Monday, December 15, 2008









KEDAH: TAKDA DUIT UGUT TEBANG BALAK TAPI NAK BELI KETA MEWAH oleh PAKATANKUASA Reply with quote


kata takda duit, minta kat kerajaan pusat rm100 juta, kalau tak bagi tebang pokok..apadaaa kerajaan kedah ni? la ni nak beli kereta luar negara pulak...beli keta tak pakai duit ke?

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, cadangan tersebut wajar dalam usaha menjimatkan perbelanjaan negeri kerana kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive agak tinggi dan membebankan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jenis kereta yang akan dibeli sekiranya cadangan penggantian itu dilaksanakan.

"Kita akan kaji dan kalau bagus kita ikut cara kerajaan Perak," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat rombongan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada akan menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive yang digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri seperti yang diputuskan kerajaan Perak.

Kerajaan negeri Perak kelmarin dilaporkan meluluskan pembelian 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Selangor juga dilaporkan bercadang membeli beberapa buah kereta termasuk jenis Proton, Toyota Camry dan Honda bagi menggantikan lebih 10 buah kereta yang telah digunakan melebihi lima tahun oleh Exco dan pegawai-pegawainya, pada tahun depan.

Ditanya perkembangan status Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Azizan berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan Pusat di Kuala Lumpur esok.

Perjanjian LADA antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat akan tamat pada 2010.

No comments: