Sunday, December 21, 2008

Pemuda Pakatan Rakyat gempur Kuala Terengganu

Kursus Website hanya RM90 sahaja

Oleh TVPRK036

 Pada 20hb Disember 2008, akan diadakan Ceramah Pelancaran Gerakerja Pilihanraya dan Bilik Gerakan Pemuda Pakatan Rakyat bersempena dengan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P036).

Pelancaran ini akan bermula jam 9.00 malam, bertempat di Markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai.

Antara pimpinan yang akan hadir adalah :-



1) YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

2) YB. Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS / Pengarah JK PRK Kuala Terengganu

3) YB. Haji Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Pusat

4) Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR

5) Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Pemuda PAS / Pengarah JK Pemuda PKR Kuala Terengganu

6) Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Naib Ketua Pemuda PAS/ Ketua Pemuda PAS Terengganu .

Live di
TV PRK036
TV Pas S2
Terengganukini



Laman Khas PRK 036
http://prk036.pas.org.my


Nak cerita pasal pengundi hantu...
Dilulus terbit pada Sunday, December 21 @ 17:23:15 MYT oleh TokBatin
Analisis Isu Oleh notan

" Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan..,, Politik negara sudah sebati dengan pengundi hantu.Permasalahan pengundi hantu ini sudah lama menghantui sistem pilihanaraya negara.UMNO sebagai tunjang kekuasaan telah lama menggunakan kaedah pengundi hantu untuk mengekalkan kuasa mereka.

Tetapi kaedah ini telah menjadi masalah yang semakin besar apabila sebahagian pengundi hantu ini didapati terdiri dari pendatang asing yang telah diberi kad pengenalan olih kerajaan UMNO.Hari ini Persoalan ini telah mula sampai ke Parlimen apabila bebarapa MP dari Sabah membangkitkan isu pendatang Filipina diberikan kad pengenalan untuk menjadi pengundi di Sabah.

Namun apa yang pasti hari ini ialah kehadiran pengundi hantu di Kedah.Telah diketahui bagaimana sekumpulan pendatang Burma yang telah mendapat kerakyatan Malaysia kerana menjadi pengundi BN di Kedah sudah beranak pinak.Kini sudah ada generasi ketiga kumpulan ini di Malaysia dan mereka juga sudah mula merebak ke seluruh negara termasuk menjadi penduduk yang dominan di Terengganu.

Masyarakat Burma yang dikenali sebagai masyarakat "pacak" kini sudah berkampung di Sri Bandi Kemaman yang berasal dari pengundi hantu di Kedah.Ketika perobohan Masjid Bujal dulu, didapati terdapat satu perkampungan "Pacak" bersebelahan Masjid tersebut yang selama ini tidak dihebohkan.

Inilah antara natijah pengundi hantu kepada negara.Di sampig itu, ketika pembinaan GPP 5 dan 6 di santong Paka, telah berlaku satu pergaduhan antara pekerja pekerja dari Sabah dengan pekerja tempatan yang mengakibatkan beberapa kematian dan tangkapan.Kebetulan pergaduhan besar ini berlaku di bulan puasa, maka yang ditangkap itu terpaksalah bersahur dan berbuka di dalam lokap polis Paka.

Ini adalah sejarah besar bagi penduduk Paka dan sejarah ini dilakari olih kebiadapan pekerja dari Sabah yang kemudiannya didapati berbangsa Filipina.Mengapa ada penduduk Sabah berbangsa Filipina? Tidak susah untuk mendapat jawapannya kerana berita dari Sabah menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pendatang asing yang diberi kad pengenalan untuk mengundi di Sabah.Selepas itu, terdapat satu lagi kejadian amuk di pekan Paka yang melibatkan rakyat Sabah berbangsa Filipina ini.

Inilah kesan pengundi hantu yang digunapakai olih UMNO/BN demi menjatuhkan kerajaan PBS di Sabah yang mana kesannya turut dirasai olih penduduk Paka da Terengganu.Nama Sabah juga tercemar kerana perbuatan golongan ini.

Mengimbau kehadiran pengundi hantu ini, aku teringat apa yang diberitahu olih seorang kawan,pensyarah di UiTM yang turut terlibat dengan tink tank UMNO/BN di bawah Dato, Mustafa Ali yang ketika itu menjadi menteri pembangunan usahawan.Katanya dari penglibatannya dalam daftar undi,beliau mendapati terdapat ramai hantu di Kedah ketika itu.Katanya hantu hantu ini bolih dikesan dalam daftar undi kalau kita dapat mengesan no kad pengenalan yang menurut.Beliau mencadangkan kepada aku untuk memeriksa daftar undi bagi negeri Kedah dengan menggunakan kaedah no kad pengenalan yang menurut.Sekali terjumapa no kad pengenalan yang berturut turut, maka aku akan jumpa ribuan pengundi hantu di Kedah.

Demikianlah sebenarnya taktik UMNO/BN kekal di Kedah sehingga tahun 2008 ini.Kedah adalah antara negeri yang sepatutnya sudah lama jatuh kepada PAS kalau tidak kerana pengundi hantu ini.Untuk itu tidak sukar menjangkakan bahawa Perlis juga antara negeri yang dapat dipertahankan dengan pertolongan hantu.

Mesej dari tulisan ini ialah pengundi hantu bukan satu perkara baru dalam politik Malaysia dan pengundi hantu digunakan dengan terbuka di Terengganu dalam dua PRU lalu.Sudah tidak ada rahsia lagi.Kerana itu bagi sesiapa yang cuba memperlekehkan peranan pengundi hantu dalam pilihanraya Malaysia, suka diingatkan bahawa sistem pilihanraya negara berdasarkan majority win.Olih itu perlaksanaan piliharaya secara jujur dan adil adalah perlu.

Sebarang penyelewengan termasuk menggunakan perkhidmatan pengundi hantu tidak bolih diterima dan kerajaan yang dibentuk walaupun dengan satu undi hantu adalah kerajaan yang tidak sah dan harus ditentang.

Lebih penting ialah masa depan negara. Bagaimana negara kita nanti dengan kehadiran anak cucu pengundi hantu yang asalnya ialah pendatang asing?Sekarang kumpulan mereka sudah berkembang, jadi apakah kita mahu terus membiarkan pertambahan mereka dengan membawa berbagai bagai masalah sosial yang tidak terkawal.

Maklumat semasa menunjukkan ada kalangan pengundi hantu ini terdiri dari pendatang Indonesia dan Bangladesh yang kalau dibiarkan menyebabkan pertambahan masyarakat "hantu" dalam negara.Kalau dulu kita hanya ada kumpulan "Pacak" dan Filipina tetapi sekarang sudah bertambah kepada Indo dan Bangla....

No comments: