Tuesday, December 23, 2008

mag Tops - TKOv7 Tops - TKOv7 Joined: Sep 25, 2007 Posts: 639 Location: berlantaikan bumi, berbumbungkan langit

mag
Tops - TKOv7

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan salawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, Yang Maha kuasa lagi Maha mengetahui
Sesungguh kezaliman hamba-hamba-Mu
telah tegak di negeri-Mu,
sehingga keadilan dimatikan,
jalan-jalan kebaikan diputuskan
kebenaran dihapuskan,
kejujuran disia-siakan
kebajikan disembunyikan,
keburukan ditampakkan
ketakwaan direndahkan,
petunjuk dihilangkan
kebaikan dimusnahkan,
keburukan ditegakkan
krousakan dikembangkan,
kekufuran dikuatkan
kezaliman dihalalkan,
perubahan dimusuhi

Ya Allah, Tuhanku, Tuhan yang menguasai Alam dan seluruh isinya
Tidak ada yang dapat melepaskan kami dari semuanya kecuali kekuasaan-Mu
Tidak ada yang dapat melindungi kami dari semuanya kecuali anugerah-Mu

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,
hancurkan kezaliman. Putuskan belenggu penindasan. Hancurkan pusat kemungkaran. Muliakan orang yang menghindari kezaliman. hancurkanlah akar-akar para pelaku kezaliman dan penindasan.Tutupkan kepada mereka kekurangan setelah mereka berlebihan. Dilepaskan orang yang terkurung.

Ya Allah, Ya Azim, Ya Maliki Yaumiddin

Segerakan kepada mereka kebinasaan.Porak-porandakan mereka dengan
perpecahan. Turunkan kepada mereka hukuman. Ambil nyawa kemungkaran. Sehingga tenanglah orang yang ketakutan. Tenteramlah orang yang kesulitan. Kenyanglah orang yang lapar. Dipelihara orang yang terlantar. Dilindungi orang yang terusir. Dikembalikan orang yang terbuang.

Supaya orang fakir dikayakan.
Orang yang meminta perlindungan dilindungi.
Orang besar dihormati, orang kecil disayangi.
Orang teraniaya dimuliakan,
Orang zalim dihinakan.
Orang kesusahan dibahagiakan.

Allahumma Yazaljalali wal Ikram

Lepaslah segala derita, dan hilanglah segala duka nestapa
Matikanlah lah pertikaian dan hidupkanlah kasih sayang
Pengetahuan menjulang tinggi dan perdamaian menyebar luas
Perpecahan disatukan dan ketenangan dikukuhkan
Iman diperkuatkan dan Al-Qur’an dibaca dan diamalkan
Sesungguh, Engkaulah Maha Pembalas, Pemberi nikmat, Penabur kurnia.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


20081215

Hidupkan Surau kalau nak kurangkan kadar jenayah

Baru-baru ini saya bersama beberapa wakil penduduk taman-taman perumahan sekitar Senawang telah berkesempatan menghadiri satu taklimat pencegahan jenayah di Balai Polis Senawang. Kerjasama antara orang ramai dan polis adalah amat penting dalam usaha mencegah jenayah di persekitaran kita tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Usaha pencegahan jenayah ini disulitkan lagi dengan kekurangan anggota polis , jawatan kosong yang belum diisi serta nisbah polis kepada penduduk yang agak tinggi.

Justeru itu semua pihak harus memahami bahawa usaha pencegahan jenayah ini tidak akan berjaya tanpa persefahaman dan kerjasama erat antara polis dan orang awam.

Apa yang menarik perhatian ialah kenyataan Ketua Balai Polis Senawang yang mengatakan dia datang dari sebuah kampung di Selangor. Di kampungnya tiada sebarang kes jenayah. Ini adalah kerana semua penduduk di kampung tersebut menjadikan surau sebagai pusat komuniti mereka dan mereka kenal antara satu sama lain di setiap kampung.

Bagaimana dengan kita , adakah kita kenal jiran-jiran kita , kita kenal anak-anak jiran kita , kita menjadikan surau atau masjid sebagai pusat komuniti ?

Banyak maklumat mengenai kejadian jenayah setempat akan diperolehi jika kita mempunyai hubungan yang erat antara polis dan orang awam , hubungan yang erat antara penduduk dan jawatankuasa penduduk.

Kejadian jenayah kecurian motosikal akan bertambah menjelang Sambutan Kemerdekaan , Sambutan Krismas dan Sambutan Tahun Baru. Kerana motosikal yang dicuri ini akan digunakan untuk tujuan lumba haram.

Antara kecuaian di pihak orang awam dalam usaha pencegahan jenayah ialah :
1. Tidak membuat laporan polis kejadian jenayah yang dianggap kecil seperti kecurian tong gas , pecah rumah tanpa barang berharga hilang dan sebagainya.
2. Tidak mencatat nombor plet kenderaan serta butiran lain mereka yang diragui masuk ke kawasan taman perumahan dan tidak menghubungi polis apabila nampak mereka yang mencurigakan.
3. Membiarkan anak-anak membawa kenderaan tanpa lesen
4. Tidak menghubungi terus balai polis terdekat dengan tidak menggunakan talian 999. Talian 999 akan mengambil masa lebih lama untuk tindakan polis.
5. Tidak mengenali Pengerusi Rukun Tetangga , Pengerusi Taman , Pengerusi Persatuan Penduduk untuk sebarang masalah berkaitan jenayah untuk mendapatkan kerjasama polis.
6. Tidak memasang kunci tambahan pada kenderaan dan rumah.
7. Membiarkan kunci tinggal di kenderaan apabila membuka pagar rumah , pintu rumah atau ke kedai.

No comments: