Friday, December 26, 2008

Kursus Website hanya RM90 sahaja
JERIT KPN kata Demo Crazy….. Siapa Yang Crazy????
Dilulus terbit pada Friday, December 26 @ 19:45:00 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Pendek Oleh Ly

 Kejayaan aktivis Jerit dalam kempen berbasikal bertemakan Rakyat pengayuh perubahan menyerahkan memorandum kepada wakil Perdana Menteri setelah 16 hari berkayuh dari utara dan selatan seolah olah satu mala petaka buat PDRM.

Setelah berbagai usaha di lakukan oleh pihak polis untuk mengagalkan kempen ini namun segalanya hanyalah tinggal memori duka buat mereka. Paling akhir ( 21 disember) KPN Tan Sri Musa Bin Al Ustaz Hassan A’ saari telah mengeluarkan kenyataan bahwa ini bukan demokrasi tetapi DEMO CRAZY.

Kasihan benar Ustaz Hassan yang pernah ku kenali dari usia tadika sehingga sekarang mendapat zuriat yang tidak baik.. Entah dimana silapnya padi yang di tanam namun lalang yang membiak.

DEMO dalam istilah kelantan ialah bermaksud KAMU dan Crazy pula bermaksud Gila dalam istilah Inggeris. Bermakna KPN mengatakan KAMU GILA kepada peserta Jerit. Betulkah peserta jerit yang membawa tuntutan rakyat ini gila. Kita lihat apakah tuntutan yang di katakangila oleh KPN ni.

1. Gubal akta gaji minimum

- Gilakah aktivis Jerit meminta kerajaan meminda akta gaji minimum untuk semua rakyat termasuklah anak buah PKN itu sendiri yang selama ini asyik menunggu di tepi jalan menanti mangsa kerana untuk menyuap anak di rumah yang kelaparan kerana gaji di PDRM hanya cukup untuk memberi makan kucing peliharaan KPN sahaja.

2. Mansuhkan segala akta zalim seperti ISA, OSA, AUKU dan lain lain

- Apa mungkin seorang anak ustaz yang pandai serba serbi dalam hal agama boleh menyatakan rakyat yang menuntut di hapuskan Tahanan Tanpa Bicara (ISA) itu gila. Malunya kami sebagai umat Islam kepada sahabat sahabat kami yang bukan Islam bila KPN anak kepada seorang ustaz boleh berkata demikian. Zalimnya Islam ini kiranya membenarkan seseorang di hukum tanpa bicara sedangkan kita mengatakan Islam itu adil dan Islam Itu membawa rahmat kepada seluruh alam.

3. Beri perumahan selesa untuk rakyat

- Satu tempat persinggahan kami ialah di Sungai Getah, Sungai Petani. Sebuah bekas ladang getah yang di huni oleh kira2 20 buah keluarga berketurunan India . Sebelum menuduh permintaan ini sebagai gila, kami mempersilakan KPN untuk hadir sekali di perkampungan itu. Lihat sendiri keaadaan rumah mereka yang tanpa bekalan air dan elektrik. Janganlah kerana KPN yang bergaji besar dan berumah besar melupakan mereka yang terpinggir di kampung2.. Mereka ini tidak pernah meminta agar kerajaan menyediakan rumah sebesar rumah PM atau pun KPN tetapi cukupah kiranya berumah dalam keadaan selesa sebagai rakyat Malaysia yang 51 tahu sudah merdeka. Ini bukan pemintaan orang gila..

-

4. Hentikan penswastaan kemudahan asas

- Barangkali cadangan penswastaan IJN adalah daripada KPN itu sendiri. Sebab itulah KPN mengatakan kempen ini sebagai kempen orang gila. KPN sendiri baru sahaja menjalani pembedahan jantung. Mungkin Musa hassan yang menjadi KPN yang ada sekarang ini sudah lama di alam barzah sekiranya Musa Hassan itu hanyalah seorang penoreh getah di Sungai Petani. Dari mana hendaknya di cari ribuan ringgit Malaysia oleh Musa hassan yang bekerja sebagai penoreh getah ini kiranya IJN di swastakan. Untungnya Musa Hassan itu ialah seorang KPN bukan seorang penoreh getah. Jika tidak sudah lama Musa Hassan bertemu munkar dan nakir di dalam kubur.

5. Kawal harga barangan

- Pernahkah KPN bayangkan sebuah keluarga yang berpendapatan kurang dari RM 1000.00 dan mempunyai 5 orang anak berhadapan dengan keresahan untuk meneruskan hidup. Pernahkah KPN makan nasi beras subsidi yang sepatutnya beras itu di beri makan itik dan ayam sahaja tetapi menjadi makanan rakyat Malaysia yang miskin. Bukan mereka tidak mahu memakan makanan yang berzat sebenarnya mereka itu tidak mampu kerana segala barangan di pasaran di kawal oleh kapitalis kapitalis yang sentiasa menindas. Wahai KPN permintaan ini bukan permintaan orang gila tetapi kamu sebenarnya begitu angkuh dengan kekayaan kamu sehinggakan lupa kepada mereka yang miskin.

-

6. Pulihkan pilihan raya majlis tempatan

- Pilihanraya adalah system demokrasi bukanya Demo Crazy. Kalaulah meminta pilihanraya majlis tempatan itu di adakan Demo crazy maka kerajaan yang ada sekarang ini semuanya Crazy termasuklah KPN itu sendiri kerana kerajaan Malaysia yang ada sekarang adalah hasil dari pilihan rakyat di dalam demokrasi pilihanraya.

Sekarang siapa yang gila????? Orang yang membawa tuntutan ini atau orang yang menentang tuntutan ini? Orang PAS, Orang UMNO, Orang PKR, Orang MIC, Orang DAP, Orang MCA dan semua orang yang berparti dan tidak berparti mahukan tuntutan yang di bawa ini. Hanya kapitalis dan orang yang gila sahaja tidak setuju dengan tuntutan ini. Maka jawapannya bukan aktivis jerit yang membawa tuntutan rakyat ini gila tetapi orang yang menentang tuntutan ini sebenarnya gila. Jadi Siapa yang Gila demo atau kami.??? Bak kata Nabil LU PIKIR LA SENDIRI…….

Fight 4 Your Right.

Ly



Artikel Hari Ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang diluluskan tidak beri akan impak

Ucapan Hari Natal Presiden Iran!

JERIT KPN kata Demo Crazy….. Siapa Yang Crazy????

Tolong Keluarga Ini

Menghormati Bush Sebagai Ketua Negara?

Alangkah sombong dan angkuhnya

Tahun Hijrah 1430

27/12/2008 - Ceramah Isu Debat Dato Husam Musa Di Johor

Dapatkan PERCUMA template minisite

Program Sumbangan Bahan Binaan Bangunan PAS N.Sembilan

[ Artikel seterusnya.. ]

Related Links
· More about Artikel Pendek
· News by TokPenghulu


Most read story about Artikel Pendek:

Sebuah Kubur Yang Besar Sedang Menanti BN di Kuala Terengganu

Ribut Petir Iringi Mahathir

Kasut Terbang Di Kepala Bush… Bagaimana Malaysia?

Undi Saya Barang Tak Naik!!!!!

Cilok Ke Syurga???

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

Printer Friendly Cetak Artikel

Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"JERIT KPN kata Demo Crazy….. Siapa Yang Crazy????" | Configure | 2 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: JERIT KPN kata Demo Crazy….. Siapa Yang Crazy???? (Score: 1)
by sabrie on Friday, December 26 @ 20:38:36 MYT
(User Info | Send a Message)
KPN tu yang gile sebenarnya,dari zaman mahathir sampai sekrg penuh dgn konspirasi,akhirat nanti jawablah sendiri,hassan azahari tak boleh nak ganti,iman tak dapat diwarisi,..................


[ Reply to This ]


Re: JERIT KPN kata Demo Crazy….. Siapa Yang Crazy???? (Score: 1)
by jamilkucing on Friday, December 26 @ 20:45:07 MYT
(User Info | Send a Message)
Ni salah seorang yg aku rasa patut di baling kasut ketika dia berucap.

No comments: