Monday, December 22, 2008

P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan

TokPenghulu

Analisis Isu Oleh JanggutSusu

" Tanggal 21-Disember-2008 merupakan hari yang dinantikan-nantikan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia yang prihatin akan perjalanan liku-liku politik negara tercinta. Mereka bukan menantikan pengumuman penurunan harga minyak kali ke-8 tetapi mereka menantikan siapakah calon yang akan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang sebelum ini diwar-warkan akan di umumkan selepas berlangsungnya mesyuarat pimpinan tertinggi PAS.

Namun begitu ternyata rata-rata merasakan begitu hampa apabila di umumkan bahawa PAS hanya akan mengumumkan calonnya pada 1 Januari 2009. Hampa bagi penyokong dan pendokong PAS. Keliru bagi orang atas pagar dan mereka yang belum dan akan membuat pilihan manakala khabar gembira dan bonus bagi penyokong dan pendokong UMNO dan BN. Semestinya ianya satu kemenangan moral yang tidak dapat dinafikan lagi di kalangan penyokong UMNO dan BN.

PAS selama ini tidak pernah gagal untuk paling kehadapan untuk dalam mengumumkan calonnya dalam pilihanraya sebelum ini berbanding BN yang sebelum ini akan sentiasa bergolak dan bercakaran dalam memutuskan calon yang sesuai sebelum penamaan calon. Namum kini mengapakah solah-olahnya PAS pula di lihat ‘bergelut’ dalam memilih dan menamakan calon untuk mewakili harapan dan impian menggunung bukan sahaja rakyat di Kuala Terengganu atau bumi Kuwait Malaysia ini bahkan seluruh negara!!

Sedangkan UMNO mampu membuat keputusan yang drastik dalam masa sekejap menukarkan Wan Farid dari Zuber Embong dalam masa yang amat singkat. Walaupun apapun mereka mampu menamakan calon, sedangkan PAS tidak. Sebelum ini kita senantiasa berada dalam keadaan ‘offensive’ namun sekarang ternyata berada betul-betul pada kedudukan ‘defensive’. Apakah penyakit UMNO telah melanda kita?


Bermula dari semalam Wan Farid sudah mampu melangkah gagah dari setiap rumah ke rumah di seluruh pelosok Parlimen Kuala Terengganu memperkenalkan dirinya. Kita semua menyedari kemampuan jentera BN di ekori rapat oleh media dari segala macam jenis – elektronik, cetak bahkan maya untuk memaparkan gambatnya pada setiap detik dan ketika. Dalam kata mudahnya jika Wan Farid melawat seorang pesakit sahaja di Kuala Terengganu , gambarnya akan terpampang di seluruh media seolah-olah beliau telah menjelajah ke semua rumah dalam parlimen Kuala Terengganu pada setiap masa.

Tetapi bagaimana dengan PAS? Apakah yang mampu di buat oleh jentera pilihanraya dalam tempoh 10 hari ini? Apakah mampu kita bergerak dari rumah ke rumah untuk menpengaruhi rakyat agar memilih calon Pas sedangkan calonnya belum ada, belum wujud?

Kita mesti menyedari pola dan status pengundi di Kuala Terengganu yang kebanyakkannya terdiri dari kalangan berpendididkan tingi dan sederhana yang tidak berpihak secara mutlak kepada mana-mana parti. Mereka bukan seperti kebanyakkan pengundi di DUN Wakaf Mempelam yang secara pukul rata dapat di andaikan akan pasti memilih PAS sebagai parti pilihan atau sebagaimana pengundi di Bukit Besi yang rata-rata akan menyokong BN. Mereka akan meneliti dan mengkaji bakal calon mereka dan menilai setakat mana potensi calon tersebut dalam memberi sumbangan terbaik kepada mereka sekiranya terpilih sebagai Yang Berhormat.

Namun begitu begaimanakah mereka dapat membuat penelitian atau perbandingan andainya batang tubuh calonnya belum di kenalpasti lagi. Kita telah hampir setengah abad mengetahui halangan dan kongkongan terhadap keupayaan menyalurkan maklumat secara terus kepada rakyat melalui media perdana tetapi tidak memanafaatkan peluang tempoh yang begitu panjang yang di berikan oleh SPR dari tempoh sekarang hingga ke 17 Januari untuk memaksimumkan sepenuhnya peluang untuk memperkenalkan calon kita.

Andainya hari ini telah di umumkan contohnya Dr Syed Azman sebagai calon PAS, maka esok akan bermulalah sembang-sembang di kedai kopi, pejabat, pasar, stesen bas dan sebagainya berkenaan beliau. Mungkin ada yang belum mengenali lagi tetapi akan mulai bertanya-tanya akan perihal beliau. Seterusnya merebak kepada perbualan dengan orang yang seterusnya dan proses yang ada memakan tempoh lebih kurang 27 hari ke tempoh pengundian berbanding 16 hari jika di umumkan pada 1 Januari. Itu belum di ambil kira lagi isu-isu lain tempatan atau nasional yang bakal di hadapi oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam tempoh masa dan media yang terlalu terhad.

Kita betul-betul kehilangan masa kerja yang amat berharga yang sepatutnya di eksploitasikan sepenuhnya oleh jentera pilihanraya secara optimum bermula dari esok. Apa yang berlaku kini secara mudahnya dapat di buat perbandingan seperti kita mewar-warkan kepada penduduk kampong yang kita akan mengadakan satu kenduri kahwin ataupun bekwah. Skuad mengejar lembu berkejaran pergi menangkap lembu, mencari kelapa dan kayu api, mengumpul periuk belanga, panggil tok iman, menjemput orang kampong, tetapi bila di tanyakan siapa yang nak kahwin.. lalu kita menjawab..tak pasti lagi anak mana entah yang nak kahwin ni...tak pening ke orang kampong kita?

Untuk itu sewajarnya pucuk pimpinan mengambil langkah segera dengan mengumumkan calon yang akan mewakili PAS samada beliau itu Dr Syed Azman, Mohamad Sabu waima Cikgu Mustapa Ali sendiri bagi memastikan PAS tidak kehilangan terlalu banyak momentum yang kelihatan agak terencat hari ini!!

"

Artikel Hari Ini

Kera jaan Be End kini peniaga minyak

Bukti Mahathir Rosak Akidah...

Kedah Oh Kedah.. Apa dah jadi!

Sedih Dengan Tuduhan Mat Sabu Calon Luar

Polis ni baik sungguh...

Balasan Allah Terhadap Pemimpin Sekular

Kaum Muslimin tidak akan mungkin mencapai tujuan mereka melalui jalan demokrasi

Di Mana Teras Kita (Foundation)?

Isu PSMI: Orang politik perlu diajar dengan kuasa politik

Punyalah UMNO nak menang

[ Artikel seterusnya.. ]

Related Links
· More about Analisis Isu
· News by TokPenghulu


Most read story about Analisis Isu:

YANG SENSASI & TERKINI : BUKAN WAN FARID?

Istana jangan campur tangan?

JAKIM kata Boleh berjabat tangan dengan wanita?

Bayar sewa Seri Perdana RM7611 sehari?

Jangan beli rumah di Negeri Sembilan

Article Rating
Average Score: 5
Votes: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

Printer Friendly Cetak Artikel

Send to a Friend E-Mel kpd Kawan


"P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan" | Configure | 17 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by jonlompey (dollahbodohwi@gmail.com) on Monday, December 22 @ 11:29:32 MYT
(User Info | Send a Message)

nampak cam anti klimax plak!cam cari penyakit pun ye!puak sebelah dah nak bersorak dah tu!tapi tetap kampong depa tergadai!


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by awielangkawi on Monday, December 22 @ 12:26:19 MYT
(User Info | Send a Message)
tah....rugi rugi rugi rugi..................


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by sisir_sesikat on Monday, December 22 @ 12:41:40 MYT
(User Info | Send a Message)
xper sabor geng sumer...
sapa la kekgi tu


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by bufo on Monday, December 22 @ 13:50:08 MYT
(User Info | Send a Message)
Relek jer, tak yah nak over2 kecewa la, keliru la..Percaturan politik memang begitu. Jika anda yakin dengan perjuangan yang dibawa percayalah kepada Nakhoda kapal kita (TGHH). Jgn tekejut kalau 1hb pun tak jadi ke, tunda 2hb ke.. terserahlah pada pemimpin. Mereka ada sbb2 tersendiri. Jgn dibuai oleh pihak media yang kdg2 keja dia nak sensasi saja.


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by pawang on Monday, December 22 @ 14:00:36 MYT
(User Info | Send a Message)
orang ganu memang poyo, minda tertutup, tak terima calon luar, kelantan is the best, sebab tu kelantan jauh lebih maju dari ganu, kena tipu pun tak pe , sekali lagi, tolong lah.ganu poyo kelantan maju


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by amani on Monday, December 22 @ 14:13:55 MYT
(User Info | Send a Message)
Pas dah rasa terlalu kuat, berebut pasal nak letak calon masing2. TGNA nak letak Mat Sabu, TGHH pula ikut kata orang tempatan, yang mengundi. Yang pasti mereka bercangah pendapat berpunca dari orang sekeliling yang cuba untuk grandesign. nak kan pengaruh team masing masing. Ingatlah berila laluan kat sapa sapa, yang pasti jangan bagi Mat Sabu.

Kalau bagi mat sabu, tak dak peluang nak bebaik ngan Umno.


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by kibodo on Monday, December 22 @ 14:32:39 MYT
(User Info | Send a Message)
tak paham dgn Umno BiNatang sarkis ni, apa yg susah calon umum awal ke lambat ke? yg penting rakyat Tranung tahu nak tolak parti rasuah. tak kisah sapa2 le, yg penting jauh lebih baik dan bersih dari Wan Parit yg dah menyapu / merompak duit2 rakyat Tranung. nak lantik MB Tranung pun makan bulan2, sampai sanggup panggil Sultan Natang, ni baru nak umum calon, dah kecoh. yg susah puak2 Umno BiNatang sarkis je, provokosi lawak tak berjaya, kena gelak je. tolak parti rasuah untuk hidayah. beranilah untuk berubah sebelum parah. cegah demi maruah dan akidah. kita mulakan perubahan Tranung di PRK P36 KT. Takbir!!!


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by sirihkapur on Monday, December 22 @ 14:40:01 MYT
(User Info | Send a Message)
cuba kita hadapi setiap persoalan jua dugaan dengan iman dan taqwa
bukankah dalam jamaah, kita diajar untuk merealisasikan makna 'sabar itu separuh drp iman' bukan iman ikut-ikutan



[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by masrizal on Monday, December 22 @ 15:54:34 MYT
(User Info | Send a Message)
Sahabat2... Ingatlah mcm mana Imam Bukhori, Imam Muslim, Imam Syafie dll yg mata rantai mereka Nabi S.A.W... Apa mereka mahu melaksanakan sesuatu tindakan, mereka solat Istikharah sahabat2...

TGHA pun pd pandangan sy sahabat2 semua pun anggap beliau adlh ahli agama. Itulah pun yg akan dibuatnya. Bukan membuat seseuatu dgn nafsu semata. Tetapi ilham dan dorongan Iman drpd Allah Jalla jalaaluh.

Ingatlah kpd satu firman Allah dlm al-Quran yang maksudnya "Apa yg kamu sangka tidak baik bg kamu, kekadang baik bg kamu & apa yg kamu sangkan baik bg kamu kekadang tidak baik bg kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui"

Kalu kita yakin dgn kepimpinan 'ulama', maka sama-samalah kita jadi kan diri kita dlm lingkungan "wehdatul fikr" (kesatuan fikiran). Menyatukan fikiran kita semua utk kemeangan Islam.

Kita nie Parti Islam.... wehdatul fikr & wehdatul 'amal adalah prasyarat kemeangannya. Jangan terlalu beremosi. Istiqhfar banyak2 sahabat...


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by kerirooney on Monday, December 22 @ 15:56:04 MYT
(User Info | Send a Message)
aku sokong sangat dengan kibodo...tak kira sape calon PAS nanti...yang aku tahu nanti aku takkan memperbodohkan diri aku untuk pangkah parti sekular UMNO...

PAS lambat umum calonnya disebabkan ada desas-desus mengatakan Dr. Syed Azman menolak tawaran untuk menjadi calon PAS pada PilihanRaya itu...

tu la sebabnya...

-www.seepot.blogspot.com-


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by muhafaza73 on Monday, December 22 @ 16:15:01 MYT
(User Info | Send a Message)
ada plak yg nk kna cukur janggut..hehehe sjak ble lak nk wat keje islam ni kna tnggu sapa calon???? yg ghairah sgt pasai pe buat je keje.. klu umum pagi pnamaan calon pn xpe...


[ Reply to This ]


Re: P 36 - 21 Disember 2008 Yang Mengecewakan (Score: 1)
by mrLee on Monday, December 22 @ 16:26:58 MYT
(User Info | Send a Message)
Napa si Janggut ni tak sabau2, hang mengundi jugak ko, kan lamo lagi nak menama calon tu...


[ Reply to This ]



kenapa perlu sedih semata mata calon belum diumumkan.kenapa perlu bimbang mengenai calon kerana masalah sebenarnya ialah kelicikan penipuan UMNO.jadi sepatutnya yang lebih dibimbangkan ialah kehadiran pengundi hantu.taburan wang ringgit semasa PRK dan 1001 macam penipuan yang bakal dihadapi.calon bukanlah perkara yang penting sekarang ini kecuali suara suara mengenai orang luar atau dalam yang perlu dipertimbangkan dengan sehalus halusnya.olih itu mengambil masa untuk mengumumkan calon bukanlah satu yang mengecewakan dan bukan halangan untuk meneruskan kerja kerja pilihanraya.sebaliknya unsur suspan yang timbul dari penangguhan ini bolih memberi satu kelebihan apabila orang ramai yang bakal menjadi pengundi akan terus membuat spekulasi calon denga

No comments: