Thursday, December 25, 2008

Hudud - UMNO jangan cari pasal

Kursus Website hanya RM90 sahaja

Dilulus terbit pada Wednesday, December 24 @ 20:35:05 MYT oleh TokPenghulu

Analisis Isu Oleh othimbra

" Cerita mengenai hudud timbul semula setelah YB Khairy Jamaluddin yang dijemput menyertai wacana di Kota Bharu berjaya menggelecek Husam Musa dari PAS supaya mengikut rentaknya. Ramai yang tahu sebenarnya KJ bukanlah ikhlas menimbulkan isu tersebut, cuma sekadar mengumpan dengan tujuan untuk memerangkap Husam dan menimbulkan kontraversi baru dengan harapan ianya berguna untuk PRK Kuala Terengganu nanti.

Dalam situasi sekarang, Husam boleh menyambut bola tanggung dari KJ itu, tetapi lebih bijak jika beliau tidak memberi respond, sebab itu adalah satu strategi yang dinamik untuk menggagalkan niat sebenar pihak lawan.

Akibat respond tersebut, ia mendapat perhatian semua pihak, termasuk parti dalam PR sendiri. DAP mahu tidak mahu terpaksa menjawab bagi servinal politiknya yang mejoriti didokong oleh masyarakat bukan Melayu dan Islam, walaupun mereka sedar bahawa jawapan itu tentunya menghiris perasaan PAS. Sebenar itulah antara matalamat KJ dan UMNO agar wujud suasana keruh di kalangan PR.

Hatta Najib sendiri turut memberi cabaran sinis dengan meminta PAS laksanakan Hudud di Kelantan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di peringkat Persekutuan. Cabaran tersebut mencerminkan beliau buta undang-undang sehingga tidak tahu bahawa kuasa melaksanakan undang-undang jenayah sebenar terletak pada Persekutuan, bukan Negeri.

Jika tidak, maka sudah lama PAS melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan setelah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri kira-kira 20 tahun yang lepas, iaitu semasa bersama Semangat 46. Waktu usul pembentangan rang undang-undang tersebut, 100% Ahli Dewan menyokong termasuk ADUN Limbungan dan Sungai Pinang waktu itu yang mewakili UMNO/BN.

Malangnya Perdana Menteri pada masa itu menyambut keputusan tersebut dengan gertakan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri jika undang-undang tersebut dilaksanakan di Kelantan. Nampaknya sokongan dua orang ADUN UMNO tidak direstui oleh boss mereka di Kuala Lumpur. Ini senario Hudud di Malaysia yang mendapat tentangan dari pemimpin Islam sendiri walaupn penggubalanannya dibuat oleh pakar undang-undang, termasuk Prof. Dr. Ahmad Ibrahim, anak jadi Terengganu.

Hari ini isu Hudud berulang kembali hasil dari sebuah wacana anjuran Jawatankuasa Penerangan PAS di Balai Islam, Lundang. Apakah ia akan digunakan sepenuhnya dalam PRK Kuala Terengganu, apakah PAS mampu mematahkan serangan UMNO, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Namun, UMNO harus sedar jika tersilap langkah isu tersebut akan memerangkap diri sendiri. Ia mungkin menjadi senjata kepada PAS untuk menikam balik UMNO yang sedang hilang arah itu. Lagi pun, siapa tokoh dalam parti tersebut yang mampu berhujah dengan baik tentang isu agama?

Najib, Muhyiddin Yassin, Muhammad Taib, Tengku Adnan, Ali Rustam, Zahid Hamidi, bahkan pemimpin UMNO peringkat negeri Terengganu sendiri pun bukan tokoh yang layak untuk membangkit isu tersebut dalam kempen. Mereka boleh membawa isu tersebut, tapi tidak akan mampu berhujah dengan dalil-dalil syarak atau nas yang konkrit. Sebab itu lebih baik isu tersebut diketepikan agar tidak mendapat malu besar di depan rakyat.

Ramai pakar undang-undang berpendapat, jika undang-undang Hudud dilaksanakan di negara ini, ia boleh mengambil model dari negara Sudan umpamanya yang menggunakan dwi-undang-undang untuk rakyatnya yang muslim dan non-muslim. Rakyat yang non-muslim diberi pilihan sama ada kes mereka ingin dibicarakan dengan undang-undang jenayah hudud atau undang-undang biasa. Mereka tidak terikat dengan undang-undang hudud seperti yang difahami oleh pemimpin DAP dan lain-lain pemimpin non-muslim di negara ini yang menentang buta tuli itu. Hal ini boleh dibincang diperingkat pakar undang-undang, bukan oleh ahli politik yang bukan ahli undang-undang.

Masalah dwi-undang-undang memang tidak asing lagi bagi warga Malaysia yang wujud semenjak zaman penjajah lagi. Sebab itulah negara ini mempunyai dua bentuk mahkamah iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syar’iyyah.

Bagi pelaksanaan undang-undang jenayah hudud, ia terus terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dengan menggunakan hakim dan jentera yang sama, cuma teks undang-undang sahaja yang berubah dari Penal Code yang diguna pakai sekarang. Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Cuma, mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih.

-------------------------------------------------------------------------

Bangunan UMNO pun masuk PAS
Dilulus terbit pada Wednesday, December 24 @ 20:41:03 MYT oleh TokPenghulu

Berita Oleh pemudabesut

" Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato' Abu Zahar Hashim yang dikenali ramai sejak mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter sah menyertai PAS hari ini.

Berita Asal (KLIK SINI)

Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.


Turut hadir dalam majlis itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir.

Dalam masa yang sama Zahar turut 'mewakafkan' (infak) pejabat Bahagian Umno PJ Selatan kepada PAS kawasan sama. Difahamkan pejabat tersebut adalah milik beliau sendiri.

Sementara itu, Ustaz Nasharuddin mengalu-alukan kesudian beliau menyertai PAS sekaligus menghargai Zahar untuk sama-sama membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu bermula 5 sehingga 17 Januari depan. Image

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.



"


Artikel Hari Ini

Rangking, 10 Kemalangan paling mahal di dunia

Sambut Tahun Baru: Jangan Jemput Murka Tuhan

Dapatkan Software GarminMobileXT untuk Nokia N&E Series

Bangunan UMNO pun masuk PAS

Hudud - UMNO jangan cari pasal

Apa Kata Anda Tentang Hudud???

Pemimpin UMNO lagi haprak dan hampeh.........

Isu Hukum Hudud

Arak, Judi dalam Seven Deadly Sins

Hukum Hudud dan Qisas

[ Artikel seterusnya.. ]

Related Links
· More about Analisis Isu
· News by TokPenghulu


Most read story about Analisis Isu:

YANG SENSASI & TERKINI : BUKAN WAN FARID?

Istana jangan campur tangan?

BN Tewas MB Trg bakal gulung tikor...

JAKIM kata Boleh berjabat tangan dengan wanita?

Bayar sewa Seri Perdana RM7611 sehari?

Article Rating
Average Score: 4
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

Printer Friendly Cetak Artikel

Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"Hudud - UMNO jangan cari pasal" | Configure | 7 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Hudud - UMNO jangan cari pasal (Score: 1)
by NzrIda on Wednesday, December 24 @ 20:56:20 MYT
(User Info | Send a Message)
Kalau lah UMNO menggunakan isu HUDUD sebagai kempen PRK KT, memang sahlah mereka akan kalah..sebab dia bukan lawan PAS, tapi lawan hukum Allah..maknanya mereka cuba nak menjatuhkan Allah SWT.. eeee naik bulu roma tengkuk aku...


[ Reply to This ]


Re: Hudud - UMNO jangan cari pasal (Score: 1)
by ibnhjmuda on Wednesday, December 24 @ 21:18:19 MYT
(User Info | Send a Message)
kita tunggu samada UMNO akan menggunakan isu hudud atau tidak dlm kempen mereka dlm PRK P036 nanti..pengundi disana yg majoritinya orang melayu sudah bersedia utk mendgar bagaimana ulasan penceramah atau ustaz/zah umno mengeksploitasikn isu hudud ini..kalau mereka menentang hudud,umno akan terlentang di KT..kalau mereka menyokong hudud, PAS akan menang besar,kalau mereka tk kata apa2 ttg hudud sahlah mereka "SYAITAN BISU" !


[ Reply to This ]


Re: Hudud - UMNO jangan cari pasal (Score: 1)
by SI_ANU on Wednesday, December 24 @ 21:45:51 MYT
(User Info | Send a Message)
TIDAK MUSTAHIL HUDUD DAPAT DIERIMA KERANA SISTEM KEWANGAN ISLAM DAPAT DITERIMA DGN BAIK. BILA SISTEM KEWANGAN ISLAM DILAKSANAKAN MAKA BERBONDONG BUKAN ISLAM MEMILIHNYA. INSYAALLAH BILA HUDUD DILAKSANAKAN, MAKA BERBONDONG AKAN MENYOKONGNYA.KEWANGAN ISLAM MENJAMI N KESELAMATAN HARTA.SISTEMJENYH ISLAM MENJAMIN KESELAMATAN JIWA...


[ Reply to This ]


Re: Hudud - UMNO jangan cari pasal (Score: 1)
by nursalam on Wednesday, December 24 @ 22:04:14 MYT
(User Info | Send a Message)
Sekiranya UMNO membangkitkan isu HUDUD hanya sekadar untuk meraih populariti rakyat dan bukan untuk tujuan menegakkan HUDUD..INSYAALLAH UMNO akan berkubur di KT nanti. Hukum HUDUD bukan untuk dipermainkan kerana ianya merupakan PERINTAH ALLAH yang terkandung dalam ALQURAN.

Fatwa Imam Akbar Sheikh Mahmud Syaltut Sheikh Al-Azhar Rahimahullah.
Hukum hudud yang tersebut itu adalah hukum qati'(hukum yang putus)yang tidak boleh sama sekali di ubah atau dipinda.Ianya adalah hak Allah yang wajib dilaksanakan,orang-orang yang mengingkari hukum-hukum itu atau mempersendakan-sendakannya atau meyakini bahawa hukuman yang dibuat oleh manusia lebih baik dan lebih sesuai maka orang tersebut sebenarnya telah murtad.

Wassalam


[ Reply to This ]


Re: Hudud - UMNO jangan cari pasal (Score: 1)
by ikram on Wednesday, December 24 @ 22:17:12 MYT
(User Info | Send a Message)
Yang selalu berlaku kes di malaysia ialah

1- kes menipu pelanggan
2-kes rasuah
3-bersekedudukan
4-minum arak, jual arak.
5-buang anak

dalam kes kes di atas, bila hudud dilaksanakan, apakah hukuman kepada pesalah pesalah di atas?


[ Reply to This ]


Re: Hudud - UMNO jangan cari pasal (Score: 1)
by zxjang (panjialam@hancurkan_kezaliman.com) on Wednesday, December 24 @ 22:30:25 MYT
(User Info | Send a Message)
Jangan main agama dalam kempen PRK KUala Terengganu ni...Terengganu tak sama macam Melaka atau Negeri Sembilan dan lain-lain tempat.Orang sini boleh nilai siapa menyamar macam ustaz konon nak putar belit hukum Hudud ni.Senang aje,,..nanti PAS akan bongkarkan yang dulu Kerajaan Pusat pernah halang Kerajaan Kelantan laksanakan Hudud...rasanya jerat akan makan sendiri sebab rakyat Terengganu majoritinya Melayu Islam.UMNO akan kalah tertiarap di Kuala Terengganu.Insyaallah..amin.


[ Reply to This ]


Re: Hudud - UMNO jangan cari pasal (Score: 1)
by MatBerotak on Wednesday, December 24 @ 23:25:30 MYT

Masa PRU ke 10 dulu, ada sahabat bangsa India dari Bukit Gantang mengadu yang dia diserbu oleh peraih undi melayu amno kat pondok panas mengatakan jangan undi PAS, kalau undi PAS, nanti kena potong tangan. Macam tulah mentaliti amno pada hudud. Bayangkanlah..

***************************************************************************************

geographysycal
Rekrut


AYAT PEMBAKAR JIN?
Mengikut pengalaman saya sendiri, kalau gangguan yang kuat setakat baca surah yasin dan ayatul qursi tak akan berhasil.

Setiap hari saya dan anak-anak memang baca quran
dan tu memang dah jadi amalan kami selama beberapa tahun. Lagi banyak kami baca lagi kuat gangguannya.

Bacaan kami
bukan setakat baca ala kadar tapi cukup dengan tajwid dan makhraj yang terpelihara (inyaAllah).

Suatu malam ketika anak perempuan saya sedang baca al quran, dia nampak saya buka pintu bilik dan suruh dia baca cepat sikit supaya boleh cepat tidur.

Dia betul-betul ingat saya yang suruh dia cepat tapi sebenarnya bukan saya
sebab waktu tu saya di bilik depan. Anak saya juga pernah dikunci di dalam bilik sewaktu solat subuh.

Pintu tak
boleh dibuka walaupun menggunakan kunci, jadi terpaksa pecahkan pintu. Anak saya pernah menyanyi sewaktu sedang cuci pinggan dan terdengar suara menyanyi bersama dia.

Bagus juga Jin tu sebab anak saya nyanyi lagu Inggeris dan
jin tu boleh ikut lagu Inggeris juga. Anak lelaki saya pernah sampai lewat ke rumah selepas tiusyen iaitu waktu maghrib.

Lepas mandi seperti biasa
dia akan azan dan solat maghrib. Lepas solat dia menangis sebab tak tahan sebab seluruh badan dan muka penuh dengan bintik-bintik merah dan gatal dan mula membengkak.

Sebelum
tu saya pernah jumpa Ustaz minta air untuk mandi yang telah di baca dengan ayat-ayat quran dan doa, saya suruh dia mandi sekali lagi kemudian sapu dengan krim gatal yang memang ada dalam simpanan.

Setengah jam kemudian gatal pun hilang
walau pun muka tetap bengkak hingga keesokan hari. Setakat suara memanggil memang dah selalu sangat kami dengar.

Waktu cuti anak-anak saya memang suka tidur lewat
sebab suka catting dengan kawan-kawan. Mereka selalu dengar suara orang berbual-bual dan suara kanak-kanak bermain di depan rumah sambil ketawa menjerit-jerit waktu lewat tengah malam hingga pagi.

Bila ditinjau di luar tak
de sesiapa pun tapi pun suara-suara tu masih kedengaran. Saya dan anak-anak pernah beberapa kali baca surah Al Fatihah (1x), Ayat 4 Qul (7x), Ayat Qursi (7x) dan Yasin (7x) pada seperiuk air.

Kemudian air tu saya spray
keseluruh kawasan luar dan dalam rumah. Sewaktu saya spray, anak-anak saya nampak macam-macam seperti ada orang perempuan berambut panjang dan berbaju putih duduk di sit belakang kereta sedangkan saya tak nampak apa-apa pun.

Setiap kali spay anak-anak saya akan ketakutan.

Tapi
hasilnnya, senyap sunyi rumah saya selama beberapa minggu selepas baca ayat-ayat di atas selama 3 malam berturut-turut.

Saya juga pernah berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang
mengamalkan perubatan menghalau gangguan dari benda halus ni tapi hasilnya tak kekal lama.

Sebenarnya saya dah penat dengan gangguan ni dan terpaksa
redha dengan dugaan yang saya hadapi tapi kesian dengan anak-anak yang sentiasa ketakutan setiap hari.

Gangguan ni
bukan hanya di waktu malam tapi juga disiang hari.

Beberapa bulan yang lalu saya telah menghadir bengkel
sehari perubatan secara Islam dan gangguan saka.

Selepas
bengkel ustaz tersebut telah memperkenalkan Ayat Pembakar Jin yang saya rasa mungkin susah kita amalkan kerana telalu panjang, iaitu termasuk beberapa surah, azan dan doa-doa syifa'.

Saya telah ceritakan tentang gangguan di rumah
saya tu dan Ustaz tu minta saya datang berjumpa dengan beliau kemudian.

Saya telah membeli satu CD bacaan Ayat
Pembakar Jin ni yang dibaca oleh seorang Ustaz dari Mesir iaitu seorang pengamal perubatan Islam yang terkenal.

Pada
anggapan saya, bacaan melalui CD mungkin tidak mujarab.

Suatu hari sebab tak tahan dengar terlalu kuat bunyi
seperti orang sedang bergumpal di atas bumbung rumah, saya telah tutup tv dan hanya perdengarkan bacaan CD tu saja sehingga pagi.

Alhamdulillah, hilang semua bunyi dan
suara-suara yang tiap malam kami dengar.

Kadang-kadang ada
berbau bangkai, setanggi (bau orang India sembahyang) dan bau kemenyan di dalam rumah saya juga hilang bau tu.

Setiap kali saya nak pasang CD tu, saya akan terasa seperti
ada ramai ...... berkumpul di belakang saya.

Seperti kata
orang tua-tua "Jangan Pandang Belakang" jadi saya memang tak pernah pandang belakang walau apa pun saya rasa seperti ada orang di belakang. Hingga sekarang saya masih amalkan pasang CD bacaan Ayat Pembakar Jin tu.

Cerita saya di atas bukanlah rekaan tapi pengalaman saya
sendiri selama tinggal di rumah saya sekarang selama 17 tahun.

Puan Aiza.


No comments: