Tuesday, December 16, 2008

Kuala Terengganu

Hadiah Istimewa Kepada Bush?
Dilulus terbit pada Tuesday, December 16 @ 21:05:09 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh Ajeem

"

Nampaknya orang paling berkuasa di dunia mendapat liputan meluas di media pada hari ini kerana apa yang berlaku semalam benar-benar menjadi sejarah buat seorang ahli politik yang bertaraf Presiden. Presiden dibaling kasut?. Beliau amat bertuah kerana apa yang 'diterima' bukanlah bom atom atau peluru tetapi hanyalah sepasang kasut. Namun begitu maruah beliau benar-benar tercalar di mata dunia kerana apa yang telah berlaku memalukan bagi seorang yang bergelar Presiden dan 'the number one'.

Kebencian rakyat Iraq khususnya dan dunia umumnya terhadap Presiden Amerika Syarikat itu tidak boleh digambarkkan dengan kata-kata. Tidak diketahui pula apa yang akan berlaku terhadap wartawan tersebut tetapi yang pastinya beliau akan menerima 'balasan' yang 'mencukupi'. Jika seorang presiden sesebuah negara (Saddam Hussein) boleh diheret hingga ke tali gantung inikan pula seorang wartawan yang 'tidak bernilai' dimata seorang 'monster' seperti Bush.

Walaupun Tun Dr Mahathir dibenci oleh segelintir rakyat Malaysia disebabkan apa yang beliau telah lakukan terhadap Anwar Ibrahim namun dihari terakhir beliau menjadi Perdana Menteri beliau masih mendapat penghormatan yang tinggi, walaupun Khir Toyo dibenci oleh penduduk setinggan disebabkan dasar yang diambil oleh beliau iaitu menghapuskan setinggan namun selepas beliau tidak menjadi Menteri Besar beliau tidak dipukul atau dibaling dengan penyapu. Malahan Thaksin Shinawatra yang kini menjadi pelarian masih mendapat sanjungan oleh rakyat Thailand jauh sekali dibaling dengan kasut.

Apa yang berlaku terhadap Bush mungkin menjadi gurauan majoriti ahli politik namun ia memberi peringatan dan pengajaran bahawa setiap tindakan yang diambil akan memberi kesan besar sama ada dalam jangka panjang atau pendek. Dibaling kasut mungkin lebih hina dirasakan berbanding ditembak bagi segelintir 'orang besar'. Mungkin Bush akan tidur lena sedikit selepas januari tahun depan namun bayang-bayang mangsa rakyat yang dizalimi akan sentiasa mengekori beliau. Selamat beristirehat buat Bush. Nikmatilah sisa-sisa hidupmu dan ambillah peluang tersbeut untuk kembali ke pangkal jalan (bertaubat).


Catatan: Mungkin Ahli Parlimen dan ADUN Malaysia lebih bersopan semasa berbahas di dalam dewan jika mereka dibaling dengan kasut setiap kali bertindak atau mengeluarkan kata-kata biadap.

Blog peribadi: http://egimbb.blogspot.com



Sebuah Kubur Yang Besar Sedang Menanti BN di Kuala Terengganu
petikan dari tranungkite online


Dilulus terbit pada Monday, December 15 @ 23:45:00 MYT oleh TokBatin

Artikel Pendek Oleh anwarbeghahing

" Kenyataan yang amat2 pahit untuk ditelan oleh UMNO adalah, MEMANG TIADA CALON YANG LAYAK untuk menggantikan sekujur tubuh arwah Dato' Razali Ismail.Bayangkan,manusia sehebat arwah yang biasanya menjadi wakil Negara untuk berucap di UNESCO hanya mampu menang dengan UNDI POS dan ditambah secara ironinya lebih kurang 665 undi yang diperolehi oleh Nenek Maimun, beserta undi-undi yang dibatalkan.

Perjuangan pakatan rakyat ,amat2 memerlukan sokongan semua pihak terutamanya ahli pas dan pakatan rakyat. Kehadiran kita semua ke Kuala Terengganu adalah sangat penting dan saya secara peribadinya merasakan lebih penting dari kehadiran kita ke pilihan raya yang sebelumnya termasuk permatang pauh kerana ini adalah proses pengekalan momentum kemenangan saudara DSAI sebelum ini.

Kemenangan akan memastikan satu lonjakan kredibiliti dan motivasi yang cukup tinggi seolah-olah memenangi sebuah negeri mungkin sebuah negara!

AYUH PAKAT BERKAMPUNG DI KUALA TERENGGANU , MENANGKAN PAS,MENANGKAN PAKATAN RAKYAT,KUBUR BN TELAH BERMULA DI PERMATANG PAUH DAN KINI SEBUAH KUBUR YANG BESAR SEDANG MENANTI BN DI KUALA TERENGGANU...InsyaAllah PAS MENANG..InsyaAllah DSAI akan menjadi PM ...insyaAllah kita akan mengecap harga petrol RM1.00 shj bila PAKATAN RAKYAT Menjadi kerajaan ..insyaAllah.

No comments: