Tuesday, December 23, 2008

Hudud: Kedah bila nak bentang?

TokPenghulu

Komentar Oleh ibnuali

" "(Jika) Tidak setuju kerana apa, itu masalahnya... penjual dadah mana setuju kena gantung, tetapi dia tetap kena gantung. "Tolak tidak apa, tetapi biar ada alasan, contohnya kalau tidak mahu sembahyang, kena bagi alasan, sebab itu Islam beri ruang untuk berbincang," "Hudud bukan hukum Pas, tetapi hukum Allah, kalau sembahyang kita buat, tetapi kenapa hudud tidak boleh buat. "Susah apa hudud, di Malaysia pun boleh gantung (pesalah) kenapa tidak bising, sebabnya orang Eropah yang buat, sebab dalam kepala kita, (acuan) ikut Eropah,"

Kata-kata tersebut lahir dari Mursyidul Am PAS sendiri. Apabila isu Hudud ni kecoh semula. Bagi penulis bersyukur sangat, hudud ini timbul kembali, sejak PRU lepas nampak macam senyap sahaja.

Berikutan kenyataan Naib Presiden PAS Husam Musa semasa wacana "Transformasi Politik" di Kota Bharu 20 Disember lepas. Sekali lagi undang-undang hudud ini kembali rancak di dada-dada akhbar.

DAP dan beberapa pimpinan PKR dah buat kenyataan menentang pelaksanaanya apabila Pakatan Rakyat memerintah negara. Lim Guan Eng yang nak tiru cara Umar Abdul Aziz nampaknya bertukar Abu jahal. Agaknya tak lengkap pembacaan Lim Guan Eng berkenaan dengan Umar Abdul Aziz.

Bak kata TGNA, "apa susah hudud ni?" Apa yang menjadi masalah sebenarnya? Mana-mana undang-undang kat dunia ni dilaksanakan baik. Kenapa hudud ni jadi masalah pula? Tanah melayu ni bukannya asing sangat dengan hudud. Kalau baca sejarah, dah pernah pun laksana hudud. Dek kerana penjajah, ditukarnya undang-undang ini. Apa nak takutnya? yang takut hanya orang yang buat salah, pencuri, penzina dn seumpama dengannya. Dah tu bukan semua jenayah disabit bawah hudud. Hanya jenayah tertentu sahaja. Yang kita sibuk menentang pasal apa? Kita berzina kah? Kita mencuri kah?

Kalau ada tak kena dengan hudud ni, tunjuklah kat mana yang tak kenanya. Kalau tak nak sangat, cubalah dulu sepenggal. Tengok bagaimana kesanya. (tak patut sebenarnya sebut macamni)

Nak masuk tahun baru ni, kerajaan Kedah bila lagi nak ikut Kelantan dan Terengganu? Sultan tak bantah punya, dia yang jaga agama. Takkan nak bantah pula. Buat macam Terengganu dulu, buat roadshow dan talkshow. Jangan khianati amanah yang Allah bagi ni.

Mahfuz menang saman fitnah terhadap Utusan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pokok Sena, Mahfuz Omar memenangi saman fitnah terhadap Utusan Melayu Berhad dan diberikan RM120,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini sebagai ganti rugi bagi perkataan fitnah yang diterbitkan terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya memutuskan, perkataan yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan” pada 4 Mac, 2001, adalah fitnah dengan niat untuk mencemarkan reputasi Mahfuz.

“Perkataan itu tidak memenuhi elemen komen yang adil, perkataan yang diterbitkan bukan fakta, bukan komen yang adil kerana ia tidak berasas. Perkataan itu juga tidak memenuhi kepentingan awam seperti ditegaskan oleh para defendan” katanya dalam penghakiman bertulis.

Katanya, perkataan yang digunakan itu menggambarkan Mahfuz sebagai seseorang yang mempunyai agenda politik dan sedang berusaha menggulingkan kerajaan sedia ada, “yang menyokong keganasan dan paksaan, yang tidak percaya dengan proses demokrasi untuk membawa perubahan dalam kerajaan yang memerintah dan berniat menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan terhadap keharmonian negara.

“Hakikat yang plaintif ialah seorang tokoh politik yang lantang bersuara adalah tidak relevan kerana isu yang perlu ditentukan ialah sama ada perkataan itu diungkapkan oleh plaintif. Para defendan, saya dapati, bukan sahaja gagal memberikan justifikasi bagi penggunaan perkataan itu tetapi juga gagal menunjukkan yang perkataan itu sebenarnya diungkapkan oleh plaintif,” katanya.

Berhubung pemberian ganti rugi RM120,000 itu, Hakim Mohd Yazid berkata, beliau memberikan pertimbangan kepada kedudukan plaintif sebagai tokoh politik, anggota Parlimen dan tokoh terkenal di kalangan rakannya.

Beliau juga berkata, perkataan fitnah itu telah menjejaskan kedudukan politik dan sosial dan reputasi plaintif kerana diterbitkan secara meluas kerana akhbar defendan mempunyai edaran 200,000 naskhah sehari termasuk 800,000 pelawat dan 7.8 juta pelayar laman webnya sebulan bagi penerbitan dalam talian akhbar itu.

“Lebih memburukkan lagi keadaan, para defendan tidak mengemukakan sebarang permohonan maaf untuk mengurangkan kesan buruk terhadap reputasi plaintif,” katanya.

Mahfuz, diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, memfailkan saman pada 2001, menamakan ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia ketika itu, Datuk Khalid Mohd, dan penerbit akhbar itu, Utusan Melayu Berhad, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata Khalid secara sengaja dan berniat jahat membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan yang memfitnah beliau dalam akhbar Utusan Malaysia pada 4 Mac, 2001.

Beliau mendakwa perkataan itu telah mengaibkannya dan menjejaskan kredibilitinya di kalangan masyarakat.

Para defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, mendakwa artikel itu adalah betul daripada segi isi kandungan dan fakta dan menafikan ia satu fitnah.

Di luar mahkamah, Mahfuz memberitahu pemberita yang beliau berpuas hati dengan keputusan itu.

“Ini bukan soal amaun, tapi saya hendak membersihkan imej yang tercalar yang dipalitkan media sebelum ini,” katanya.

Peguam M.Reza Hassan yang mewakili defendan berkata beliau akan mengkaji alasan penghakiman itu sebelum membuat sebarang keputusan untuk merayu.

http://www.bernama.com







"


Artikel Hari Ini

PRK P036: Siapa Calon Pas?

P 36 : calon diumum di stadium negeri........

Pengunjung Tranungkite Mahukan Mohamad Sabu!

UMNO Tidak Berminat Laksana Hukum Allah – Hudud

Hudud menjadi gendang perang Umno di KT?

Teluk Kumbar: Dato Syed Amerudin, Mengapikan Isu Perrkauman Dalam Ucapan

Lagi boleh kurang!

Perlu pinda perlembagaan jika hendak laksana hudud - Zahid Hamidi

Wan Farid tewas sebelum bertanding

Pilihan raya kecil kali ini Umno kecundang lagi?

[ Artikel seterusnya.. ]

Related Links
· More about Komentar
· News by TokPenghulu


Most read story about Komentar:

Penduduk Bukit Antarabangsa antara bangsa "Sombong dan lupa atau terlupa&qu

P 36 : beberapa fakta menarik

Punyalah UMNO nak menang

Surat terbuka untuk YB Dato' Rosol Wahid

Saasatul Ibaad - Faisal Tehrani Mengaku Syiah

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

Printer Friendly Cetak Artikel

Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"Hudud: Kedah bila nak bentang?" | Configure | 18 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by Malanchai (munawir@me.com) on Tuesday, December 23 @ 09:44:04 MYT
(User Info | Send a Message) http://web.me.com/airasiana
Bila MB Perak nak bentang hudud di Perak ??


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by melayu08 on Tuesday, December 23 @ 09:52:13 MYT
(User Info | Send a Message)
perak nak bentang hudud? geli buah pinggang aku. usahkan nak bentang, niat dlm ati pun DAP dah tak bagi. nizar tu cuma boneka je...... jgn la bagi DAP sound dia plak. sian dia.


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by darthspoket on Tuesday, December 23 @ 09:57:06 MYT
(User Info | Send a Message)
Normal 0 MicrosoftInternetExplorer4 st1:*{behavior:url(#ieooui) } /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:10.0pt; font-family:"Times New Roman";}

Jom ushar2 baju kemeja, coat & tie Marks & Spencer dan jenama2 terkenal UK yg murah2….

http://mymoneyspeedway.blogspot.com/ [mymoneyspeedway.blogspot.com]



[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by SI_ANU on Tuesday, December 23 @ 09:58:42 MYT
(User Info | Send a Message)
ALHAMDULILLAH SEKARANG DAH TAK MACAM DULU,DULU ORANG ISLAM BERANI KATA HUKUM HUDUD TAK SESUAI, DALAM ISLAM TAK DE POLITIK DSB. INI SATU KEJAYAAN PAS DAN PARA PENDAKWAH, HUDUD CUMA SETAPAK JE LAGI, LAKSANAKAN DAN ORANG DAPAT LIHAT KEADILAN DAN KEJAYAANNYA MENCEGAH JENAYAH DAN BUKAN ISLAM PUN TENTU HENDAKKANNYA. BUKAN ISLAM BOLEH TERIMA SISTEM KEWANGAN ISLAM, MENGAPA TAK BOLEH TERIMA SISTEM JENAYAH ISLAM!!!


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by epoy_jr on Tuesday, December 23 @ 10:09:46 MYT
(User Info | Send a Message)
sabar la wahai umat islam...sabar itu separuh dari iman...yg pelik yer isu hudud PAS0 ajer yg asyik bersuara mana g suara UMNO DAN BN...menyokong tak nak..tapi kalo bab babi tu nombor satu..dia la pejuang islam yg sejati..DAP Ader juga wat bantahan SEBAB TAK PAHAM tapi MCA,GERAKAN dan MIC senyap jer..mungkin da boleh terima hudud kot...51 tahun BN BERKUASA APER CITER..


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by Sportlight on Tuesday, December 23 @ 10:16:45 MYT
(User Info | Send a Message)
Pendapat saya hukum hudud ni perlu d laksanakan terlebih dahulu ke atas pemimpin yg memegang amanah rakyat shj. Kalau d Jepun tu, pemimpinnya dah memang punyai disiplin yg tinggi. Jika terbukti bersalah, mrk terus letak jawatan & inilah yg menjadi cth ikutan kpd rakyatnya turun-temurun. Mungkin cara ini rakyat boleh setuju hukuman yg bakal d kenakan terhadap pemimpin yg mrk pilih sekiranya melanggar amanah tersebut.


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by deceptikon on Tuesday, December 23 @ 10:38:16 MYT
(User Info | Send a Message)

mereka tak mau hudud cara PAS, Ganaz, hina orang sesuka hati,
buktinya perokok pun di tuduh macam binatang tak ada akal !!! ada kaa patut

Rasullullah Saw pun tak buat macam tu walaupun Baginda Saw Maksum dan Kekasih ALLAH dan semestinya layak untuk menghina manusia lain sebegitu tapi Baginda tak pernah buat

orang tolak hudud PAS bukannya Hudud ALLAH
tengok saja public msg oleh cikdin tu adakaa orang DAP rakan dalam pakatan rakyat di hina sebegitu, patutkah ?

hudud ialah hukum ALLAH, kita manusia hanya berusaha memperjuangkannya terlebih dahulu kita sendiri perlu melaksanakannya kemudian keluarga dan masyarakat setempat, Nabi Saw dah bagi jalan

coba ikut Nabi Saw, Nabi buat Hudud tak kecoh2 cerita sana cerita sini, Nabi Saw tak hina orang yang tolak hudud itu Kehendak ALLAH, Nabi Saw buat satu2 sedikit demi sedikit bukannya sekaligus,
tetapi kalau nak kalau sekaligus kena Peranglah angkat senjata lawan dengan musuh ALLAH tak payah politik
menang politik bukannya menang perang, baru menang sikit saja ALLAH bagi tapi nafsu manusia politik nak lebih-lebih
Ikut cara Nabi Saw buat, satu-satu penuh kelembutan (hikmah) dan kesabaran baru boleh berjaya





[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by ustad_poyo on Tuesday, December 23 @ 10:57:45 MYT
(User Info | Send a Message)
woi deceptikon ! aku bukan nak komen pasal hudud ni..aku nak komen pasal tulisan ko tu ..ko tulis Rasullullah Saw and Nabi Saw..
Saw tu = gergaji..ko xboleh ke tulis penuh? just copy and paste je..benda yang remeh macam ni la sesalu orang wat tatau je..pelankong kang

Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Benda simple pon ko xleh buat..pastu ada hati nak bg idea..geram aku..
nama nabi ko boleh singkat singkatkan


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by shuk35 on Tuesday, December 23 @ 10:58:12 MYT
(User Info | Send a Message)

Kalau HUDUD yang PAS bawak tu HUDUD versi PAS

UMNO bila pulok nak bawak HUDUD yang betul??

Nak tunggu kiamat keee??


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by kibodo on Tuesday, December 23 @ 12:01:53 MYT
(User Info | Send a Message)
lawak bodo Malanchai bodo dan Melayu08 pencacai Umno BiNatang. ada ke tanya Perak bila nak buat hudud. Apasal tak tanya Umno BiNatang bila nak buat hudud. Ko parti kafir ke???


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by hantu2 on Tuesday, December 23 @ 12:07:11 MYT
(User Info | Send a Message)
Kepada org umno yg dok kata hudud tersebut adalah hudud Pas sila tunjukkan mana hudud yang org umno kata betul. Jgn tentang apa yg org lain buat kalau kita sendiri pun tak tahu. Kalau betul hudud yang dibuat oleh Pas tidak betul tunjukkan mana satu yg betul. aku rasa pemimpin Pas telah beberapa kali meminta UMNo tunjuk bukti kat mana Hukum Hudud yang Pas buat tersebut salah. Tapi sampai skrg umno tak tunjuk asyik bising dlm berita hairan dan utusan meloya serta TV 3 suku saje.
Budak sekolah pun boleh kalu mcm tu...


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by kibodo on Tuesday, December 23 @ 12:17:07 MYT
(User Info | Send a Message)
memang bodo puak2 pencacai Umno BiNatang sarkis ni. kalau rasa hudud PAS (mana ada hudud PAS, bodo!!!) tak betul, buat le hudud yg ko rasa betul. Dah lebih 50 tahun memerintah, tak buat2 jugak. kalau dah bodo tu, bodo jugak... org kata kafir marah, tapi cakap macam org kafir...


[ Reply to This ]


Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by aidednazam on Tuesday, December 23 @ 12:31:11 MYT
(User Info | Send a Message)
Hudud : Bila Kedah nak bentang?

Tunggu Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO dulu bentang hudud di Parlimen...jangan nak harapkan PAS saja.


[ Reply to This ]


Re: Hudud: Kedah bila nak bentang? (Score: 1)
by sekutliyut on Tuesday, December 23 @ 13:58:07 MYT
(User Info | Send a Message)
hukuman dan alasan puak2 umno
1. kalau orang VIP merogol dan berzina, kira selesai luar mahkamah @ buang kes je dan hantar orang yg dirogol ke pusat pemulihan
2. kalau VIP mencuri dan merompak, buat penafian dalam akhbar dan media, buang kes
3. kalau org berzina, denda @ penjarakan,xpn buang kes je
4. VIP membunuh, just buat press statement pastu lepas
5. orang murtad, dibenarkan selagi xkacau pemerintahan umno
6. keruntuhan moral, buat press statement kutuk dan pastu buat macam2 pesta dan konsert
7. minumam keras, orang nak hadkan penjualan kena kutuk dan maki hamun
8. artis berpakaian separuh bogel, apalah sangat janji depa dapat hiburkan kita,
9. berpakaian ikut sunnah rasulullah, ketinggalan zaman dan xmaju
10. majlis2 ilmu disekat, takut nanti rakyat tahu hukum hakam, susah la kita nak memerintah, so daripada aku tahu baik rakyat pn sekali xtahu

yg lain2 cari sendiri la


[ Reply to This ]




PostPosted: Thu Dec 25, 2008 12:23 am Post subject: Reply with quote

Tahniah dato'. Moga kehadiran dato dalam wadah Islam ini akan membiaksuburkan lagi gerakan Islam di negara tercinta ini.Moga dato istiqamah dalam perjuangan, tertapkan hati dan iman. selamat datang ke parti 'orang kampung' dan tok lebai yang berpandangan jauh, berwawasan, menitikberatkan keadilan dan kesejahteraan umat. Parti yang membuang jauh kepentingan peribadi dan nafsu yang sentiasa tidak pernah puas. Moga dato dapat merasai ketenangan, kemanisan hidup dan kemanisan iman dalam parti ini. Sekali lagi, tahniah dari kami, rakyat marhaen.
Back to top
View user's profile Send private message
wan_mt
Leftenan Jeneral
Leftenan Jeneral


Joined: Jul 25, 2007
Posts: 122
Location: ~ atas bumi, bawah langit ~

PostPosted: Thu Dec 25, 2008 12:31 am Post subject: Reply with quote

Kerisijau wrote:
Dengan penuh ukhwah Datuk Abu Zahar bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Cawangan Umno dalam satu majlis penyertaan beramai-ramai ke dalam PAS.

Mungkin tak berapa lagi beratus-ratus ahli Umno Bahagian akan sertai PAS....

Di sebelah Sabak Bernam pulak bekas ADUN Umno dan berpuluh-puluh pengikutnya bakal sertai PKR.



Back to top
View user's profile Send private message
Teruna_Islam
Rekrut
Rekrut


Joined: Dec 20, 2008
Posts: 13

PostPosted: Thu Dec 25, 2008 12:35 am Post subject: Reply with quote

wan_mt wrote:
Kerisijau wrote:
Dengan penuh ukhwah Datuk Abu Zahar bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Cawangan Umno dalam satu majlis penyertaan beramai-ramai ke dalam PAS.

Mungkin tak berapa lagi beratus-ratus ahli Umno Bahagian akan sertai PAS....

Di sebelah Sabak Bernam pulak bekas ADUN Umno dan berpuluh-puluh pengikutnya bakal sertai PKR.





teruskan perjuangmu datuk azhar hashim utk menegakkan agama islam di atas bumi ciptaan allah.... perjuangan islam pasti mencapai kemenangan sebelum hari kiamat..... semoga perjuangan datuk mendapat keberkatan dan pertolongan drp allah swt...
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
Kopral
Kopral


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 732

PostPosted: Thu Dec 25, 2008 12:37 am Post subject: Reply with quote

uma wrote:
wa nak tanye lu org nie...
1 soalan sensitif...
jgn melompat2 tau...hehe


masa ahli UMNO masuk PAS tu,
diaorg mengucap balik syahada tak?hehe




sapa2 tahu
mintak kasi respond skit?


hehe..
lu tanya soalan ni,
wa jawab, dia Islam, dulu kini dan selamanya..

itu bab akidah,
kalau tanya pasal politik,
wa jawab, dia umno dulu, kini dan setakat ini!!

Wink
Back to top
View user's profile Send private message
amiaq
Prebet
Prebet


Joined: Mar 17, 2008
Posts: 296

PostPosted: Thu Dec 25, 2008 12:37 am Post subject: Reply with quote

mampoh mu umno!!!
Back to top
View user's profile Send private message
solokwanmore
Prebet
Prebet


Joined: Apr 17, 2008
Posts: 159

PostPosted: Thu Dec 25, 2008 12:38 am Post subject: Reply with quote

berapa larr agaknye ameno nak bayor aku masok ameno sekali lagi???
Back to top
View user's profile Send private message
abu_abdullah
Rekrut
Rekrut


Joined: Jul 19, 2008
Posts: 23

PostPosted: Thu Dec 25, 2008 12:40 am Post subject: Reply with quote

Alhamdulillah. ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kepada Datuk Zahar Hashim, penyokong dan pengikutnya... gunakan sisa nafas yg ada didunia ini untuk memperbaiki diri dan tidak lagi mengulangi kesalahan lalu...

ingatlah, menjadi pejuang Islam samasekali berlainan coraknya dengan pejuang bangsa. onak duri pasti menanti dan cermatlah bila melangkah. sama-sama kita berdoa semoga Allah mengurniakan hidayah yang berterusan kepada SEMUA kita...
Back to top
View user's profile Send private message
pria_malaya08
Kopral
Kopral


Joined: Jun 19, 2008
Posts: 732

PostPosted: Thu Dec 25, 2008 12:41 am Post subject: Reply with quote

baca artikel ni, pengakuan beliau, bersama pendedahan2 exklusif..

***************

Adjust font size:
Umno khianati saya, kata Zahar
Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 4:44pm
Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim berkata, beliau tidak mengkhianati Umno, tetapi sebaliknya Umno yang mengkhianatinya.

“Orang Melayu hanya mendapat projek yang kecil sahaja kerana projek besar diberi kepada kroni yang boleh memberi wang semula kepadanya,” katanya.

Zahar berkata, beliau tidak kesal meninggalkan Umno kerana orang Melayu meluat dengan kepimpinan termasuk di Selangor.

“Bagaimana Tan Sri Muhammad Muhd Taib boleh menjadi menteri, ketua penerangan Umno dan Senator, tidak ada orang lain lagikah yang layak.

“Para pemimpin Umno sudah tidak ada kualiti, orang yang terlibat dengan politik wang, boleh menjadi menteri,” katanya.

Zahar berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai PAS dalam satu majlis di sebuah hotel di Ampang hari ini.

Zahar (foto, tengah) digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau mendakwa, Muhd Taib bersama tujuh atau lapan ketua Umno bahagian di Selangor telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meminta supaya beliau (Muhd Taib) dilantik sebagai ketua perhubungan Umno baru Selangor, menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Tak calon Mat Taib

Zahar mendakwa, Muhd Taib telah menyalahkan Dr Mohd Khir di atas kekalahan teruk (Barisan Nasional) di Selangor.

"Hubungan saya dengan Tan Sri Muhd Taib sudah renggang," katanya.

Beliau mendakwa, satu ketika dulu, beliau yang mempertahankan Muhd Taib apabila menteri besar Selangor ketika itu, meminta Tan Sri Muhd Taib tidak dicalonkan bertanding dalam pilihanraya.

Zahar juga mendakwa, banyak kesilapan yang dilakukan oleh Muhd Taib dalam Umno.

"Kerana itu, bahagian saya - Petaling Jaya Selatan (PJS) - tidak mencalonkan beliau (Muhd Taib) untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno.

"Dia (Muhd Taib) marah saya kerana saya bercakap bahagian PJS tidak akan mencalonkan beliau, semasa berada di rumah Muhd Taib," katanya.

Sebab itulah, dakwa Zahar, Muhd Taib mensabotaj mesyuarat Pemuda Umno PJS, tetapi beliau tidak mengulas lanjut mengenainya.

Ketika diminta mengulas tawarannya pejabatnya kepada PAS, Zahar berkata, bangunan tersebut adalah miliknya.

Serah pejabat Umno

Beliau mendakwa kesemua pekerja di pejabat Umno bahagian tersebut, juga turut menyertai PAS bersamanya.

"Setiap hari, sekurang-kurang terdapat lima orang pekerja di pejabat tersebut," tambahnya.

Kini, katanya, pejabat tersebut telah menjadi pejabat PAS dan pekerja PAS juga akan turut ditempatkan di situ.

Mengenai dakwaannya bahawa 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa Umno bahagian turut menyertai PAS, Zahar berkata, Umno PJS kini berdepan dengan masalah besar ekoran tindakan mereka itu.

Kira-kira 70 orang menghadiri majlis tersebut, dan sebahagian daripadanya difahamkan adalah ketua cawangan dan AJK berkenaan.

Zahar juga meminta ahli-ahli PAS di kawasan berkenaan supaya jangan memandang serong niatnya untuk menyertai PAS.

"Niat saya adalah untuk membantu parti (PAS) dan orang-orang Melayu, khususnya di Petaling Jaya Selatan," katanya.

Pada masa ini, katanya, Umno PJS memberi sumbangan bulanan sebanyak RM150 seorang kepada orang miskin di kawasan tersebut, selain bantuan makanan seperti gula, beras dan minyak.

Zahar berkata memandangkan beliau yang membiayai sumbangan dan bantuan tersebut, maka ianya akan diteruskan walaupun beliau kini bersama PAS.

Isu Eurocopter

Ditanya mengapa beliau memilih PAS, Zahar berkata: "Ia kerana PAS adalah satu-satunya parti (orang) Melayu".

Ditanya mengapa beliau bertindak meninggalkan Umno selepas mendapat kemewahan dari parti tersebut, Zahar berkata: "Mula-mula saya masuk parti (Umno), saya sudah pun ada sebuah kereta mercedes".

Mengenai kes Eurocopter, Zahar berkata beliau mahu mendedahkan lebih banyak bukti mengenai penyelewengan kes Eucopter tetapi sukar berbuat demikian kerana ia membabitkan pegawai kementerian pertahanan dan kementerian kewangan.

"(Bagaimanapun) saya juga tidak tahu adakah kandungan pendedahan tersebut tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA)," tambahnya.

Zahar berkata, beliau adalah jurucakap kepada tiga syarikat yang memasuki tender untuk mendapatkan kontrak tersebut.

“Mereka anggap saya jurucakap kerana mereka tidak berani bersuara. Kita marah kerana penender membayar RM1 juta untuk memasuki tender, sedangkan kerajaan telah menetapkan syarikat yang memperolehi tender tersebut,” katanya.

Zahar berkata, keputusan kerajaan menangguhkan pembelian Eurocopter semata-mata untuk mengaburi mata orang ramai


No comments: