Friday, December 26, 2008

Peringatan mesej akan berlaku bencana buruk... Peringatan untuk semua....

sudin_mambo
Rekrut
Rekrut


Joined: Oct 24, 2005
Posts: 6


PostPosted: Fri Dec 26, 2008 2:01 pm Post subject: MOD TKO lemah - Ganti je orang lain Reply with quote
Saya sgt kecewa dengan TKO sekarang. MOD nye terlalu lemah, sehinggakan terlalu ramai tali barut UMNO, bermaharaja dalam TKO sekarang. Apa dah jadi ni..
konon2 nak tunjuk kan sifat teluslah ni... Saya dan semakin meluat dengan TKO sekarang.
Ruang yang diberikan kepada UMNO terlalu luas, sehinggakan ramai kawan2 saya dah mula curiga dan berfikir MOD yang ada sekarang ni Proksi UMNO atau org PAS yang berjaya dibeli oleh UMNO....
Cuba forumer semua teliti TKO sebelum PRU12 dgn TKO skrg. Terlalu byk beza dan penampilan nye....
Kalau mcm ni saya ajak semua penyokong PAS boikot TKO..
biarkan MOD dan konco2 UMNO saje yg duduk dlm ni


Antara intipati wawancara MB Perak, Dato Ahmad Nizar Jamaluddin (ANJ) dgn Aziz Desa(AD), 8.30 pagi tadi dalam rancangan Sua Rasa;


AD- Pemimpin yang dipilih dari berbagai latarbelakang akademik seperti Doktor, Jurutera dan sebagainya. Mereka mentadbir mengikut kepakaran dlm bidang masing-masing. Bagaimana seorang Jurutera mentadbir seperti sebuah negeri?

ANJ- Seorang Jurutera diajar mentadbir sebagaimana pengajian mereka dlm ` Engineer in Society’ iaitu sifat-sifat yang perlu ditekankan adalah Adil, Accountability dan Transparency. Ada 2 lagi tak sempat catit. Sambil membaca ayat Quran yang menyentuh mengenai Adil, Ehsan, dan Amal Maaruf Nahi Mungkar yang menekankan mengenai hak kebersamaan. Antara intipati ayat adalah menjaga kebajikan fakir miskin. Beliau memberitahu antara usahanya untuk meningkat kehidupan 5000 masyarakat Melayu yang dikategori `Miskin Tegar’ (warisan kerajaan dulu).

AD- Untuk Pengetahuan penonton , Dato ni terlibat dalam membina struktur bangunan Dayabumi yang terkenal di ibu kota.

ANJ- Ya, Bangunan DayaBumi Fasa 2 dan 3

AD- Bagaimana dengan Bidang pertanian di Perak

ANJ- Kerajaan Perak sedang meningkatkan bidang pertanian di Seberang Perak, Manik sambil mengajak anak-anak Perak yang berkemahiran kembali ke Perak membantu memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pertanian seperti tanaman padi, Limau Tambun, Jambu Bidor, Buah Pitaya dan Jambu Merah. Perusahaan lain seperti labu sayong di di Batang Padang dan cenderiang. Perusahaan pelancongan giat dipertingkatkan di destinasi perlancongan seperti Bandar Kuala Kangsar, Taiping dan Bukit Larut.

AD- Difahamkan Dato ni kenalan En. Bohari Che Muda . Datin panggil Dato apa di rumah dan bagimana keadaan Dato selepas menjadi MB? Bagiamana pembangunan kaum wanita di Perak?

ANJ- Ya, Beliau merupakan jiran saya ketika saya tinggal di ibukota. Datin panggil saya `Abang’ . Abang selepas jadi MB lebih intim lagi…(gelak !!!!!). Pembangunan wanita tidak dilupakan. Datin Hamidah terlibat dlm banyak program wanita dan ia dimasukkan dlm Agenda Pembangunan Negeri Perak. Penglibatan dari berbagai pihak seperti NGO, Persatuan Islam dan Non Islamic.

AD- Orang melihat seseorang macam orang buta melihat Gajah? Bagaimana personality Dato sebenarnya.

ANJ- Saya seorang senang ditegur, boleh berseloka dan mesra tetapi dalam keadaan tertentu saya adalah seorang yang tegas.

AD- Akhirkata dari Dato untuk rakyat Perak....

ANJ- Sambil membaca petikan dari surah AlBaqarah mengajak 1.5 juta rakyat Perak yang beragama Islam supaya mengamalkan ayat tersebut supaya meraihkan keimanan , ihsan dan rahmat dari ALLAH SWt. Mengajak semua supaya mengamalkan tuntutan iman dan tuntutan hijrah untuk membanteras gejala sosial dan menutup ruang-ruang kekufuran yang wujud selama ini.

Temuramah diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

No comments: