/BN DI KT.

AMIN!!!


[ Reply to This ]


Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by Zekarisma on Sunday, December 28 @ 10:42:47 MYT
(User Info | Send a Message)
Sepatutnya kita tidak perlu layan org mcm Khairy ni...nama saja melayu tapi Islam nya entah kemana........yang jelas dia adalah peminum arak dan adakah kita nak bercakap pasal Hudud dengan seorang peminum?


[ Reply to This ]


Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by ardzulna on Sunday, December 28 @ 10:56:31 MYT
(User Info | Send a Message)

Kesimpulan dari Isu Hudud yang di Sensasikan oleh Khairy
1. MCA hantar memorendum ke Pejabat Agung PAS...uLASAN di mana para Pak-Pak Mufti yang duk jaga Islam ? Wei kaba ko duk Puak- puak Kafir tu bukan lawan PAS la tapi lawan ISLAM...AGONG kan dah sain Enakmen Hudud tu BODO...Khairy kawe tahu demo sebut benda HUDUD ni supaya ore takut ko ISLAM, bila gitu ore gi ko mung sokong mung...mung tahu ko dok HUDUD adalah kewajipan kepada uMAT iSLAM UNTUK memperjuangkannya...ko mung agama gapo ???
2. UMNO/BN TAK PERNAH cuba untuk memberi gambaran yang baik tentang HUDUD ini kepada masyarakat MALAYSIA amnya dan kepada orang Kafir khasnya ...dia guna HUDUD ni macam khairy guna sekarang untuk masyarakat jauh dengan ISLAM...kALU PUAK PUAK MUNG IKHLAS 50 tahun lebih doh mung duk perintah Malaysia bakpo mung dok sir goyat slow-slow ko ore Kafir gapo dio gak HUDUD ning...Kalu ORANG Kafir tahu perkara sebenar tentang HUDUD ni tak mungkin mereka TOLAK....sebabnya hok nak kena hudud tu orang saloh jah !!!kalu tok saloh bakpo takut...pahtu pulok bukan tiap-tiap kesalahan curi kena kerat tangan...curi coklat dua tiga butir, curi selipar...tok kena ...pahe ko dok
3. Ingatlah kita ning hamba Allah tak kira PAS ko UMNO Jom pakat-pakat goyat ko ore MALAYSIA KEHEBATAN Islam...Goyat ko mereka ISLAM IS THE WAY OF LIFE....



[ Reply to This ]


Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by wz on Sunday, December 28 @ 11:04:32 MYT
(User Info | Send a Message)
PAS patut berterima kasih kerana adanya spesis seperti KJ dalam UMNO. Dgn adanya spesis seperti inilah sebenarnya yang mempercepatkan kehancuran UMNO. Aku masih ingat lagi masa PRU 12 di kelantan Mac lalu. Dengan bongkak dan gedebenya dia gi Kelantan dgn mesej sialnya yang lebih kurang berbunyi "18 thn, padey doh". Tgk apa jadi lepas tu?........UMNO hampir mampus di bumi Kelantan.

KJ pikir dia sekali lagi bijak, kononnya kali ni berjaya menjerat PAS melalui isu Hudud. Aku amat yakin yang sebenanrya akan terbelit nanti adalah dirinya sendiri. Dia lupa bahawa yang diperlekehkannya bukan PAS tetapi hukum Allah.

Kepada PAS; Usah gusar!!!!......pertolongan Allah semakin hampir. Musuh Allah sedang menuju kehancuran.


[ Reply to This ]


Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by gedebe on Sunday, December 28 @ 11:55:58 MYT
(User Info | Send a Message)
KJ ni tak sedar diri. Segala tindakannya setakat ini tak menjadi. "Pade doh" la tapi PAS menang lagi besar di Kelantan hingga menenggelamkan Awang Adek kononnya bakal MB Kelantan. Nak kuburkan Anwar Ibrahim di Permatang pauhtapi dia sendiri yang dibenamkam. KJ sebenarnya yang menenggelamkan bapa mertuanya kerana beliau bukan sahaja dibenci oleh pihak pembangkang malah di kalangan orang-orang UMNo sendiri. Ini lagi hukum hudud. Orang Islam yang benci atau menentang Hudud bermakna dia menentang Allah s.w.t.


[ Reply to This ]


Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by putera_purnama03 on Sunday, December 28 @ 12:09:47 MYT
(User Info | Send a Message)
Mana si munawir bodoh? Abang dia KJ kena hentam teruk...dia tak back-up ke? padan muka..hahaha... KJ mmg bodoh.. hukum Allah yang dia tentang.. gerenti dia akan mendapat balasan dari Allah s.w.t. Kita tunggu dan lihat apakah hukum yang akan di terima oleh KJ kerana murtad.


[ Reply to This ]


Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by lelakidicermin on Sunday, December 28 @ 12:53:30 MYT
(User Info | Send a Message)
munawir.....mana kau....kuarkan lah komen bodoh kau tu


[ Reply to This ]


Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by sisir_sesikat on Sunday, December 28 @ 12:56:26 MYT
(User Info | Send a Message)
An Nisa' 4:61,
Dan apabila dikatakan kepada mereka,"Marilah (patuh) kepada apa yang telah diturunkan Allah dan (patuh) kepada rasul,"(Nescaya) engkau (muhammad) melihat orang munafik menghalangi dengan keras dirimu.


[ Reply to This ]


Re: Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah (Score: 1)
by hazik on Sunday, December 28 @ 13:01:19 MYT
(User Info | Send a Message)

Tahniah buat KJ kerana berjaya menanam 'bunga' kekalahan BN di PRK KT.. Orang KT telah tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Hanya KJ masih jahil dan terus dijahilkan...

No comments: