Saturday, December 27, 2008

Dulu "Derih Natang" , Khairy Pulak Kini Hina Sultan Terengganu !!!

Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 12:00:00 MYT oleh TokBatin
Respon @ Ulasan Oleh professor

" Dulu Derih Jusoh terlucut takhta kerana menghina Tuanku Sultan , yang glamour dengan ungkapan “DERIH NATANG” nya.

Sekarang , Khairy pulak yang nampaknya akan tersungkur kerana cuba meraih populariti dengan cara yang mirip dan hampir sama dengan yang dibuat oleh Derih Jusoh sedikit masa dulu

Adakah dengan mempermain dan menghina hukum Hudud , Khairy merasakan beliau sudah menjadi jaguh di kalangan ahli – ahli dan pemimpin – pemimpin UMNO ?

Watak Khairy dan Derih Jusoh di Terengganu dikatakan umpama seorang hamba dan tuan. Siapa hamba dan siapa tuan nya di Terengganu sepanjang pemerintahan Derih Jusoh ?

Cakap – cakap yang bukan menjadi rahsia , Derih adalah hamba , manakala Khairy adalah tuan dalam mengurus tadbir Terengganu , 2004-2008 lalu.

Bagaimana wang sebanyak RM 7 billion sumbangan kerajaan pusat , iaitu dana khas atau wang royalti dibelanjakan oleh Derih Jusoh menerusi arahan tuannya iaitu Khairy , sudah jelas dalam pengetahuan rakyat Terengganu dan Malaysia semuanya.

Mengapa Khairy tidak belajar dari sebab – sebab kejatuhan Derih Jusoh dari takhta dan singahsana ,kalau bukan dek kerana slogan terakhirnya ”DERIH NATANG” ?

Adakah mungkin juga Khairy luruh dari takhta dan singahsana , bersama bapak mertuanya , menuruti Derih Jusoh ? Tiga serangkai , Derih Jusoh sudah terlucut kuasanya, Pak Lah akan serah kuasa nya , adakah Khairy juga terpaksa lepaskan kuasanya Mac’09 nanti ?

Mungkin ada betulnya artikel di bawah ini , bila mana Raja – raja dan Tuanku Sultan dihina , bahananya rakyat akan turun dengan bantahan , maka kuasa yang ada pada Khairy juga tidak akan bertahan untuk tempoh yang lebih lama , menjangkaui Mac’09

Adakah ini musibah yang sedang menanti Khairy ?

Baca selanjutnya
Amaran Kepada UMNO/BN - Usah Brmain Politik Dengan Isu Hudud dan Qisas "


Husam Tidak Gagal - Aziz Bari Champion
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 13:00:00 MYT oleh TokBatin
Pendapat Oleh koliba

" Salam, Isu debat KJ, Husam dan Aziz Bari telah diberi ulasan yg salah oleh KL Post dengan tajuk "Husam terjerat dlm perangkap yg dibuat sendiri". Sebenarnya KJ lebih terjerat apabila Dato' Husam dan juga Prof Agus menanyakan adakah KJ akan berbuat sesuatu tentang hudud sekiranya menang sbg ketua pemuda.

Sebelum melihat sendiri video debat setelah membaca artikel dr KL Post sya agk kecewa dgn Dato Husam ditambah lg live di internet seperti yg dijanjikan tidak diteruskan. Ini menguatkan lg tanggapan sya bahwa pihak PAS dh terjerat.

Semalam saya berpeluang melihat rakaman debat tersebut di http://tvpakatanrakyat.blogspot.com/ dan didapati semua ulasan yg saya baca di KL Post adalah tidak tepat krn mengulas bahagian provokasi hudud sahaja. Nampaknya KL Post juga telah bersama Agenda Daily ingin menjadi alat propaganda UMNO menentang kebangkitan rakyat. Syabas rakyat kelantan yg hadir dlm majlis itu terutamanya pd mereka2 yg mengemukakan soalan2 yg bernas kepada panelis.

Disini juga saya memohon kepada semua pengunjung TKO bersama-sama berdoa agar Allah memberi kemenangan kpd PAS (PR) didlam PRK P36 nanti. Kalau boleh jangan lah byk mengganggu tugas pimpinan dalam membuat keputusan terutamnya kpd penyokong2 PR diluar Terengganu.

Hanya kami pengundi P36 yg lebih memahami sikap pengundi di kws kami. Anda tahu keadaan di sini adalah 50 - 50 dengan sedikit kesilapan shj akan memberi kesan kpd keputusan PRK ini. Undian pemilihan calon dilaman ini juga tidak boleh diguna pakai sekiranya org yg mengundi hanya terdiri dari penyokong PR shj sedangkan kita hilang 600++ undi itu adalah hasil undi org tidak berpendirian dan juga orang yg di atas pagar. Mereka-mereka ini lah yg perlu dipujuk dan diberi keutamaan didlm PRK akan datang.

oleh Pengundi P36"



Pencuri pun sokong imam..
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 22:00:00 MYT oleh TokPenghulu
Fikir Sejenak Oleh enamjahanam

" Ini aku nak cerita lain sikit. Cerita orang jahat tapi dia sokong orang buat baik. Tak macam UMNO yang dia mengaku Islam tapi sokong orang menolak hudud. Bukan setakat menyokong orang tolak hudud, tapi depa sendiri pun tolak hudud. Pelaq sungguh puak UMNO ni. Marah tu bukan maki. Kalau maki orang utara ni hangpa tak sanggup dengaq. Dulu kat u dulu ada member orang Johor bergaduh dengan aku sebab aku cakap kasaq kat dia. Aku kata orang Utara biasalah cakap kasaq sikit tapi hati orang Utara yang paling baik. Tengok hati aku sudahlah...Heheheh... angkat diri sikit....

Cerita tentang imam Ibnu Hambal, pengasas Mazhab Hambali yang dipenjarakan kerana tidak bersetuju dengan raja yang zalim . Rupanya dulu pun banyak dah raja yang zalim ni. Mungkin puak-puak UMNO pun asal daripada keturunan maharaja yang zalim ni lah kot noooo? Bila imam Hambal tak setuju maka dia dipenjarakan dan didera. Tapi imam ini memang hebat sunguh. Dia kata pukullah dia sekuat mana yang nak tapi tolong jangan bagi carik pakaiannya sebab dia tak mahu auratnya terdedah. Begitu hebat dia berbanding bini Paklah yang sapa pun tak pukui tapi dok dedah aurat. Begitu juga dengan bini najib. Yang pukui pun ,mungkin Najib ya lah. Tu pun sekali sekal maklumlah dah tua.

Oleh kerana terlalu lama kena pukul, maka datanglah ulamak upahan raja suruh imam ibnu hambal setuju dengan kezaliman raja tersebut. Pendek ceita suruh mengakulah kata raja betui. Rupanya ulamak upahan ini pun dah lama dah. Dulu pun ada. Sekarang lagi banyak laaa.... termasuk si Hafiz yang tendang tong undi. Nasib baik tong undi takdak kaki. Kalau tak si imam hafiz ni diterajang pulak oleh tong undi tu....

Imam Hambali tetap mempertahankan kenyataan awalnya dan dia pun terus dipukul. Sedang dia dipukul dan di suruh mengaku, pencuri yang sebelahnya ( yang juga dipukul ) berkata kepadanya.. " Aku yang mencuri pun , yang melakukan kesalahan tak mau mengaku, apatah tuan imam yang menegakkan kebenaran nak mengaku? " Itulah kata-kata semangat dari seorang pencuri berbanding ulamak upahan tadi. ingatlah ulamak upahan, kamu lebih hina daripada pencuri.

Kemudian tukang pukul pulak pukul makin kuat. Orang suruh pukul belakangnya, dia pukul kepala sampai berdarah-darah. Cuma tak mati saja. Dipendekkan cerita, raja zalim ni pun digulingkan dan digantikan dengan yang lebih adil. Teringat aku akan raja UMNO yang zalim di Kedah dah digantikan dengan Raja PAS yang adil. Alhamdulillah... Syukur kepadamu Allah... Bila raja berubah, maka imam Ibnu Hambal pun dibebaskan dan dia pun teruskan mengajar kepada murid-muridnya...

Pada suatu hari, dia nampak tukang pukul pun jadi anak muridnya. Rupanya tukang pukul dah pencen dan dok mengaji. Baguihlah pencen pi mengaji tapi ramai gak yang pencen dok pi siam asah taji. Apa punya malaun, makin tua makn menjadi. Lalu selepas kuliah, dia pun tanya kepada tukang pukul perihal kenapa memukulnya di kepala sampai setengah mati. Apa kata tukang pukul? memang hebat sekali.

Kata tukang pukul " Aku pukul kamu kuat-kuat di kepala supaya engkau mati cepat, engkau mati sebelum sempat engkau bersetuju dengan raja tersebut. Aku takut disebabkan penderaan yang raja lakukan, kamu tersesat dan menjadi pengikut raja. ?

Begitulah hebatnya tukang pukul dan pencuri...

Semuga menjadi iktibar kepada kita semua....




No comments: