Wednesday, December 17, 2008


TUBUHKAN SQUAD BERKUDA PKR DI PENANG? Reply with quote

Pasukan unik yang bakal ditubuhkan ini mungkin satu-satunya di Malaysia, kalaupun bukan pertama dalam dunia.

Idea ‘bernas’ ini dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti Mohammad Fairus Khairuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Fairus bercadang menubuhkan skuad berkuda yang dianggotai Angkatan Muda keADILan (AMK) dan Wanita keADILan Permatang Pauh untuk kegunaan beliau dan sayap parti berkenaan ketika mereka meninjau dan menziarahi golongan miskin di kampung-kampung.

Jelasnya selain memudahkan usaha melawat dan membantu golongan fakir, penubuhan skuad berkenaan akan turut membantu menaikkan imej keADILan di mata khalayak.

“Orang ramai pastinya akan rasa terpukau apabila melihat kita melawat kawasan dengan menunggang kuda, yang secara tidak langsung akan menaikkan imej parti,” ujarnya.

Berucap pada majlis perasmian Ekspo Usahawan dan Sukan Rakyat, di Mengkuang Titi, Sabtu, Fairus berkata skuad berkenaan juga selari dengan hasrat polis Pulau Pinang yang bercadang menubuhkan unit berkuda mereka.

“Saya juga telah lama ‘mencari’ motosikal untuk kegunaan saya melawat kampung, tetapi hingga sekarang belum jumpa, jadi penubuhan skuad berkuda ini rasanya lebih sesuai,” jelasnya kepada kira-kira 30 hadirin yang hadir.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah peruntukan atau sumber kewangan bagi menjayakan hasrat tersebut.

Pada majlis tersebut, Fairus berjanji akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mengkuang pada tahun depan.

Selain itu, beliau berjanji akan melebarkan Sungai Mengkuang dalam masa tiga bulan bagi mengatasi masalah yang banjir sering melanda penduduk sekitar setiap kali hujan lebat.

Fairus turut mendakwa berjaya membawa masuk pelaburan asing berjumlah RM 8 juta hasil lawatannya ke China bersama rombongan kerajaan negeri yang diketuai Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini.

Seorang peserta ekspo yang ditinjau pendapatnya berkata, Fairus mungkin cuba meniru idea-idea mengarut seperti mana pernah diutarakan oleh Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Junid.

“Ingat idea-idea mengarut Sanusi yang menghabiskan wang Kerajaan Negeri Kedah dahulu ?” soalnya.

“Apa jadi dengan projek tanam padi atas bumbung, pusat penyembelihan korban, pertandingan mencabut uban, main bola di kawasan masjid, kampung buku di Lubuk Sembilang ?” katanya.

Alahai sebelum ini pernah menyiarkan ‘berita-berita pelik’ Fairus pernah mendakwa dia pernah ditembak sebanyak 16 das peluru dan Anwar sedang menyiapkan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas PR mengambil alih kerajaan pusat.
.
Dicatat oleh Budak Selayang di 14:48 2 ulasan Pautan pada catatan ini
Khamis, Disember 11, 2008
Siri 19: Bukan setakat berjabat tangan, Anwar dan Arif berpeluk bersentuh pipi
.
Apa yang menariknya apabila Anwar Ibrahim berbalas senyuman dan berjabat tangan dengan Arif Shah Omar Shah, Adun BN Seberang Jaya ketika mereka terserempak pada majlis kenduri kurban anjuran keADILan Permatang Pauh di surau Permatang Rawa, Isnin lalu ?

Dalam politik peristiwa itu boleh ditafsir dari pelbagai sudut. Lebih-lebih lagi ketika ini angin bertiup kencang Arif akan menyertai keADILan.

Menurut saksi kejadian, laporan media kurang tepat. Katanya Anwar dan Arif bukan sekadar berjabat tangan, bahkan berpelukan, berlaga pipi ala Arab.

“Saya tengok dengan mata kepala saya sendiri, mereka berpelukan berlaga pipi macam tok Arab bila bertemu sahabat, ramai saksi lain ketika itu,” katanya bersungguh-sungguh.

Ketika itu jelasnya tiada wartawan, mereka hanya datang kemudian.

“Jadi tidak ada sebarang foto, kejadian berlaku terlalu pantas,” ujarnya.

Saksi berkenaan antara mereka yang mengiringi rombongan Anwar menghadiri majlis kenduri korban di sekitar Permatang Pauh.

Selainnya Timbalan Ketua Bahagian keADILan Permatang Pauh Che Mat Hashim turut mengesahkan kejadian tersebut.

“Saya juga nampak Datuk Seri (Anwar) dan Arif berpelukan sebagai seorang sahabat,” ujarnya ketika dihubungi.

Kenduri di Permatang Rawa salah satu destinasi kunjungan Anwar yang menyumbangkan lapan ekor lembu untuk majlis korban di parlimen Permatang Pauh pada tahun ini.

Rombongan Anwar tambahnya tiba kira-kira jam 2.00 petang. Arif dan rombongan telah tiba lebih awal.

“Arif agak terkejut bila melihat rombongan kami sampai, saya nampak mukanya berubah,” cerita sumber berkenaan.

Pertemuan itu katanya tidak dirancang, hanya secara kebetulan.

“Saya juga nampak ketika mereka berpeluk bersentuh pipi, Arif membisikkan sesuatu kepada Datuk Seri, tapi saya tidak pasti buah butirnya,” ujarnya.

Arif kemudiaannya bergegas meninggalkan majlis tanpa berbual panjang dengan Anwar.

Desas-desus kemasukan Arif yang juga bekas pesaing Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh ke dalam keADILan semakin bertiup kencang.

Menurut sumber, Arif tidak dijanjikan sebarang jawatan jika menyertai parti itu. Bahkan, beliau juga dikatakan tidak meminta sebarang ‘imbuhan besar.’

Pemimpin de facto Anwar Ibrahim pernah membuat penafian berhubung isu ini, namun mengakui wakil parti ada berbincang dengan Arif.

“Arif hanya meminta jaminan, agar dia akan dikekalkan sebagai Adun sekurang-kurangnya sepenggal lagi,” ujar sumber itu.

Namun, tambah sumber itu lagi dia percaya pimpinan parti tidak akan mempersiakan pergorbanan Arif jika dia bersetuju meninggalkan Umno untuk menyertai keADILan.

“Kita tidak menolak kemungkinan, imbuhan lebih besar untuknya jika dia menyertai kita dalam masa terdekat,” ujarnya.

Difahamkan Arif telah menemui salah seorang Ahli MPT keADILan untuk berbincang soal lompat parti, sehari sebelum berlangsungnya kongres tahunan parti itu baru-baru ini.

Sehingga kini, Arif belum menafikan beliau akan menyertai keADILan.

Hanya Presiden Umno Abdullah Badawi dan Setiausaha Umno Pulau Pinang Azhar Ibrahim menafikan Arif akan meninggalkan Umno.

Untuk rekod, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dipecat hanya kerana menghadiri kongres keADILan. Apakah Arif akan menerima nasib yang sama seperti Zaid ?

Kemasukan Arif nanti, kata sumber itu akan membantu pimpinan tertinggi keADILan mempercepatkan keputusan bagi menangani isu Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin.

“Fairus cukup gusar dengan perkembangan terbaru ini,” ujar sumber itu.

No comments: