Saturday, December 20, 2008

Dendam VS Kemaafan
Dilulus terbit pada Saturday, December 20 @ 11:00:00 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh antirust_man

" Jika kita menelusuri sirah Nabi SAW, sudah pasti kita akan bertemu dengan kisah bagaimana Nabi telah dicaci dan dihina oleh penduduk Tha’if . Berdasarkan rujukan sirah, semasa Nabi bersama para sahabat melangkahkan kaki untuk meninggalkan negeri Tha’if, selama itulah Nabi dilontari dengan cacian dan makian yang disoraki oleh orang-orang dan kanak-kanak yang diarahkan oleh pemimpin Tha’if. Baginda bukan sekadar dilontari kata-kata penghinaan, malah Baginda turut dilontari batu-batu sehingga menyebabkan kaki Baginda berdarah.

Setiap kali Nabi duduk sebentar melepaskan lelah, mereka terus memaksa Baginda berjalan keluar dari negeri mereka . keadaan itu berterusan sehinggalah Baginda sampai di sebuah kebun yang dimiliki Utbah bin Rabi’ah. Di situ baginda berehat sebentar dan setelah baginda berasa tenang , lalu baginda mengangkat tangan berdoa :

“ Ya Allah, hanya kepadaMu aku mengadu betapa lemah kekuatanku, betapa sempit usahaku dan betapa rendah diriku menghadapi manusia , Ya Tuhan Yang Maha Pengasih di antara mereka yang belas kasih. Engkaulah Tuhan orang-orang yang tertindas, dan Engkaulah Tuhan. Kepada siapakah gerangan akan Engkau serahkan diriku? Kepada orang jauhkah, yang akan berlaku bengis terhadapku, ataukah kepada seorang musuh yang Engkau beri kekuasaan dia atas urusanku? Asalkan Engkau tidak murka kepadaku, maka bagiku itu tidak menjadi soal, tetapi ampunanMu itulah yang bagiku lebih luas. Aku berlindung kepada cahaya Dzat Engkau, yang menerangi segala kegelapan dan yang keranannya urusan dunia dan akhirat menjadi mudah, jangan kiranya Engkau turunkan kepadaku kemurkaanMu, atau Engkau tujukan kepadaku kebencianMu. Hanya bagiMu keredhaan, sehingga Engkaulah yang akan memberi keredhaan. Dan tiada daya maupun kekuatan selain dengan pertolonganMu jua “

Mari kita perhatikan bersama-sama bait-bait doa yang telah diungkapkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Adakah Nabi berdoa kepada Allah minta dihancurkan penduduk Thaif? Tidak, Nabi hanya memohon pertolongan, keredhaan, keampunan dan kekuatan daripada Allah. Malah rentetan dari peristiwa tersebut Nabi telah didatangi oleh Malaikat Penjaga Gunung yang menawarkan diri kepada Nabi untuk memusnahkan penduduk Tha’if. Namun bukan ini jawapan Nabi : “ ya, musnahkanlah wahai Malaikat Penjaga Gunung, aku benci kepada penduduk Tha’if ”. Tetapi inilah jawapan balas Nabi :
“Tidak! Bahkan aku mengharap mudah-mudahan Allah mengeluarkan dari keturunan mereka itu orang yang menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun ”.

Benar kita bukan Nabi dan pastinya kita sampai bila-bila pun tidak akan mampu menandingi akhlak Nabi kerana akhlak Nabi itu al-Quran. Tetapi mengapa kita harus membiarkan sejarah ini tanpa kita mencari apakah falsafah yang terindah disebaliknya. Mengapakah kita tidak mahu berfikir mengapa Nabi memaafkan tetapi tidak berdendam. Mengapa Nabi tersenyum, tidak memarahi. Subhanallah, maha suci Engkau Ya Allah, semoga diberi kemudahan untuk sama-sama kami mentafsirkan falsafah disebaliknya.

Daripada pengamatan saya, dendam itu bermula dari rasa marah dalam diri kita apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak kita sukai. Perasaan marah itu akan melahirkan rasa ketidakpuasan hati. Rasa tidak puas hati pula akan menyebabkan jiwa kita menjadi tidak tenteram. Jiwa yang tidak tenteram akan menyebabkan mudah digoda syaitan yang akhirnya menerbitkan rasa benci dan seterusnya dendam dalam diri manusia. Jika kita marah, tetapi kita mampu mengawal kadar kemarahan kita, pasti rasa dendam tidak akan wujud dalam diri kita. Kemarahan yang meluap-luap dalam diri kita akan menyebabkan kita membuka pintu kepada syaitan untuk memasuki hati kita dan menguasai diri kita. Seorang jiran sanggup membunuh jirannya kerana peristiwa lama yang telah terjadi berpuluh-puluh tahun yang lalu. Seorang lelaki sanggup memfitnah rakan sekerjanya kerana jawatan yang direbut selama ini terlepas ke tangan rakannya. Kasarkah jika pendendam itu dikatakan sifat syaitan. Pasti ramai yang bersetuju dengan pandangan ini kerana Adam dan Hawa dicampakkan ke bumi kerana dendam iblis kepada keistimewaan Adam di sisi Tuhan. Malah dendam kesumat mereka akan diteruskan sehingga ke akhir zaman dan mangsanya adalah kita, anak-anak Adam yang serba lemah ini. Maka, perkuatkanlah iman kita agar tidak menjadi mangsa syaitan seterusnya.

Telah berkata Frank Tibolt di dalam bukunya yang bertajuk “ A Touch Of Greatness ” bahawa memaafkan mempunyai nilai yang tinggi bagi kemarahan, dan nilai yang lebih tinggi bagi membenci. Benar sekali, sememangnya kemarahan itu punca kepada kebencian. Maka, sudah tentulah nilai kemaafan terhadap kebencian lebih tinggi nilainya berbanding kemarahan. Ini kerana, kebencian yang tidak dikawal akan membawa kepada dendam. Dendam itu sudah pastilah tahap yang paling berbahaya berbanding marah dan benci kerana kebiasaannya dendam akan berakhir dengan bencana yang kecil atau yang besar. Tidak percaya? Cuba anda perhatikan diri anda, mustahil sekali anda tidak pernah marah. Bagaimana perasaan anda ketika itu. Sudah pasti jantung berdegup kencang, muka menjadi merah padam dan mata mula melebar saiznya. Mustahil sekali anda akan tersenyum menampakkan gigi dikala anda sedang marah bukan? Tetapi marah anda itu kadangkala sifatnya sementara sahaja. Anda tidak membawa rasa marah anda itu berhari-hari, malah berbulan-bulan, atau mungkin juga bertahun-tahun. Namun, jika anda masih menyimpan rasa marah anda pada seseorang sehingga ke saat ini, anda mungkin akan menjadi seorang pembenci suatu hari nanti, dan tidak mustahil rasa benci itu akan mendidik anda menjadi seorang pendendam. Ya, pendendam yang sering memikirkan jalan dan peluang untuk menghancurkan seseorang.

Percayalah, di permulaan ini anda akan membina tabiat. Di akhirnya, tabiat akan membina diri anda.

Berdendam itu satu tabiat sebenarnya. Bila anda mula mengenali dunia pendendam, anda sebenarnya sedang membina tabiat busuk itu dalam diri anda. Anda masih tidak perasan bukan? Anda kena akuinya kerana setiap kali anda biarkan tabiat itu meneruskan kelangsungannya dalam diri anda, anda sebenarnya senang membiarkan diri anda menjadi seorang pendendam tegar. Tegar bermakna anda tidak lagi melihat marah itu satu masalah besar dalam diri anda, tetapi anda akan menjadikan marah itu sebagai alat untuk anda mewujudkan alasan untuk berdendam dengan seseorang. Pada anda biarlah apa kata orang terhadap anda, yang penting dendam anda terbalas dan hati anda merasa puas. Tulisan ini bukan satu khayalan, situasi yang sedang digambarkan ini sememangnya berlaku dalam realiti seharian kita. Memang wujud manusia yang suka berdendam ini. Jika dia seorang ketua, dia akan melaksanakan misi dendamnya dengan lebih mudah kepada orang bawahannya. Mereka yang dilihat tidak sebulu dan sehaluan dengannya akan dicantas dengan cepat melalui misi dendamnya. Setiap kali misinya tidak berjaya, dia akan memikirkan jalan lain sehinggalah misi yang diimpikannya itu mencapai sasaran dan matlamatnya. Tidakkah pelik jika seseorang itu sentiasa dipantau berulang kali walaupun prestasinya sangat baik, sedangkan yang lemah prestasinya dibiarkan sahaja. Bila dikaji sejarahnya, tahulah kita bahawa mereka ini pernah berkerja di jabatan yang sama satu ketika dahulu. Maka, apabila diberi kesempatan dinaikkan pangkat, maka dendam kesumat yang ditanggung selama ini dilepaskan secara perlahan-lahan sehinggalah rasa benci dan dendam selama ini terubat. Pelik bukan? Jangan pelik, kerana itulah sifat seorang pendendam sebenarnya. Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini atau dalam versi yang lain tetapi membawa makna yang sama iaitu dendam? Tepuk dada, tanyalah hati.

Tahukah anda, apabila Nabi telah berjaya menguasai Mekah dan Islam telah mula berkembang luas, adakah Nabi membalas semula atas apa yang telah dilakukan oleh penduduk Tha’if terhadapnya. Lihatlah bagaimana Nabi melayan Abu Sufyan yang suatu ketika sebelum Mekah dikuasai, telah banyak melukai hati Nabi dengan cacian dan perbuatan jahatnya. Tetapi Nabi masih tidak membalas kejahatannya dengan kejahatan, tetapi nabi memafkannya. Ya, Nabi tidak berdendam pun kepadanya malah Nabi memberikannya satu nilai kebanggaan kepada dirinya dengan mengatakan “ barangsiapa memasuki rumah Abu Sufyan dia akan aman”. Lihat juga bagaimana seorang wanita Yahudi yang sering melemparkan najis kepada Nabi hampir setiap hari. Tetapi apabila wanita itu sakit, apa yang Nabi lakukan kepadanya. Subhanallah, Nabi tidak berdendam kepadanya, malah Nabi melawatnya dan mendoakannya. Terlalu banyak sebenarnya kisah tauladan yang Nabi persembahkan buat tatapan dan renungan kita bersama. Namun, tidak ramai yang mahu memikirkannya. Tidak kurang juga menceritakannya kerana mendengar orang lain juga menceritakannya, tetapi tidak peduli akan falsafahnya. Bukan itu tujuan sebenarnya. Nabi mahu kita mengambil panduan di atas apa yang Baginda lakukan. Kita kena berusaha memahami falsafah yang tersirat disebalik peristiwa yang berlaku ke atas Nabi junjungan kita. Nabi ingin memberitahu kepada kita bahawa memaafkan itu adalah terbaik buat kita. Memaafkan akan menjadikan kita lebih kuat dan dihormati oleh kawan dan lawan. Memaafkan akan membuka lebih luas ruang persaudaraan dan meningkatkan martabat Islam di sisi masyarakat yang menganut agama lain. Memaafkan akan memberi ketenangan dalam jiwa dan sebagai ubat dan penawar bagi hati.

Suatu hari, ketika sifulan memandu kenderaan di “highway” kereta sifulan dipotong dengan laju dan tidak bertanggungjawab. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang dan rasa marah mula menyelubungi hatinya. sifulan mula menekan minyak dengan niat untuk memotong kembali kereta yang kurang ajar itu dan melakukan sesuatu agar dapat membalas semula tindakannya itu. Bila semakin hampir, dan dendam kesumat mungkin dapat dilampiaskan, baru sifulan terfikir untuk apa semua ini. Maka sifulan memperlahankan kenderaan dan membiarkan kereta itu berlalu pergi mendahuluinya. Selepas itu, secara perlahan-lahan jiwa sifulan kembali tenang dan tiada lagi tekanan dijiwanya. Wujud dua keadaan yang berbeza dalam situasi yang digambarkan di atas. Pertama, bila timbul rasa marah, timbul rasa untuk bertindak balas. Keduanya, bila bersabar, jiwa menjadi tenang kerana nilai sebuah kemaafan. Anda ingin memilih situasi yang mana. Jika anda memilih yang pertama, anda sebenarnya sedang membina tabiat dendam dalam diri anda. Tetapi, jika yang kedua menjadi pilihan, tahniah kerana anda telah memilih jalan ketenangan. Tahniah, kerana anda memang seorang yang hebat dan gagah kerana memilih pilihan yang kedua. Anda tidak percaya? Perhatikan hadis indah ini :

“ Siapakah orang yang kalian anggap paling kuat bergulat? Para sahabat menjawab: yang tidak bias dijatuhkan oleh beberapa orang. Nabi SAW menegaskan: bukan, melainkan orang yang dapat menguasai diri disaat ia sedang marah ”.

Jika kita mempelajari ilmu persilatan, tentu kita pernah dinasihati agar jangan memulakan pertarungan. Bersabar dan lihat pergerakan lawan. Mengapa perlu sabar dalam pertarungan. Mudah sahaja falsafahnya, kesabaran akan mebuahkan ketenangan, dan ketenangan akan membuka mata hati untuk membaca gerak geri lawan. Tetapi, bila dalam keadaan marah, pasti kita akan bertindak gopoh dan terburu-buru yang mana akhirnya kita akan dijatuhkan pihak lawan.

Lihatlah, sifat marah itu seperti api bukan? Yang menyala marak di dalam jiwa manusia sehingga hati menjadi panas membara seperti panasnya bara api yang sedang membakar. Untuk memadamkan api yang sedang marak itu, kita memerlukan lawannya iaitu air. Ingat, api tidak boleh dilawan api. Nanti ia akan bertambah marak. Air itu lawan bagi api dan api tidak suka berjumpa air kerana ia akan terpadam. Jadi bagaimana untuk melawan rasa amarah yang sedang membara dalam diri. Perbanyakkan mengingati Allah. Bukankah Allah pernah menyebut di dalam Al-Quran bahawa hanya dengan mengingatiNya jiwa akan tenang. Banyakkan istigfar kerana istigfar akan bertindak balas dengan hati dengan cepat disaat kita melakukan kesilapan. Hati mudah tersedar bila istigfar terbit dari bibir. Teruskanlah beristigfar lagi dan lagi sehingga 70 kali banyaknya. Bahkan 100 kali itu lebih baik kerana riwayat ada menyebut Nabi beristigfar 70 kali sehari. Bahkan ada yang menyebut 100 kali sehari. Apabila anda mula mempraktikkan istigfar dalam diri anda setiap hari, anda akan dapat merasai energinya mengalir dalam jiwa anda. Anda akan mula menjadi manusia yang tenang dan sentiasa menginsafi kelemahan diri.

Namun, bukanlah bermakna marah itu tidak perlu langsung dalam kehidupan kita. Ada keadaan yang memerlukan kita marah. Misalnya apabila agama kita dihina, maka tidak logik untuk kita tersenyum dan tidak menunjukkan rasa marah kita. Ataupun apabila orang lain mencuri harta berharga kita, masakan kita tidak marah dan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Apa yang perlu, jangan biarkan marah menguasai minda kita sehingga membuahkan dendam yang akan merosakkan kita.

Nabi SAW bersabda : “ tidak seorangpun hamba yang menelan sesuatu yang lebih mulia dari menelan marah yang ia pendam kerana mengharap keredhaan Allah

” Firman Allah : “ Barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas ( tanggungan ) Allah” – ( Asy Syuura : 40 )

Sabda Nabi SAW : “Jika Allah telah menghimpunkan seluruh makhluk kelak maka akan diserukan manakah Ahlul Fadl-li? Baginda berkata: maka bangunlah orang-orang yang sangat sedikit jumlahnya. Dan dengan cepat mereka menuju ke syurga. Mereka disambut oleh para malaikat yang berkata : apakah keutamaan kamu? Mereka menjawab : dahulu, apabila kami dianiaya kami bersikap sabar, dan apabila disakiti kami menanggungnya. Lalu dikatakanlah kepada mereka : masuklah kamu ke dalam syurga, dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang – orang yang beramal ”

Akhir kalam, semoga Allah menjadikan kita golongan yang pemaaf dan sentiasa bertoleransi dalam urusan kita di dunia ini dan bukan golongan yang mudah marah dan pendendam.

Selamat berubah kepada kehidupan baru

Salam ukhwah

Wallahua’lam

www.teratakmuslim.blogspot.com"

Artikel Hari Ini

Pemuda Pakatan Rakyat gempur Kuala Terengganu

Dendam VS Kemaafan

Suruh jaga bukan suruh jual

Bersukan, bersukan juga solat jangan ditinggal

Awas Penyeluk saku dalam bas Rapid KL terutama U64, U64, U80 dan U63

IJN bakal diswasta, apa kata rakyat?

Apakah peruntukan RM 10 bilion diperuntukan kepada TIA rasuah politik ?

Penangguhan ambil alih IJN bersifat sementara sahaja

Jaga Hishamudin! GAPENA dah mula asah keris!

Kisah Ceroboh Hutan Simpan

[ Artikel seterusnya.. ]

Related Links
· More about Artikel
· News by TokPenghulu


Most read story about Artikel:

Ambik engkau Mukhriz...............

Kes Anwar Bertambah Pelik!

Cukai Kereta, Talipinggang Belakang, MPV Proton dan Perodua

99% Khabar Angin Adalah Benar! Hanya 1% Keliru

TV3: MB Perlis Bertanding di Parlimen Kuala Terengganu

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

Printer Friendly Cetak Artikel

Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"Dendam VS Kemaafan" | Configure | 7 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Dendam VS Kemaafan (Score: 1)
by Malanchai (munawir@me.com) on Saturday, December 20 @ 14:09:39 MYT
(User Info | Send a Message) http://web.me.com/airasiana
Lihat sendiriapa yang PAS TKO dalam artikel MAAFKAN KAMI....


"Sebab itulah, 16 September 2008, bakal terus mendedahkan kelemahan para pemimpin UMNO, dan menyerlahkan para pemimpin Pakatan Rakyat, mendukung Agenda Rakyat Malaysia, pembentukan kerajaan baru, dan mengisytiharkan Perdana Menteri yang baru.

Sementara itu, banyak lagi permohonan maaf, akan dilakukan, dalam siri UMNO telahpun kehilangan arah di Malaysia."


Itulah dia PAS, bila UMNO minta maaf, macam-macam putar belit, tetapi tak sedar yang ANWAR cuma berak atas kepala mereka!!!


[ Reply to This ]


Re: Dendam VS Kemaafan (Score: 1)
by masa_depan on Saturday, December 20 @ 14:18:01 MYT
(User Info | Send a Message)
Salam...

Article yang perlu diteladani.... Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik...

Akhlak yang baik itu sendiri boleh menjadi dakwah untuk diikuti.....

Sebagai umat Islam, apabila caci cerca yang digunakan, maka buruklah image umat Islam di mata masyarakat...

Tetapi apabila akhlak yang baik ditonjolkan, maka umat Islam akan lebih dihormati di mata masyarakat......

Untuk memartabatkan Agama Islam, tindak-tanduk umat islam sendiri perlu dijaga agar agama Islam dipandang tinggi dan tidak dipandang rendah dimata masyarakat....


Wassalam


[ Reply to This ]


Re: Dendam VS Kemaafan (Score: 1)
by Malanchai (munawir@me.com) on Saturday, December 20 @ 20:06:55 MYT
(User Info | Send a Message) http://web.me.com/airasiana
Bila UMNO minta maaf, PAS perlekeh....teladan yang baik ke ???
Baling kasut- suatu teladan yang BAIK...???


PAS cakap tak serupa bikin!!!


[ Reply to This ]


Re: Dendam VS Kemaafan (Score: 1)
by Malanchai (munawir@me.com) on Saturday, December 20 @ 20:16:23 MYT
(User Info | Send a Message) http://web.me.com/airasiana

Bila Najib minta maaf ( seperti selalu )

"Jangan ulangi kesilapan di masa hadapan. Kalau kami salah, kami akui kesilapan. Kami minta maaf atas apa yang berlaku,"katanya yang dipetik daripada sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris hari ini.

Seorang penulis email ke Harakahdaily menyatakan sikap Najib ini benar-benar menyinggung perasaan orang Islam yang lain di samping tidak menafikan hak agama lain untuk membina rumah ibadat masing-masing.

UMNO minta maaf..pun selalu dipolitikkan oleh PAS??? Suatu teladan buruk!!!




[ Reply to This ]


MINTA MAAF BIAR BERTEMPAT!! (Score: 1)
by Malanchai (munawir@me.com) on Saturday, December 20 @ 20:29:00 MYT
(User Info | Send a Message) http://web.me.com/airasiana
DAP Kena Minta Maaf Pada Orang Melayu [www.pilihanrayakini.com]
[4.bp.blogspot.com]1) Teresa Kok telah panggang lima ekor babi di Selangor sambil pakai topi DAP meraikan kemenangan lima buah negeri Pakatan Rakyat dan projek RM100 juta buat kandang babi di Selangor. Panggang babi nak tunjuk kepada siapa? Orang Melayu cium keris DAP marah, dia panggang babi boleh pula?

2) Teresa Kok telah hina tulisan jawi di Kuala Lumpur. Ada atau tidak orang Melayu hina tulisan Cina? Ada atau tidak orang Melayu bising sebab bukit di Malaysia ini semuanya sudah jadi tanah kubur orang Cina? Tiada. Siapa yang lagi racist?

3) Teresa Kok minta azan Subuh diperlahankan di Seri Kembangan, Selangor. Ada atau tidak orang Melayu marah sebab asap topekong busuk? Marah sebab tarian naga bising? Marah sebab wayang pacak Cina memekak siang malam? Tiada. Siapa yang racist?
[1.bp.blogspot.com]Teruskan dengan pendirian Datuk untuk tidak minta maaf. Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera adalah ikon pejuang orang Melayu yang ditindas DAP di Pulau Pinang. Jangan berganjak Datuk, ini maruah orang Melayu. DAP sudah pijak kepala kita, tetapi tidak seorang pun antara kita yang buat polis report pasal Teresa Kok.

Kita minta Teresa pula minta maaf pada orang Melayu. Kemudian desak Anwar Ibrahim minta maaf atas kapasiti Ketua Pembangkang bagi pihak Teresa. Anwar pandai sangat ajar DAP ini jadi kurang ajar. Dia lah yang patut minta maaf.


[ Reply to This ]


Re: Dendam VS Kemaafan (Score: 1)
by Malanchai (munawir@me.com) on Saturday, December 20 @ 20:50:16 MYT
(User Info | Send a Message) http://web.me.com/airasiana
Dipetik dari harakahdaily dalam isu maaf UMNO.

"Untuk kesekian kalinya, marilah diterima maaf Hisham itu terlebih dulu tanpa persoalkan niat nawaitu sama ada beliau ikhlas atau tidak ketika meminta maaf itu. Ini kerana, ajaran agama memutuskan, "Kita berhukum dengan hal lahir dan Allah berhukum ke atas hal yang batin." Apa-apa yang terzahir dan tersurat ialah ucapan maaf. Samada Hisham ikhlas atau tidak, itu urusan antara beliau dengan Tuhan. Pokoknya, kalimat maaf telah dihulurkan. Paling penting sekarang, bukanlah persoalan sama ada Hisham ikhlas atau tidak"


[ Reply to This ]


Re: Dendam VS Kemaafan (Score: 1)
by samat on Saturday, December 20 @ 21:24:35 MYT
(User Info | Send a Message)
kesian...tak de org layan
melalak la sorang2

No comments: